Amalan Perubahan Diri (5)

Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 03-02-2010

6

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Baca Al-Quran / Dengar bacaan-bacaan Al-Quran

Setiap hari ketika anda dalam perjalanan ke tempat kerja, saya pasti ramai yang akan mendengar celoteh DJ di stesen radio kegemaran. Mendengar lagu-lagu terkini sambil menghadapi kesesakan jalan raya yang setiap hari anda perlu lalui. Sekali sekala anda tergelak mendengar celoteh DJ yang melawak.

Apa salahnya jika anda mulakan kehidupan anda dengan satu perubahan yang baru. Jika sebelum turun dari rumah untuk menuju ke tempat kerja, anda bacalah Al-Quran dalam 10 ayat sebagai mengisi waktu pagi dengan keberkatan. Tetapi saya pasti adakalanya anda agak sukar untuk mengisi waktu ini dengan aktiviti baca Al-Quran. Namun anda masih berpeluang mendengar bacaan Al-Quran.

Jika setiap hari anda boleh mendengar lagu-lagu terkini dari radio, tiada salahnya juga anda mula mendengar Al-Quran ketika anda memandu dan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Bukan sahaja hati anda lebih tenang, bahkan Allah berikan pula ganjaran pahala. Jom cuba! Untuk permulaan anda boleh dengar bacaan Al-Quran ketika baca blog saya ini :)

Listen to Quran

Comments (6)

Salam Ziarah..

Sunan Bonang (salah seorang lagenda Wali Songo) ada mewariskan sebuah puisi (tembang) yang baik sekali, dan ia merupakan puisi yang sangat saya gemari. Tajuknya ‘Tombo Ati’. Begini bunyi nya..

“Tombo ati iku limo perkarane (Ubat hati itu lima perkaranya)
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane (Yang pertama baca Quran dan maknanya)
Kaping pindho sholat wengi lakonono (Yang kedua solat malam dirikanlah)
Kaping telu wong rang sholeh kumpulono (Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh)
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe (Yang keempat perbanyakkan berpuasa)
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe (Yang kelima zikir malam panjangkanlah)
Salah sawijine sopo biso ngelakoni (Salah satunya siapa dapat melakukan)
Muki-muki Gusti Allah nyembatani(Moga-moga Allah Taala menyayangi)”

[Puisi Tombo Ati oleh Sunang Bonang]

Baca lanjut di:

http://ustazcahaya.blogspot.com/2009/11/tombo-ati-5-cara-merawat-dan_14.html

Assalaamu’alaikum

Apa khabar Ustaz Asrulnizam ? Didoakan sihat dan bahagia selalu.

Alhamdulillah, begitulah Allah berkehendakkan manusia agar membaca dan membaca sebagaimana yang tersurat dalam surah al-’Alaq. Bacalah olehmu (wahai sipulan dan si pulan – bagi yang sedang membaca kalamullah ini)… maksudnya membaca al-Quran adalah saat kita sedang berkata-kata dengan Allah, berhadapan dengan Allah swt.

Oleh itu, jadikan al-Quran sebagai teman setiap masa. Al-Quran adalah sebuah kitab yang DIBACA. Bukan dilihat. Bukan direnung. Bukan juga dijadikan hiasan di dalam almari atau sekadar hantaran perkahwinan.

membaca al-Quran boleh dilakukan di mana-mana masa terluang. Bagi saya masa terbaik adalah selepas solat fardhu dengan mengambil masa 5 atau 10 minit. itu amalan saya setiap hari. kalau pergi kerja biasanya saya akan alunkan nasyid sebagai menghibur hati sepanjang perjalanan yang kadang kala diselang seli dengan alunan al-mathurat.

Saya selalu dengar lagu ini ketika memandu ke pejabat selain alunan dari Maher Zain. Lagunya cukup mengesankan.

http://www.4shared.com/file/129779860/9e47a3e1/Sami_Yusuf_-_You_Came_To_Me__E.html?s=1

Salam mesra dari saya di Sarikei, Sarawak.

salam,
jika kita baca sebaris ayat al-quran pun dapat apatah lagi jika kita bersedekah kerna itu satu amalan yang mulia disisi agama.

Suri: Mudah-mudahan kita sama-sama beramal walaupun sedikit.

Tuan, setuju sangat-sangat apa yang disarankan ini. Kita kena didik hati kita untuk menyukai dan mencintai al-Quran. Walaupun untuk buat perubahan mungkin agak sukar pada awalnya, tapi lama-kelamaan, apabila dah terbiasa, ianya akan menjadi tabiat kita.

PakarHowTo: Itulah pakar, memang senang untuk diamalkan cuma tidak mudah juga untuk kita take attention cuba istiqamah untuk melakukannya.

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: