Amalan Perubahan Diri (4)
Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 22-01-2010
10
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Berpakaian putih lebih menginsafkan
Berapa pasangkah pakaian yang anda beli setahun? Saya pasti bagi anda yang bekerja membeli paling kurang dalam 20 pasang setahun bagi perempuan berbanding lelaki yang mungkin lebih kurang kuantitinya. Bagaimana pula fesyennya? Sukar nak saya terangkan tentang ini memandangkan saya bukan peragawati dan model. Namun selalunya kita membeli pakaian suka pada fesyen terbaru, corak yang cantik dan juga kena sedondong antara kain, baju, tudung, kasut dan juga beg tangan bukan?
Sebenarnya kerana pakaian beginilah kita banyak terpesong dari landasan akhlak yang baik. Kerana pakaian cantik kita lupa bahawa masih ada yang tidak mampu membeli pakaian. Kerana pakaian kita kadang-kadang menunjuk-nunjuk di hadapan orang lain tentang fesyen baju kita. Perbanyakkanlah menggunakan warna putih dalam kehidupan anda selepas ini. Warna putih adalah warna tema seluruh umat Islam di dunia ini.
Warna pakaian ketika kita diusung nanti hanya warna putih kosong. Warna putih adalah warna fitrah manusia yang dilahirkan suci dan dikebumikan juga dalam keadaan suci. Mudah-mudahan hati kita sedikit berbekas dengan cara kita memilih pakaian pada hari ini. Konsep warna putih akan sentiasa mengingatkan diri kita tentang kematian yang tidak tahu bilakah akan menjemput kita.





saya suka warna putih sbb tu kereta, hP saya putih.. broadband saya pun putih jugak…
Salam,
Good info.
Saya suka pada warna putih. Kerana putih itu nampak bersih dan sedap mata memandang. Tapi, baju tak banyak pula warna putih. Lps ni kena banyakkan warna putih la nampaknya. :)
Saya cuma punya baju warna putih satu. Baju koko. Lebih suka biru. Tetapi insyaAllah semoga tampilan luar tak menjadi ukuran utama untuk melihat seseorang.
Nurya: Suka kerana warna kereta putih tak mengapa. Jangan suka suami orang putih sudah la :)
Nozi: Kak Nozi, warna putih perlu ada juga walaupun minat warna lain. Cuma dari sudut pemakaian perlu dilihat juga. Maklumlah baju putih kadang nampak bahagian tubuh pula. Dikira aurat tu. So pandai-pandailah memilih.
Ya..betul tu. Cari material yang tidak nipis dan menjolok mata. Wanita ni banyak auratnya. Sedangkan suaranya pun sudah dikira aurat.
Nozi: Selamat beramal ye Puan Nozi :)
tp yang peliknya bju putih+x pakai tudung
+sendat
+x cukup kain
+pkai skrit
+menjolok mata hehehe
apapun yang penting adalah niat…tak semua orang yang berpakaian putih ingat pada kematian..mungkin ada segelintir yang cenderung memilih pakaian warna putih atas dasar nampak cantik..minat…trend…yang berpasangan nampak matching…atau sebagainya…namun ‘disebalik’ putih tu biarlah nampak bersih….barulah berseri….kerana dalam diri kita ada seketul daging . kalau bersih daging tu, maka bersihla diri kita seluruhnya..kalau tak dijaga dengan baik maka sebaliknya…itulah dinamakan hati…kalau kita boleh jaga fizikal kita dari cacat cela…takut nampak hodoh..takut ditertawakan..kenapa seketul sahaja daging yang Allah kurniakan ,susah untuk kita jaga dan pelihara…kerana itulah yang melambangkan diri kita…walau sebersih dan secantik mana pakaian yang kita pakai sehari2…sama-sama kita renung dan fikirkan…
Rina: Salam perkenalan. Terima kasih kerana sudi ziarah dan beerkongsi idea di sini. Apa yang difikirkan oleh Rina itulah juga yang terlintas di hati saya. Mengapa warna putih sekadar dijadikan trend sahaja. Sedangkan orang yang memakai itu berpeluang muhasabah diri. Dari sudut pemakaian warna putih perlu juga dilihat pada aksesori yang lain. Kalau warna tapi belah sana sini tak jadi juga. So fikirkanlah sebaiknya.