Amalan Perubahan Diri (2)

Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 16-01-2010

19

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pamerkan senyuman yang ikhlas

Setiap hari anda pergi ke tempat kerja. Apa yang anda lakukan apabila anda terserempak dengan orang lain di pejabat anda? Jangan lokek untuk mempamerkan senyuman yang ikhlas kepada sahabat-sahabat anda atau kepada pelanggan anda. Senyuman adalah cerminan pertama siapa anda di pandangan orang lain. Senyuman akan menimbulkan kemesraan anda dengan sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi kepada pelanggan anda.

Ramai orang yang bekerja tidak menunjukkan mereka menghargai pelanggan. Jangan memberikan salam, senyuman pun mereka tidak memberikannya. Sudah pasti sedikit sebanyak pelanggan anda merasakan organisasi anda adalah organisasi yang menakutkan kerana tidak mesra pelanggan. Tetapi perlu diingat juga, senyuman perlu diiringi dengan kata-kata yang baik. Jika sebaliknya tiada gunanya anda senyum kerana senyuman anda hanyalah kepura-puraan.

Tidak sukar untuk senyum. Jangan tunggu esok untuk senyum kepada orang lain kerana senyuman yang ikhlas akan diberikan pahala oleh Allah. Jika senyuman anda dapat menyenangkan hati orang lain maka anda akan lebih mudah didampingi ketika di tempat kerja anda.

Comments (19)

Assalamualaikum Tuan Rumah,

Artike yang simple tetapi manarik untuk diberi komentar, terutamanya pada petikan ini,


Tidak sukar untuk senyum. Jangan tunggu esok untuk senyum kepada orang lain kerana senyuman yang ikhlas akan diberikan pahala oleh Allah. Jika senyuman anda dapat menyenangkan hati orang lain maka anda akan lebih mudah didampingi ketika di tempat kerja anda”

dan sedikit tambaha,

“Bagaimana jika kita mula berlatih memandang wajah disertai senyum sejurus bersalaman selepas selesai solat..sebab yang sering kita alami adalah sebaliknya…”

Salam ceria & inspirasi

“Pray Hard & Work Smart”

Assalamualaikum

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Senyum itu adalah sedekah.
Apabila kita senyum, orang senang dengan kita.
Kita boleh meningkatkan hubungan silatur rahim dengan rakan-rakan. Dengan itu kerja sama dari mereka mudah diperolehi.

Was salam

Saya jumpa ramai orang….Tapi ramai yang susah nak senyum walaupun kita dah senyum kat diorang =)

Pemburu Impian: “Bagaimana jika kita mula berlatih memandang wajah disertai senyum sejurus bersalaman selepas selesai solat..sebab yang sering kita alami adalah sebaliknya…” Along sangat bersetuju bila Fathuri respon terhadap situasi ini. Dari sini kita sudah mampu menilai sejauh mana ukhuwah yang terbina di antara kita. Salah satu sedekah yang tidak perlukan modal..tetapi tak ramai juga sanggup memberikannya.

Mohd Nor: Salam perkenalan di blog saya. Alhamdulillah pandangan bernas dari Mohd Nor. Senyumlah dengan ikhlas kerana senyuman ikhlas mampu memberikan kesegaran pada orang lain. Hilangnya prasangka hanya kerana senyuman ikhlas yang terbit dari bibir anda.

Blinkky: Jangan mengharap orang senyum balik. Nanti lama-lama kita pun bosan dan terus tidak melakukannya pada orang lain. Senyumlah kerana anda memang patut melakukannya untuk diri anda dan orang lain.

salam… saya susah btul nak senyum ngn org kalu pagi2 ni…. mood takde lagi lah… camne ek?

Salam;
@Along @Nurya
Saya mmg susah nak senyum, bukan pasal mood…tp gigi depan saya tak cukup! ketawa kalu mesti nak kene tutup mulut, kalo tidak kesian org kat depan tepaksa ‘telan hujan’…ha5

Nurya: Kalau pagi-pagi memang susah nak senyum sebab suasana mengantuk masih menebal dalam diri. Kemudian konflik diri, kerja tak siap lagi, macam saya ni memang ada masanya susah nak senyum. Sebab tu suka kacau orang pada waktu pagi :)

Poziabb: Salam @Poziabb kembali. :) tersenyum seorang saya membaca komen Poziabb. Kelakar. Tak dapat saya nak menolong :)

Senyum akan memberi sinar kepada wajah untuk membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

Senyum adalah seri wajah. Yang memandang akan tenang dan turut serta ceria.

Senyum adalah pengubat hati. Jika anda sedang sedih, senyum dapat membantu anda menaikkan semangat.

Banyak lagi perihal senyum. Mulalah tersenyum!

Assalamualaikum,

Satu artikel yang menarik. Saya mmg setuju benar bab senyuman ni. Semua orang tahu senyum itu sedekah. Tapi tak ramai yang nak amalkan. Ada yang tidak balas pun senyuman yang diberi. Prinsip saya mudah sahaja. Senyum jika mahu senyum.Orang nk senyum semula atau tidak tu ikut dia lah. Yang penting kita dah pamerkan apa yg ada dalam hati kita.

Pernah senyum tak berbalas. Tapi bila keesokan harinya terserempak lg dengan dia dan saya senyum lg,dia dah balas senyuman saya. :)

Tips dari saya.. Jika kita bermasalah sekalipun jgnlah bermuram durja.Cubalah senyum kerana ia merupakan salah satu penawar utk masalah kita. ;)

Helmi Suhaimi: Wow! Saya begitu teruja apabila seorang motivator terkenal memberikan komen di blog saya. Saya setuju bila Helmi nyatakan “Senyum akan memberi sinar kepada wajah untuk membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Senyum adalah seri wajah. ” Teruskan memberikan senyuman untuk menjadi lebih pemurah.

Nozi: Salam Puan Nozi. Sayangnya bila orang tahu senyum itu sedekah tetapi tidak melakukannya jua. Jadilah seorang yang pemurah dengan senyuman.

Assalaamu’alaikum Along

Senyum seindah suria yang membawa cahaya. Senyumlah dari hati duniamu berseri.
Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum ku tersenyum kemesraan menguntum.

Senyum… membahagiakan
senyumanmu amatlah berharga.
Senyum.. kepada semua
dengan senyuman terjalinlah ikatan

Lagu Senyum ini adalah lagu favorit akak yang menjadi penawar kala hati resah dan kala wajah sukar untuk mempamerkan senyuman. Bagi Akak, senyuman adalah daya tarik seseorang kepada seseorang yang lain.

Senyum akan membuat wajah yang tidak menarik menjadi cantik dan manis berbanding wajah cantik tetapi mencuka. Senyuman juga membuat wajah seseorang berseri dan bercahaya terutama senyum yang lahir dari ketulusan sekeping hati.

Senyum merupakan ikatan yang mengeratkan dua hati yang berbeza. Walau siapapun mereka yang berhadapan dengan kita, lemparkan senyuman manis dan salam mesra agar perkenalan yang terjalin akan memudahkan bicara. Dengan senyuman, kita akan mendapat pahala dari Allah kerana senyum adalah sebahagian dari iman.

Tidak rugi jika sesebuah organisasi melatih dan mendisiplinkan warga kerjanya untuk senyum dengan pelanggan yang datang. Jadikan senyuman sebagai trademark untuk melariskan produk yang dibakal dijual kepada pelanggan. Hanya sengan senyuman, produk laris dan menguntungkan.

Salam mesra dan selalu ada senyum untuk Along walau Akak jauh di Sarikei, Sarawak.

to poziabb: awak mesti nampak comel kalau senyum kan… hehe…gurau jer…

Kak Siti: Apabila membaca response akak tentang senyum ini, rasa tidak ada sebab lagi mengapa orang tidak mahu senyum. Sedekah yang kecil tetapi impaknya sangat besar dalam membina hubungan baik sesama manusia.

Mulakan harimu dengan senyuman…..
Setiap senyuman dapat menghadiahkan kegembiraan terhadap orang lain…
lebih bersemangat dan berkeyakinan dalam memulakan tugas seharian…
pendorong kejayaan…
selain menceriakan suasana…
mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama kita…

Rina: Saya mendapat satu tip dari seorang penceramah TV, Ust. Badli Shah Alauddin: “Kalau nak senyum kena guna formula 2-2-7. 2inci kiri kanan, 2inci atas bawah kemudian tahan 7 sangat. Hehe..nampak lucu. Tapi boleh cuba.

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: