Amalan Perubahan Diri (6)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sebutlah Insya Allah apabila berjanji
Satu tip mudah untuk anda lakukan pada hari ini. Saya tahu dan amat yakin anda sendiri telah tahu mengenai tip ini. Tapi berapa kali anda lakukannya setiap kali anda berjanji kepada seseorang? Biasalah sebagai manusia pasti ada masanya kita terlupa jua untuk melakukannya sekalipun kita maklum tentang perkara itu.
Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 23-24:
“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”. Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.
Mengapa kita perlu menyebut Insya Allah?
- Supaya anda tidak menyandarkan bahawa setiap perkara itu anda mampu lakukan. Setiap hari kita tidak mengetahui apa yang bakal berlaku dalam kehidupan kita. Malang tidak berbau. Berjanji bermakna anda memberikan komitmen tetapi jika tidak mampu ditunaikan pastinya berdosa.
- Ketahuilah bahawa setiap perkara adalah di bawah kekuasaan Allah. Tanpa iradat dan kudratNya anda tidak akan mampu melakukan sebarang pekerjaan pun.
- Supaya kita menyedari bahawa hanyalah hamba Allah. Jangan terlalu yakin untuk segala-galanya. Sandaran kepada Allah akan mendekatkan diri kita kepada Allah.












salam
benar tu manusia sering lupa terkadang banyak perkara yang hendak dikejarkan . namun jagan sesekali kita meghampakan ajakan tersebut. sebaliknya kita mintalah maaf andai kita tidak dapat meluangkan masa untuk mereka. agar hati masing-masing tidak terguris..
Salam,
Ye. Tepat sekali.Jgn lupa ckp InsyaAllah. Anak saya yang kecik tu pun saya dah ajar macam tu. Kalau salah seorang ada memesan saya beli gula2 lepas balik kerja nnti,tak sempat saya kata InsyaAllah,ha dia igtkan saya pula…”kata InsyaAllah Mama”.hehe
Suri: Mudah-mudahan begitulah. Saya menulis tidak berniat untuk mengguris dan menyindir sesiapa. Apa yang saya tulis sebenarnya peringatan untuk diri saya juga.
Nozi: Bagusnya anak Mama Nozi. Malu juga kekadang apabila yang kecil mengingatkan kita bukan. Memang inilah yang perlu cuba kita amalkan. Sebab itu saya letakkan sebagai amalan perubahan diri supaya saya dan pembaca semua dapat cuba mengubah diri dengan melakukan tip-tip mudah dan simple.
salam jumaat.
waspadalah pada kata-kata takut juga ada yang patah hati..huhu.
jemputlah masuk keblog CC ya ;)
Suri: Insya Allah. Ada ruang saya akan ke sana.
insyaallah 1 perkataan yg mulia kan..tp orang melayu skrg mudah lupa dgn ayat ni…hanya tau berjanji je kan…k lah smoge kita same2 blh guna dan menepati janji
Intan: Mudah-mudahan begitulah..