8 Tanda Menunjukkan Anda Seorang Workaholic
Adakah anda seorang gila kerja? Ayuh kita buat sedikit semakan.
- Anda bekerja sehingga lewat malam dan hujung minggu. Aduhai ini memang menunjukkan bahawa anda memang seorang yang gila kerja.
- Anda jarang ambil masa untuk bercuti seperti melancong untuk tempoh-tempoh tertentu. Dan kalau keluar bercuti pun hanya pada nama, tetapi anda tetap melakukan kerja-kerja anda ketika waktu bercuti.
- Tidak boleh melakukan aktiviti-aktiviti privacy seperti, keluar dengan rakan-rakan, bersukan atau keluar memancing.
- Topik perbualan anda tidak akan lari dari niche kerja. Sembang, SMS dan emel anda hanya berkaitan dengan kerja.
- Kehilangan kehidupan untuk bersama keluarga, rakan-rakan, ziarah sanak-saudara, masa untuk beribadat dan juga masa untuk mencari motivasi diri anda.
- Tidak ada masa untuk rehat langsung. Setiap detik hanya kerja, kerja dan kerja.
- Rehat membuatkan anda stres. Apabila anda mula berfikir untuk membaca buku atau menonton muvi, anda akan berfikir anda tak boleh melakukannya kerana hati anda berkata anda mesti bekerja.
- Banyak masalah keluarga timbul kerana anda terlalu sibuk sehinggakan tidak dapat memikirkan masalah-masalah lain. Anda juga selalu tiada di rumah. Ketiadaan anda yang lama sudah pasti akan membentuk perubahan-perubahan negatif di dalam keluarga.
Pendapat admin:
Bekerjalah dengan bijak bukan hanya bekerja kuat. Jadi hamba kerja belum tentu boleh kaya raya dengan bahagia. Sebagai muslim bukan hanya tuntutan kita pada kerja, bahkan pada keluarga, anak-anak, dan yang penting pada Allah wajib kita sempurnakan.












Memang sah!
Salam perkenalan Aqif. Memang benar, kerja perlukan smart and hard. Barulah boleh menikmati kehidupan dan waktu kerja dengan baik.
aku kadang2 jea gila kerja tapi banyak yg malas :)
Aku rasa aku pon ada tanda seperti along bagitau kat atas. Kadang2 lebih 12jam mengadap komputer. Rasanya lepas nie aku nak buat Leverage Marketing pulak. Upah orang jer buat keje…
Tapi modal pun kena banyak jgk… :D
Leverage Other People’s Expertise
Leverage Other People’s Time
Leverage Other People’s Money
Mungkin ada di antara anda pernah mendengar apa yang saya nyatakan diatas. Ya, ianya telah banyak dibincangkan oleh Robert Kiyosaki di dalam siri buku RichDad nya.
MyDayliBlog: Kadang-kadang masih tak belum jadi workaholic lagi. Workaholic ni kerja sentiasa banyak dan tak habis.
Puan Fatimah, bagus sangat kalau dapat keluar melancong refreshkan minda dan fizikal yang dah penat dengan kerja. Tapi macam yang puan cakap, sebelum bercuti task mesti disiapkan terlebih dahulu. Baru dapat bercuti dengan aman.
Izo: Terima kasih respon baik punya. Antara buku yang masih laris sekarang ialah Robert Robert T-Kiyosaki & Donald Trump. Eloklah kalau kerja dapat upah orang lain. Tu tanda Izo dah masuk level ke3 dalam perniagaa. Hebat tu!
Salam,
1st time singgah blog ni. Byk info menarik yer.
Mmm Saya jarang lepak (minum/mkn) dgn kwn2 yg giler keje. Nak makan pun x selera duk citer pasal problem kerja jer. Bungkus makan rumah tengok tv lagi layan.
salam kenalan.
Kita tak bole jadi macam tu. Workaholic taklah bagus. Mesti buat seimbang kehidupan kita ni.
Jawatan Kosong: Workaholic memberi kesan buruk pada hubungan komunikasi antara kita dengan keluarga dan rakan-rakan. Apa tidaknya yang menjadi keutamaan kepada kita hanyalah kerja..kerja..dan kerja. Kalau boleh elakkan menjadi workaholic.
yelah..kalu selalu keje sahaja tapi masih tiada waktu untuk diri dan keluarga pun bosan jugak yea..huhu jadi pandai2lah kita membahagiakan masa dengan bijak..
Suri: Sememangnya begitulah Suri. Kerja adalah tanggungjawab bersama organisasi dan majikan sedangkan tanggungjawab keluarga pun penting juga. Bukan mudah untuk dianalisis semuanya. Cuma kena letak dalam diri jangan jadi hamba kerja.
Salam.saya berpendapat tanda ke-5 patut ditukar kepada BERASA PUAS dan bangga SETIAP KALI SESUATU TUGASAN BERJAYA DISELESAIKAN.. sbb saya mempunyai semua tanda di atas kecuali takde la pula rasa bangga cerita pada orang..maaf. ini pendapat saya sahaja.tak bermaksud yang negatif.
Amer Mustapa: Terima kasih di atas komentar dan cadangan. Saya sangat menghargai cadangan anda.