Amalan Perubahan Diri (7)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bersihkan surau dan masjid
Hari ini saya lihat surau di kampung ibu mertua saya sudah usang. Namun bila dicat baru wajahnya nampak ceria kembali. Tetapi sewaktu menunaikan solat di situ saya melihat kebersihannya agak tidak terjaga. Saya mula teringatkan kerja yang kita panggil sebagai tok siak masjid. Nampak tugas seorang siak mudah sahaja kerana membersihkan masjid. Membiarkan karpet dalam keadaan bersih dan terjaga.
Dalam hati saya mula mengagumi tugas sebagai siak. Mungkin kerjanya mudah tetapi mengapa tidak ramai yang melakukannya. Adakalanya kita nampak najis cicak di atas karpet masjid tetapi kita membiarkan sahaja walaupun ada keinginan untuk membuangnya.
Pahala bagi mereka yang melakukannya sangat besar di sisi Allah. Kerja tak glamour tapi pahala tetap berjalan selama mana orang lain menggunakan karpet tersebut sebagai tempat solat. Senangnya nak dapat pahala dalam kerja kan? Namun semuanya terpulang pada diri juga. Jika kesedaran tiada, hati tidak akan menyuruh untuk melakukannya sekalipun peluang tersebut di depan mata. Sama-samalah kita cuba beramal untuk bersihkan masjid dan surau.

salam ceria buat saudara,
tugas membersihkan masjid sememangnya tugas yang amat mulia sekali di sisi Allah s.w.t,
ganjaran bagi sesiapa yang mengutip dan membersih tahi cicak sahaja pahalanya diakhirat nanti akan diganjarkan umpama maskahwin bagi bersama bidadari2 syurga…Subhanallah, begitu mulia sekali..
semuga info tuan dapat menyedarkan umat untuk sama2 mengambil peluang istemewa ini..
alqaswa
Info yang memberi kesedaran untuk melakukan kebaikan. Indah setuju….. berapa ramai yang sanggup melakukan tugas tok siak ini. Sebenarnya tak perlu meletakkan diri di jawatan itu, baru kita mahu melakukan tugas tersebut. Kerja amal yang dilakukan dengan rela, redha kerana Allah lebih bernilai tinggi dan mulia di sisi Allah daripada wang ringgit.
hehe, satu taik cicak yang kite cuci dalam masjid tue ibarat satu mas kahwin untuk bidadari di syurga, tue yang ustaz aku bagitau.. hoho
Salam,
Satu info yang menarik. Betul tu, amalan yang baik membersihkan masjid ni.
Kadangkala, kita tak suka buat sesuatu benda yang kita tak nmpak nilainya. Mungkin pahala dari kerja yang kita lakukan tu memang kita takkan nmpak sekarang. Tapi, ia begitu bernilai apabila kita berada di alam akhirat nanti.
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Entri di atas menarik untuk diberi komentar, khususnya pada petikan ini,
“Adakalanya kita nampak najis cicak di atas karpet masjid tetapi kita membiarkan sahaja walaupun ada keinginan untuk membuangnya.”
(minta izin) sedikit tambahan
sedekah minyak attar, kain pelikat & seliper senyap-senyap di masjid/surau….
Investment yang paling murah,mudah dan untung!
…ada sorang hamba Allah betulkan paip air yang rosak di masjid tahun lepas, belanja kepala paip less than RM20 tapi dah beribu-ribu orang dapat manfaatnya…berapakah agak2 nilai pahala itu?Oh!..mudahnya meraih saham akhirat bagi yang ringan tangan.
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, Work Smart & Creative”
Assalamualaikum
AlQaswa: Terima kasih juga kerana menambah baik entri saya ini. Tidak sangka pula pahalanya begitu besar di sisi Allah. Ayuh rebut peluang ini!
IndahKasihku: Begitulah sepatutnya. Tidak perlu ada jawatan siak jika kita sedar tanggungjawab sebagai muslim yang memakmurkan masjid. Selalunya kita nak solat bersih dan kemas tetapi nak harapkan siak juga bersihkan masjid. Kalau siak tak sihat macam mana? :)
Samanosuke: Alhamdulillah. Banyakkanlah buang najis cicak kat masjid sebab dah tahu ganjaran pahalanya.
Nozi: Itulah saya namakan amalan perubahan diri. Semoga kita mula memperbaiki diri dengan amalan-amalan mudah ini.
Tuan Pemburu Impian: Komen tuan amat saya alu-alukan. Sebenarnya dalam amalan perubahan diri ini banyak sekali yang ingin saya sebutkan. Contoh yang tuan berikan juga akan saya sebutkan dalam entri akan datang. Supaya kita semua sama-sama mengambil pelajaran dari perkara-perkara yang mudah.