Anda Dan Kerjaya
Adakah anda sedang bekerja? Atau mungkin anda tengah mencari kerja? Apa pun jawapannya bekerja adalah sesuatu yang diimpikan. Jika anda seorang pelajar, anda sebenarnya sudah mengimpikan kerja yang bakal anda lakukan. Bahkan ketika kecil pun guru selalu bertanya apakah cita-cita kita? Cita-cita yang kita angan-angankan kita itu sebenarnya adalah kerjaya yang ingin kita capai.
Kerjaya adalah yang dekat dengan diri anda. Kerjaya adalah umpama matlamat kepada kehidupan. Tanpa kerjaya yang baik mana mungkin kita semua dapat mengecapi kemewahan dan kesenangan di dunia ini. Dengan kata mudah tanpa kerjaya belum tentu dapat mendirikan rumah tangga, dapat membina keluarga yang baik, beli handphone baru dan yang paling penting ialah duit poket sendiri. Tanpa ada kerjaya tidak mungkin anda dapat memiliki yang lain.
Setiap daripada anda akan mengalami proses dalam membina kerjaya. Sama ada bekerja dengan swasta atau dengan swasta atau mungkin juga bekerja sendiri. Semua akan bekerja. Oleh kerana itu apabila seseorang telah tamat pengajian amat resah apabila masih belum dapat kerja. Ditambah jumlah 40 ribu hingga 50 ribu penganggur di Malaysia pada tahun ini maka sudah tentu anda jua termasuk dalam jumlah ini. Lebih membimbangkan apabila terpaksa dibuang kerja atas sebab kejatuhan ekonomi sudah tentu memberikan impak besar kepada diri.
Sebagaimana yang dialami oleh seluruh dunia sekarang ini, semua orang inginkan kerja dan membina kerjaya. Kerana kehidupan dunia sememangnya menuntut manusia bekerja sebagai asbab usaha untuk mendapat sesuatu yang diinginkan.
Fakta yang tidak dapat disangkal kita menghabiskan sebahagian besar dalam hidup kita bersama kerjaya yang kita ceburi. Jika anda mula bekerja pada umur 25 tahun, anda menghabiskan 33 tahun hanya untuk kerjaya. Dalam tempoh ini sudah tentu anda menikmati kehidupan yang selesa berbanding dengan mereka yang tidak bekerjaya. Apa yang penting perlu memilih kerjaya yang sesuai dengan diri anda kerana kerjaya yang bukan kerana minat, sukar untuk bertahan lama. Jika dilakukan kerja tersebut bukanlah dari potensi yang sebenarnya sebaliknya hanya atas desakan dan tanggungjawab semata-mata.












Sama-sama izo
Terima kasih Risman. Semoga kita sama-sama dapat manfaat.
Salam,
Nak tanya, saya pelajar yang baru je tamat pengajian dan ngah tunggu konvo, sekarang nie ngah cari2 keje, kalo ikut minat..saya minat bahagian pengurusan, buku2 dan juga haiwan… ada juga apply tapi belum dapat ape2 jawapan lagi..
then, ape langkah yang perlu saya buat bila dah dapat keje nanti? mungkin boleh share pengalaman.. saya ada gak rasa takut.. huhu..
boleh berikan nasihat untuk saya?? hee.. terima kasih..
Anie-Skut87: Jika mempunyai kecenderungan dalam kerjaya berbentuk pengurusan perlu banyakkan membaca buku-buku berkenaan kerjaya tersebut. PErlu hebat dalam komunikasi dengan orang lain, tahu membuat keputusan dengan cepat dan perlukan ketahanan mental dan emosi yang tinggi. Bidang kerja jauh bezanya dengan teori yang dipelajari dalam pengajian di IPT. Jadi sementara duk kat rumah banyakkan membaca dan research.
Tiada Kerjaya, Tiada Awek!!!
Nasihat untuk pelajar2 IPTA/IPTS kat luar sana.
Jangan habiskan duit mak bapa kita..