Amalan Perubahan Diri (1)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Mulakan yang kanan lebih dahulu dari yang kiri
Setiap hari banyak perkara yang melibatkan kanan dan kiri dari anggota kita. Tetapi tidak selalu anda mendahulukan yang kanan dari yang kiri bukan? Masa ingat mungkin anda mulakan yang kiri. Tetapi bila nak cepat, gopoh-gapah dan kelam-kabut anda mula tidak ambil endah itu semua. Sebenarnya jika tidak diubah selamanya anda akan dengan tabiat anda ini.
Banyak yang kita boleh mula dengan kanan. Antaranya pakai baju, pakai seluar, potong kuku, ambil wuduk, masuk masjid dan banyak lagi yang boleh anda senaraikan untuk saya. Semuanya diberikan pahala oleh Allah apabila anda niatkan untuk ibadah. Dan paling penting jika amalan positif ini menjadi amalan maka corak pemikiran dan emosi anda juga akan turut dipengaruhi.
Anda mungkin kata “Ala..senangnya nak buat.” Jadi jangan cakap saja. Lakukan dan cuba istiqamah dengan amalan ini.












Salam,
Betul tu.Kadang2 perkara macam ni kita tidak ambil kisah.Ambil mudah sahaja.Sebenarnya perkara yang kecil2 mcm ni lah yang perlu kita titikberatkan kerana banyak kebaikannya.
Sentiasa lakukan sesuatu kerana Allah,pasti hati sentiasa tenang dan lapang. InsyaAllah. :)
Nozi: Memang benar Nozi. Saya sendiri pun terlepas pandang. Kerat kuku main hentam saja. Padahal Rasulullah dah ajar cara yang betul dalam segala hal. Kita sahaja yang tidak ambil endah.
Assalaamu’alaikum
Apa khabar Long? Akak doakan along sihat dan cepat sembuh. Kesakitan dan kepayahan yang dihamparkan Allah swt buat kita merasainya walau sedetik cuma menandakan sayang dan kasih Allah swt. Hargailah kesempatan indah dari pengalaman sakit yang mungkin jarang kita nikmati berbanding selalu adanya hidangan yang mewah dan menyenangkan untuk kebaikan hidup yang sihat. Berdoalah untuk kebaikan dan patuhilah segala perintah dengan menjauhi segala larangan.
Terima kasih atas info tersebut. Cukup mudah dan menjadi sunnah. Akak sudah amalkan sejak remaja lagi, tapi kadang kala waktu sibuk menjadikan kita lupa seketika, lantas kesal berbalut di hati kerana yang sunnah sudah diengkari. walau tidak berdosa, namun mengikutinya pahala hampir di sisi.
Salam mesra selalu dari akak di Sarikei, Sarawak.
Teman setuju bebeno , apa yang diperkatakan tu, kalau nak pahala buat yang sunah2 dulu barulah yang lain kita tek terlupa.
Kak Siti: Alhamdulillah kak. Sudah beransur sihat sekarang. Insya Allah malam ni boleh mula mengarang balik. Berkaitan dengan perkara yang mudah seperti inilah ramai orang tidak mengambil kisah sehingga kekadang terlupa bagaimana sunnah yang dilakukan oleh baginda dalam segala perkara yang berkaitan ibadah. Insya Allah saya akan perbanyakkan amalan-amalan perubahan diri dalam blog ini supaya kita sama-sama beroleh kebaikan.
Nur Aizan Kamaruddin: Terima kasih banyak atas sokongan.
salam kenal..:)
bagus info nih..potong kuku hari jumaat dan mulakan dengan tangan kanan dulu ..rasanya kan..
Nine: Salam perkenalan. Memang bagus sangat kerana ianya sunnah dari Rasulullah.
Ana pernah mengikuti kuliah Syeikh Nuruddin Al-Banjari awal tahun ini – beliau menasihatkan agar kita memakai jam atau cincin di tangan kanan sebagai tanda mengikuti sunah Rasullulah S.A.W. Alhamdullilah ana berjaya menukarkan “lokasi” jam tangan ana selama ini yang “berteleku” selama hampir 30 tahun di tangan kiri… Moga kita sama2 mengamalkan sunah S.A.W. InsyaAllah…