Pengalaman Menghadapi Temuduga [4]
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Minggu lepas saya menghadiri temuduga Pegawai Pendidikan Tinggi Siswazah bagi sesi kedua selepas saya berjaya sesi micro teaching tempoh hari. Andai dapat belum pasti saya akan pergi atau tidak. Tetapi temuduga kelmarin memang memenatkan memandangkan saya menunggu giliran saya hampir 5 jam 30 minit.
Saya menerima panggilan untuk temuduga tersebut sehari sebelum temuduga. Bayangkanlah! Nasib baik masa dihubungi saya berada di sekitar Selangor. Kalau di luar kawasan tak pastilah dapat pergi atau tidak. Dalam hati tetap terdetik juga, alhamdulillah lulus juga micro teaching hari tu. Maklumlah saya bukan guru yang pandai mengajar.
Dimaklumkan bahawa saya perlu menghadiri temuduga tersebut pada pukul 11.oo pagi. Dalam pukul 10 saya pun bertolak memandangkan tempat temuduga di ibu pejabat MARA. Tetapi malangnya masa saya tiba baru peserta yang ketiga. Rupa-rupanya temuduga bermula pukul 8.30 pagi. Dalam hati bertanya juga, “Mengapalah pihak MARA telefon semalam beritahu mula pukul 11 pagi. Kalau tak aku sanggup je datang awal dari dapat giliran yang kedua akhir.”
Sepanjang hari saya belajar erti sabar dan juga mendiamkan diri sebab menunggu. Bagus juga. Tapi seorang demi seorang nampak mengeluh juga. Kata diorang panel tanya soalan susah-susah juga. Bahasa Arab ada Bahasa Inggeris pun ada. Puratanya soalan ditanya mengikut bidang akademik yang diambil sewaktu belajar.
Tepat pada pukul 4.25 petang sampailah juga giliran saya. Panel sendiri yang jemput saya masuk. Saya berikan fail sijil dan resume saya kepada panel. Duduk saja saya dipersilakan untuk perkenalkan diri. Kemudian minta saya ceritakan pengalaman kerja. Hati saya mula lega sedikit. Mungkin sesi petang ni panel dah lemau nak tanya banyak soalan. Akhirnya panel tanyalah satu soalan dalam Bahasa Arab minta saya terangkan apa hikmah berpuasa. Dan soalan Bahasa Inggeris pula apa pengalaman menarik sepanjang menjadi motivator. Soalan pertama boleh jawab sebab bolehlah cakap Arab sikit-sikit. Tapi soalan kedua tu tergagap juga menjawapnya. Inilah kelemahan ketara yang perlu dimantapkan. Alhamdulillah panel juga banyak bertanya tentang kerjaya saya berbanding soalan-soalan lain. Lebih kurang 20 minit selepas itu saya pun selesai. Lihat jam di tangan pukul 4.45 petang. :)

salam along,
wah, boleh berbahasa arab rupenye, nnti bolehle ajar cket2x. ;)
insyaALLAH, kalau ada rezki along, pasti dapat jadi pegawai nanti…~
tahun depan semester last saya, maka makin byklah dugaan kene lalu sem depan~ ;(
Assalaamu’alaikum
Alhamdulillah, hari ini akak punya waktu untuk meladani laman teman-teman setelah berhenti beberapa ketika kerana kesibukan yang tidak dapat di hindarkan. Apa khabar Long?
Tahniah atas kunjungan kedua untuk temuduga tersebut. Mudahan jika itu rezeki yang Allah tentukan buat Along menapak diri menyebarkan ilmu, ia akan menjadi hak Along. Yang penting banyak bersabar dan menjadikan manusia yang redha dengan setiap perjalanan masa yang dilalui.
Apa sahaja yang menjadi sebab musabab terjadi kelewatan itu sudah tersurat dalam perhitungan Allah swt. Di situlah kita melihat apakah hikmah sebaliknya. Mudahan berjaya dalam kerjaya yang bakal dilalui jika berjaya nanti.
Salam mesra dari akak di Bangi.
Nashrique: Nash..saya boleh cakap sikit-sikit je. Tapi kalau nak belajar jugak tiada masalah. Bisa aja jika ada kesempatan. Sabarlah Nash dengan dugaan. Setiap manusia pasti diuji kerana itu adalah hukum akal yang perlu kita terima untuk menambah iman kita.
Kak Siti: Akak terima kasih kerana masih ziarah di sini. Walaupun sekarang akak sudah di samping keluarga tercinta tetapi masih dapat ziarah Along di sini. Alhamdulillah sihat. Mudah-mudahan dapat. Tapi kalau tak dapat pun Allah pasti berikan yang lebih baik dari yang itu kan. Jadi Along tak perlu risau. Risau cuma nak disiplinkan diri dengan banyak tugasan yang nak dicapai akan datang. PElan tindakan perlu dirancang sebaik mungkin supaya tidak menyesal :)
Salamelekom,wbt adikku Asrul yang dikasihi kerana DIA. Moga berjaya di dalam setiap apa yang dilakukan, InsyaAllah.
Mencuba memang bagus kerana ia akan menghasilkan dua kebarangkalian iaitu berjaya atau sebaliknya. Tiada percubaan akan memberikan satu jawapan, tak perlulah abg nyatakan. :)
Berkaitan bahasa Inggeris semasa temuduga biasanya nasihat yang abg berikan ialah dahului panel berbahasa Inggeris. Contohnya, bilamana panel memaklumkan dia akan bertanya dalam bahasa Inggeris, terus sahaja adik jawab dengan penuh yakin dalam bahasa tersebut dan maklumkan yang adik sebenarnya masih lagi berusaha memperbaiki kelemahan diri di dalam bahasa tersebut; Ingat! perlu dengan penuh keyakinan. Misalannya “Yes, I will try, äctually I’m still improving my english communication and …bla… bla… susunlah sendiri ayat-ayat yang boleh memberikan penuh keyakinan selepas dimaklumkan sesi berbahasa Inggeris itu. :)
Itulah pengalaman semasa abg ditemuduga dahulu. Jujur abg beritahu, bahawa ada yang berjaya dan pastilah ada juga yang sebaliknya. Yang penting sudah mencuba! rait.
Abg Bent: Wah! Abg Bent, saya pun lakukan sama macam Abg Bent buat ketika temuduga. Bila saja ditanya dalam Bahasa Inggeris jadi saya terus mencubanya walaupun tak fasih sangat. Insya Allah saya akan terus mencuba lakukan yang terbaik.
Salam ziarah tuan,
Saya membaca entri ini dengan penuh minat.
Baru kali ini saya tahu mengenai adanya jawatan
“Pegawai Pendidikan Tinggi Siswazah” tu.
Hmmm…saya berminat benar la nak cuba memohon.
InsyaAllah tahun depan boleh cuba la.
Biasanya, kalau ada tawaran untuk jawatan ini,
bagaimana MARA hebahkan pada umum?
Melalui media massa? Akhbar?
Kenapa la saya tak tahu langsung tentang perkara ini ….huhu
PakarHowTo: Alhamdulillah sekian lama saya sentiasa menunggu ziarah dari Pakar. Biasanya MARA setiap tahun ada iklan di laman webnya. Ikut kekosonganlah. Isi borang secara online. Kalau tak silap dalam bulan 7 atau 8 kalau saya tak silap. Temuduga bagi yang terpilih akan dihubungi melalui telefon. Boleh cuba lagi tahun depan. Kalau nak tahu banyak pasal temuduga saya tu boleh baca pengalaman temuduga. :)
sya fasih bahasa Malaysia,English dan mandarin… rsa2nya dpat ker..? hermm…
Hyun Mi: Lulus temuduga bukan dikira awak boleh bercakap banyak bahasa..