Anda Tidak Boleh Bekerja Dengan Selesa Apabila..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Adakah anda boleh bekerja dengan selesa apabila..
- Semua staf tempat anda bekerja buat kerja sendiri-sendiri. Jangankan nak bercakap, jeling kita pun tidak. Suasana di pejabat terasa macam berada di rumah tak berpenghuni. Menakutkan!
- Lampu dekat pejabat punyalah suram. Nak buat macam mana majikan terlalu berjimat cermat!
- Bos selalu panggil anda masuk kerana rupa anda yang manis. Hati-hati jangan sampai masuk perangkap bos.
- Gaji selalu masuk lambat, tetapi kerja pula selalu kena balik lambat.
- Rumah dengan pejabat punyalah jauh. Kena hadapi jem setiap hari.
- Kerja yang anda buat sepanjang malam akhirnya bos hanya melihat hasil kerja anda dengan hujung mata.
- Tiada mentor dari kalangan staf senior yang ingin memberi tunjuk ajar kepada anda.
- Bertahun-tahun anda bekerja tidak ada satu pun kursus-kursus motivasi dan kemahiran kerja yang anda ikuti. Bagaimana tahap kecekapan nak bertambah?
- Bos mengarah pandai, tetapi nak ambil hati kita jauh sekali.












Assalamualaikum Tuan Rumah,
Artikel di atas menarik untuk diberi komentar, khususnya pada ayat ini
“Bertahun-tahun anda bekerja tidak ada satu pun kursus-kursus motivasi dan kemahiran kerja yang anda ikuti. Bagaimana tahap kecekapan nak bertambah?
Pilihan alternatif adalah banyakkan membaca & hadiri kursus dengan kos sendiri. Bila sudah bersedia, bolehlah bekerja sendiri…
Salam ceria & inspirasi
“Pray hard, work smart & creative”
Assalamualaikum