Amalan Perubahan Diri (9)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Berikan kata-kata yang baik
Mengubah diri bukan perkara mudah untuk dilaksanakan. Perubahan diri perlukan istiqamah pada perkara-perkara yang mudah terlebih dahulu sebelum melakukan perubahan yang lebih besar. Antaranya menuturkan kata-kata yang baik kepada orang lain. Seringkali kita mengabaikan perkara yang mudah untuk kita lakukan ini. Anda juga mampu melakukannya.
Mengucapkan kata-kata yang baik seperti memberikan nasihat, memberikan tazkirah, mendoakan insan lain sebenarnya memberikan perubahan besar pada diri anda. Hanya dari kata-kata yang baik menjadikan anda seorang yang disenangi dan dikasihi oleh orang lain.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah 263 yang bermaksud:
“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi tindakan yang menyakiti. Dan Allah itu Maha Kaya, Maha Penyantun.”
Dari memberikan celaan yang diiringi dosa lebih baik memberikan kata-kata yang baik yang diiringi pahala. Bahkan kata-kata yang baik juga adalah sedekah. Semoga saya dan anda semua dapat amalkan bersama.












hmm.. pernah tebaca daa ayat nie… hoho, ade betolnye.. buat pe tolong orang kalo nak ungkit2 balik kan? buat sakit hati jerr orang yang ditolong tue..
Assalaamu’alaikum Along
Apa khabar Along. bagaimana dengan Irdhina? Semoga anak comel itu semakin cantik dan bertambah cerdas juga cergas.
Maaf kerana lama sudah tidak menitip apa-apa pesan dan hikmah di laman Along ini, walau selalu singgah untuk membaca sebagai motivasi diri setiap hari.
Akak doakan Along semakin mantap dalam penulisan motivasi dan berjaya dalam kerjaya sedia ada. Ilmu yang baik harus dikongsikan bersama dengan sesiapa sahaja sebagai satu khidmat yang berguna bagi kesinambungan kebijakan dan intelektualiti manusia akan datang.
Mudahan kita semua berjaya dalam apa yang ingin dicapai di dunia dan akhirat nanti. Berbuat baik bukan setakat dengan kata-kata sahaja, tetapi apa yang ada di hati kita akan mencerminkan segala kebaikan tingkah yang dipaparkan.
Maaf dipohon atas segala kesilapan. Terima kasih atas semua kebaikan di dunia maya dengan sokongan dan motivasi yang dihamparkan. Mungkin selepas ini akak akan berlama untuk tidak di dunia maya atas sebab tugas yang lebih menuntut untuk diberi perhatian. Hanya sekadar membalas komentar dan sedikit ruang untuk posting dan BW, jika ada kesempatan.
Salam mesra dari akak di Sarikei, Sarawak.
Samanosuke: Begitulah Islam mengambil berat pada umatnya walaupun pada perkara-perkara yang kecil.
Siti Fatimah Ahmad: Terima kasih dari saya untuk akak di atas kata-kata khabar dan semangat. Insya Allah saya akan cuba kembangkan potensi yang ada dalam diri ini. Irdhina alhamdulillah dah naik 300g timbang hari tu.