Anda Juga Boleh Jadi Hebat!

Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 02-11-2009

5

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua potensi seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang berasal dari Romania yang telah diiktiraf sebagai kanak-kanak terkuat di dunia. Giuliano Stroe telah masuk Guiness Book of World Records kerana berjaya berjalan dengan pantas sejauh 10 meter dengan membawa pemberat. Stroe berjaya mencipta rekod ini pada awal tahun ini. Kegigihan Stroe berlatih sejak dari kecil lagi patut kita ambil motivasi diri bahawa anda juga berhak jadi hebat jika anda memanfaatkan potensi diri pada tempat yang betul.

Comments (5)

tgk video ni teringat kat anak teruna saya Zuhair, pandai beraksi berjalan atas tangan dan melompat ke blkg sewaktu usia 7 tahun..have no idea where he learn those actions…very active when he was 6 months..asyik melompat tanpa henti bila dirikan dia..sampai naik lenguh pegang tangan dia..n he can walk when he was 11 months, pandai tendang bola since dia kuat berjalan..tendangan bola dia x spt kanak2 lain..sgt jauh….n now he is 15 yrs n aktif bolasepak wakil daerah..suppose wakil negeri tapi dia perlu masuk asrama n didnt get approval frm his father..sedih..sgt sedih..kalau x ,..dah dpt scholarship..his ambition want to be a MU football player…hahaha…apa pun sokongan perlu diberi jika berpotensi..tapi malangnya nowdays parents lebih suka choose what they want instead of what the children want to be…sokongan perlu dr kedua2 pihak..kadang2 jeles gak tgk badan anak berketul2 cam body builder..hahaha

”Tidak Perlu Hebat Untuk Bermula Tapi Perlu Bermula Untuk Jadi Hebat’

Faizah: Ooo..anak akak hyper active rupanya. Selalunya kalau hyper active potensinya pun boleh jadi hyper juga. Baguslah kalau akak mendorong anak terhadap minat dan potensi yang betul. Mudah-mudahan leh jadi pemain akademi MU pun jadilah.

Assalaamua’alaikum

Hmm.. Along pun hebat juga kerana memaparkan video ini dan membawa minda semua pembaca untuk menjadi hebat walau contohnya dari seorang anak comel. Salut Long.

Setelah menyaksikan video hebat ini, pertamanya tahniah dberikan kepada ibu bapanya yang telah berusaha untuk menyerlah potensi yang ada pada si anak comel tersebut. Tanpa sokongan dan dedikasi ibu bapa kejayaan tidak akan dapat diraih oleh anak-anak.

Anak comel di atas tentu rasa hebat dengan apa yang dilakukannya kerana itulah yang disukai oleh anak-anak yang seusia demikian. sukakan permainan yang lasak, aktiviti yang mencabar minda dan jasmaninya. Oleh itu, sebaiknya jangan ditegah anak-anak ingin melakukan sesuatu yang hebat bagi dirinya. Jika tidak potensi itu akan malap dan terkubur begitu sahaja.

Tesisnya, ibubapa hendaklah berusaha membantu bakat dan potensi anak-anak jika melihat kecenderungan yang dimiliki oleh mereka. Salam mesra selalu.

Kak Siti: Sememangnya ibu bapa kena peka dalam mengenali potensi anak-anak. Kecenderungan di waktu kecil perlu dilihat segera agar dapat terus diasuh minat dan potensi mereka.

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: