Al-Quran Skill Yang Perlu Dilatih Setiap Hari

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/12/berdoa2-300x225.jpg" alt="berdoa2" width="300" height="225" />Alhamdulillah baru semalam saya selesai mengendalikan Kursus Tahsin Doa anjuran Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya. Kursus satu hari waktu 8.00 pagi – 4.30 petang adalah kursus pertama yang sepenuhnya saya kendalikan. Antara objektif utama kursus ini adalah untuk memberikan kemahiran dan penguasaan tentang bacaan doa dengan cara yang profesional dan betul.

Antara penekanan utama adalah untuk memahirkan diri dengan bacaan-bacaan doa. Sasarannya pun adalah peserta yang sukarela menjadi pembaca-pembaca doa di majlis rasmi kerajaan. Doa mempunyai hubungkait yang sangat rapat dengan Al-Quran. Sebahagian besar doa perlu dibaca dalam Menghadapi Temuduga [4]” href=”http://www.motivasi-kerja.com/642″>Bahasa Arab. Jadi bukan mudah menjadi pembaca doa di majlis rasmi jika anda tidak mahir dengan ilmu Al-Quran.

Sebahagian besar peserta yang hadir memerlukan latihan yang lebih intensif bagi melancarkan sebutan dan makhraj huruf Al-Quran. Sebenarnya ilmu Al-Quran bukan boleh dikuasai dengan latihan sehari atau seminggu.Al-Quran perlu dibaca setiap hari. Itu pun selepas anda sudah berguru dengan mana-mana guru Al-Quran. Al-Quran adalah ilmu praktikal. Anda tidak akan mampu menguasainya jika hanya belajar melalui buku-buku dan CD-CD Al-Quran.