Al-Quran Skill Yang Perlu Dilatih Setiap Hari

Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 01-12-2009

4

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

berdoa2Alhamdulillah baru semalam saya selesai mengendalikan Kursus Tahsin Doa anjuran Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya. Kursus satu hari waktu 8.00 pagi – 4.30 petang adalah kursus pertama yang sepenuhnya saya kendalikan. Antara objektif utama kursus ini adalah untuk memberikan kemahiran dan penguasaan tentang bacaan doa dengan cara yang profesional dan betul.

Antara penekanan utama adalah untuk memahirkan diri dengan bacaan-bacaan doa. Sasarannya pun adalah peserta yang sukarela menjadi pembaca-pembaca doa di majlis rasmi kerajaan. Doa mempunyai hubungkait yang sangat rapat dengan Al-Quran. Sebahagian besar doa perlu dibaca dalam Bahasa Arab. Jadi bukan mudah menjadi pembaca doa di majlis rasmi jika anda tidak mahir dengan ilmu Al-Quran.

Sebahagian besar peserta yang hadir memerlukan latihan yang lebih intensif bagi melancarkan sebutan dan makhraj huruf Al-Quran. Sebenarnya ilmu Al-Quran bukan boleh dikuasai dengan latihan sehari atau seminggu.Al-Quran perlu dibaca setiap hari. Itu pun selepas anda sudah berguru dengan mana-mana guru Al-Quran. Al-Quran adalah ilmu praktikal. Anda tidak akan mampu menguasainya jika hanya belajar melalui buku-buku dan CD-CD Al-Quran.

Comments (4)

Assalaamu’alaikum

TAHNIAH! kerana Along berjaya mengendalikan kursus Tahsin Doa. Satu usaha yang menjadi kesinambungan kursus akan datang.

Ya.. tepat sekali.. Al-Quran adalah ilmu praktikal… ia mesti dibaca selalu, setiap hari, sepanjang masa selagi nafas kita ini berhembus, selagi jantung kita ini berdegup.

Mukjizat hebat ini buka sekadar untuk ditatang penuh menghiasi meja, almari dan apa pun yang menjadi dudu letaknya. Mukjizat ini harus ada di tangan kita sebagai rujukan, di hati kita sebagai pendinding dan di minda kita sebagai pengingat.

Sudah pastinya, untuk fasih dan menguasai sebutan makhraj juga tajwid bacaannya… wajib dipelajari dengan berguru terlebih dahulu, lalu disertai dengan bacaan dari hari ke hari… baharulah kita dapat menguasai bacaan yang baik. kerana setiap huruf yang salah disebut akan menyimpang makna. Justeru, pertiingkatkan usaha untuk membaca dan belajar al-Quran setiap masa.

Teruskan usaha Along untuk meningkatkan kesedaran manusia kepada indahnya hidup sebagai muslim sejati yang mentaati perintah Allah di samping bersyukur dengan segala nikmat Iman dan nikmat Islam ini.

Salam mesra dari Bangi.

Byk doa-doa terpilih yang biasa dibaca adalah diambil daripada ayat-ayat Al-Qur’an itu sendiri.

Jadi, dengan selalu membaca Al-Qur’an , pasti kita akan terjumpa banyak ayat-ayat yang boleh diambil dan diamalkan sebagai doa harian kita..

Ada juga diantara doa2 tersebut adalah doa yang diamalkan sendiri oleh Nabi-Nabi kita.

Kak Siti: Terima kasih juga untuk akak yang selalu memberi semangat dan kata-kata perangsang untuk saya.

Faizal: Terlalu banyak sebenarnya. Selalu baca Al-Quran bukan sekadar melatih sebutan makin betul, bahkan kita juga akan lebih memahami intipati Al-Quran dengan lebih baik.

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: