10 Penghalang Kejayaan Anda
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/11/success-ladder.jpg" alt="success-ladder" width="307" height="337" />Setiap manusia di dunia ini mendambakan kebahagiaan dan kejayaan. Namun perjalanan dalam menuju kejayaan bukan mudah umpama memandu kereta di lebuh raya. Perjalanan menuju kejayaan selalunya berbukit bukau dan kadang-kadang terpaksa melalui denai yang beronak dan paya yang berlumpur. Kejayan perlu mendahului halangan-halangan dalam setiap perjalanan menuju ke arah itu. Dan ramai yang tidak sempat sampai ke destinasi perjalanan memandangkan halangan-halangan yang berat ini.
Jika anda menghadapi kesusahan ketika anda sedang berusaha untuk membina impian, ketahuilah bahawa anda termasuk dalam 10 penghalang kejayaan ini:
- Tiada matlamat, tiada impian
Perkara pertama yang menghalang anda berjaya ialah anda gagal mencipta impian dalam hidup anda. Betapa pentingnya impian untuk berjaya? Impian umpama mimpi indah yang anda akan jadikan pembakar semangat untuk terus berusaha dan berusaha. Impian adalah matlamat yang akan meransang anda untuk langkah-langkah kejayaan seterusnya. - Suka memberi alasan
Alasan akan menutup segala jalan yang sedang terbuka untuk anda berusaha. Begitulah bahaya alasan dalam menghalang kejayaan anda. Alasan juga akan melumpuhkan setiap inci pemikiran anda. Bila diteliti memang benar pepatah melayu “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dalih adalah alasan yang sering anda berikan ketika peluang kejayaan datang berada di depan mata anda. - Takut mencuba
Mengapa negara kita masih kurang mereka yang kreatif dan kaya raya? Kerana boleh dikatakan antara sikap yang sukar diubah dalam diri kita ialah TAKUT. Takut yang tidak kena pada tempatnya. Takut pada peluang yang akan membuat anda berjaya. Perahu dan pendayung sudah berada bersama anda. Cuma yang tiada hanya daya upaya untuk mencuba belayar ke seberang. Mana mungkin anda berjaya! - Selalu cakap tak boleh
Anda adalah cara anda berfikir. Boleh atau tidak boleh? Anda yang tentukan. Jika boleh anda akan membuka ruang pemikiran untuk langkah seterusnya. Jika cakap tidak boleh maka anda telah pun mencampakkan diri anda ke arah kegagalan. Mengapa Malaysia menggunakan slogan Malaysia Boleh! Kerana jelas bahawa sikap orang Malaysia sebenarnya suka cakap tidak boleh. Anda juga mahu begitu ke? - Terlalu bergantung pada orang lain
Tidak salah anda sebagai manusia bergantung harap pada orang lain kerana kita manusia tidak mampu melakukan segalanya seorang diri. Tapi silapnyaanda terlalu bergantung pada orang lain. Sehinggakan anda tertinggal bab usaha dalam diri anda. Anda mula meletakkannya pada orang lain. Sikap begini sudah pasti menghalang diri anda dari berjaya. - Usaha tak sepadan harapan
Hayati kata-kata motivasi Michael Jordan lagenda bola keranjang dunia, “Saya selalu percaya jika kita berusaha bersungguh hasilnya akan datang. Saya tidak melakukan sesuatu itu dengan separuh hati sahaja. Kerana saya tahu sekiranya saya melakukan begitu saya akan mendapat keputusan yang separuh juga.” Begitulah juga dengan anda. Usaha perlu seiring dengan impian anda. Jangan menjadi Mat Jenin dalam berusaha. Impian hanyalah langkah pertama untuk berjaya. Tetapi usaha adalah langkah-langkah yang seterusnya. Untuk hasil 100% usaha perlu juga 100% atau sebaiknya 120%. Barulah hasilnya adalah kejayaan. - Kurang fikir dan zikir
Anda faham maksudnya? Penghalang kejayaan juga ialah anda jaan menggunakan minda anda untuk berfikir tentang kehebatan-kehebatan kejadian Allah Subhanahu Wataala. Terlalu banyak hikmah yang boleh dipelajari dari kejadian-kejadian Allah ini. Zikir dan fikir ini akan meletakkan anda selalu merenung diri, muhasabah keburukan untuk memperbaikinya. - Mudah terpengaruh
Anda sebenarnya mempunyai idea yang hebat. Anda juga mempunyai peluang di depan mata. Kenapa masih gagal? Kerana sedikit sahaja. Kawan anda memberitahu anda bahawa idea anda ini kolot dan sukar untuk diketengahkan. Anda akhirnya terpengaruh dan akhirnya orang lain mengambil idea anda dan mereka berjaya menggunakan idea anda. Sayangnya bukan. Tetapi inilah yang sering berlaku pada kehidupan harian kita. Pengaruh telah melunturkan keazaman yang ada. - Tidak istiqamah
Di manakah letaknya kejayaan jika istiqamah tiada dalam usaha anda? Istiqamah adalah tanda konsisten dalam usaha anda. Lebih baik sedikit demi sedikit yang berterusan daripada banyak tetapi hanya sekali sekala. Inilah yang diajarkan Islam dalam berusaha. Anda banyak membaca hari ini untuk peperiksaan anda, tetapi esok lusa dan seterusnya anda berehat. Percayalah akal manusia perlu diasah setiap hari. Belakang parang pun jika diasah sekali sahaja tajamnya jauh beza dengan mereka yang mengasahnya setiap hari. - Kurang ilmu
Kejayaan bukan bermakna usaha tanpa ilmu tetapi anda mengaplikasikan ilmu dalam usaha anda. Anda mempelajari sesuatu dari sesuatu. Sekiranya anda memerlukan ilmu untuk mencapai kejayaan anda jangan malu untuk belajar lagi. Ilmu adalah sumbangan besar kepada usaha anda.












lagi satu ..denial..menafikan diri untuk keperluan perubahan…
Assalaamu’alaikum
Usaha penulisan di atas dapat memberi keyakinan kepada mereka yang merasakan dirinya masih mempunyai halangan untuk maju. Ia membawa pembaca kepada satu pemikiran lateral yang hebat. Berjaya atau tidak seseorang itu bergantung kepada kemahuan yang ada pada dirinya.
HANYA ADA SATU CARA UNTUK BERJAYA IAITU USAHA. Dengan adanya usaha yang digerakkan melalui gergasi dalaman, apa sahaja kemahuan, impian dan cita-cita akan dapat diraih. JIKA TIDAK.. ia akan berkubur sepi di danau hati.
Oleh yang demikian, bangkitkan gergasi yang sedang tidur dalam jiwa kita, dalam minda kita untuk melakukan gerakan hebat menuju apa yang dicita-citakan.
Penulisan yang penuh semangat juang untuk mendidik hati dan minda manusia menuju kejayaan. Teruskan Along dengan penulisan gaya sendiri. Menulis dan terus menulis. Sokongan dan dokongan akan selalu ada dari akak. Salam mesra selalu.
KEMAHUAN ADALAH KUASA TERTINGGI DALAM JIWA SETIAP MANUSIA. CUMA RAMAI YANG TIDAK MAHU TAHU MEREKA MEMILIKI KUASA ITU.
-Sumatri Metrodipura-
KALAU MANUSIA TIDAK MEMPUNYAI CITA-CITA, ROHNYA DIUMPAMAKAN SEPERTI MEMBONGKOK DAN TIDAK SANGGUP BERJALAN TEGAK, LURUS DAN BEBAS. SEKALIPUN MANUSIA BERADA PADA TINGKAT YANG PALING TINGGI, IA AKAN MENJUNJUNG CITA-CITA DI ATASNYA, SEKALIGUS TERKANDUNG DI DALAM SANUBARINYA.
-Alaois Riehl-
ASSALAAMU’ALAIKUM..
KEPADA SAHABATKU… SAMBUTLAH UCAPAN DARIKU. SERANGKAI KATA PENGGANTI DIRI. UNTUK MENYAMBUT HARI PERTEMUAN YANG BESAR. JARI SEPULUH KU SUSUN JUGA. AGAR KESALAHAN DIAMPUN SEMUA. TANDA IKHLAS PERSAHABATAN KITA.
SALAM DUNIA, SALAM SEMUA, SALAM HARI RAYA EIDUL ADHA DAN SALAM PERPISAHAN “BERJARAK” DARI SAYA DI BANGI, MALAYSIA.
-SITI FATIMAH AHMAD-
Kak Siti: Selamat Hari Raya Aidil Adha. Kullu sanah wa anti bikhair. Sambutlah Aidil Adha dengan penuh rasa pengorbanan di hati.
Kak Siti: Alhamdulillah sedikit dari ilmu untuk menulis semoga dapat membangkitkan semangat orang lain juga.
Terima kasih along,
Guru saya ada pesan, “…kita nak berjaya kena ada usaha, tapi kena igt, kita berjaya sebab kurnia ALLAH s.w.t…”
Jadi, bila kita berjaya, cepat2lah ingat, kalaulah bukan kerana TUHAN kurniakan kudrat utk kita berusaha ke arahnya, kita tiada apa2 pun.
Amallah resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk.
Barulah kejayaan kita diberkati ALLAH s.w.t :)
Salam admin.. saya amat bersetuju sekali bila point yang pertama sekali ialah berkenaan matlamat dan impian. Kerana kejayaan itu hanya berhak diperolehi oleh seseorang yang ada matlamat dan sedang/telah mencapainya. Sukar untuk mentakrifkan kejayaan. Hanya matlamat dan impian sahaja yang boleh menjadi kayu ukurannya. Terima kasih diatas artikel yang membina ini.
NMD: Terima kasih kerana sudi menjenguk laman ini. Saya amat memerlukan teguran dan sokongan untuk terus membina kejayaan. Matlamat sememangnya kunci utama dalam membina kejayaan.Kayu ukur inilah yang akan menentukan sejauh usaha yang akan dilakukan.
Faktor lain macam politik, geografi dan budaya juga main peranan besar. Faktor luaran ini juga perlu diambil kira. Pandangan saya.
Jali: Betul juga kata Jali tu. Banyak lagi faktor lain yang menjadi penghalang sebenarnya. Namun mungkin peratusnya lebih rendah dan jarang berlaku. Politik adalah pengaruh besar dalam bidang profesion. Tetapi saya lebih suka mencari elemen-elemen yang lebih dekat dengan hati sebagai pekerja :)
Carilah ilmu perniagaan sebnyak mungkin bukan sahaja di dalam buku tapi pengalaman2 dari yang sudah berjaya patut di selidiki dan di kongsikan bersama.