Amalan Perubahan Diri (11)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Ucaplah terima kasih!
Satu lafaz mudah, ringkas dan bermakna tetapi tidak ramai sudi melafazkannya. Ketika anda berjalan menuju ke pejabat pos, sampai di pintu kebetulan ada orang lain bukakan pintu untuk anda. Anda terus sahaja masuk tanpa ucap terima kasih. Sudah lama anda juga tidak menghubungi sahabat karib anda. Akhirnya pada suatu hari sahabat anda menelefon bertanya khabar dan bersembang panjang. Tetapi anda tidak pula mengucapkan terima kasih di atas ingatan sahabat tersebut pada anda.
Lori sampah datang ke rumah anda untuk mengutip sampah seperti selalunya, tetapi anda langsung tidak berminat untuk melihat kepadanya apatah lagi mengucap terima kasih kepadanya. Aneh! Besar pahala jika lafaz terima kasih ini dapat kita ucapkan kepada mereka. Sekalipun itu sekadar kebetulan, ataupun mungkin memang sudah tugasnya tiada salah anda lebih menghargainya dengan dua patah kalimah bermakna ini.
Terima kasih adalah lambang syukur jika dinisbahkan manusia kepada Allah SWT. Namun kalimah ini adalah simbol mahabah antara sesama insan. Kunci untuk mengeratkan ukhuwah antara manusia dengan manusia.


Assalaamu’alaikum Along
Terima kasih juga kepada Along yang telah banyak memberi motivasi kepada khalayak pembaca dengan pelbagai ilmu yang dikongsikan. teruskan usaha dan semangat ke arah itu.
Untuk pengangkut sampah tu… akak memang tak pernah nak ucap terima kasih Long kerana mereka angkut sampah sebelum subuh dan akak masih tidur lagi masa tu. Berdoa sahajalah. Mudahan mereka dimurah rezeki oleh Allah swt.
Salam mesra dari akak di Bintangor, Sarawak.
hoho, sapa yang tak berterima kasih kat manusia, tak berterima kasih kepada Tuhannya.. simple jer..
Betul tu. Nak ucapkan perkataan terima kasih walaupun hanya beberapa patah tetapi ianya amat sukar
Imran: Teringat pula mafhum hadis yang menceritakan barang siapa yang tidak berterima kasih sesama manusia maka dia juga sebenarnya tidak berterima kasih kepada Allah.