Apa Sumber Inspirasi Anda?
Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 09-03-2010
12
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Setiap orang pasti mempunyai sumber inspirasi untuk membina langkah-langkah baru dalam kehidupannya. Sumber inspirasi inilah akan memastikan bahawa dirinya akan berusaha sedaya mungkin ke arah itu untuk berjaya. Segala kudrat akan diperah untuk memastikan impiannya tercapai. Saya pasti anda yang sedang membaca sekarang juga mempunyai sumber inspirasi dalam hidup anda.
Wang ringgit
Ada orang meletakkan wang ringgit sebagai sumber inspirasi untuk berjaya. Meletakkan sasaran jutawan adalah kebanyakkan inspirasi manusia yang ingin berjaya. Oleh kerana itu ramai yang mula meletakkan minda jutawan dalam diri mereka. Tidak salah meletakkan wang sebagai inspirasi untuk berjaya, cuma yang tidak bagus jika kita hilang punca kerana wang. Jangan menjadi hamba kepada wang. Jika berinspirasi untuk membantu orang lain dengan wang itu adalah cara yang paling baik kerana Islam sememangnya mengajak muslim membina kekayaan dengan syarat perlu membantu orang lain.
Pangkat dan jawatan
Sebahagiannya pula meletakkan inspirasi kepada jawatan tinggi dalam kerjaya. Mungkin anda sudah berimpian untuk menjadi CEO pada masa akan datang, atau mungkin Pengurus Besar dalam organisasi anda. Tidak salah juga anda meletakkan posisi itu sebagai inspirasi anda ingin lebih berjaya asalkan anda mengikut cara yang betul dan berusaha keras. Semakin tinggi jawatan yang disandang bermakna anda membina perubahan pada diri anda.
Besarkan empayar
Bagi seorang ahli perniagaan atau ahli korporat, perluasan empayar perniagaan ke serata dunia adalah inspirasi utama. Setiap hari anda akan mencongak bagaimanakah cara untuk melebarkan sayap perniagaan anda. Tidak salah juga anda berinspirasi begini kerana anda akan menjadi contoh kepada dunia. Lebih-lebih lagi anda menjadi seorang korporat sufi yang taat kepada Allah dan melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim.
Keluarga bahagia
Tapi saya? Saya melihat tiga perkara di atas akan lebih bernilai jika saya berjaya membina keluarga bahagia. Bahkan memang ramai juga orang meletakkan keluarga bahagia sebagai inspirasi utama untuk mereka lebih maju pada masa hadapan. Mungkin tiga perkara di atas mudah untuk anda laksanakan, tetapi mendapat keluarga bahagia bukan semudah diharapkan. Kerana inspirasi inilah ramai yang berusaha gigih ke arah itu. Wang ringgit, pangkat dan empayar perniagaan yang luas belum lagi menjamin kebahagiaan keluarga. Bukankah itu adalah inspirasi yang lebih hebat?




Ramai yang menjadikan wang ringgit sebagai sumber inspirasi =)
hmmm.. mungkin motivasi hidup aku point ketiga ngan keempat kot.. sebab aku rasa tak sabar2 nak kawen, dan aku gak becita2 nak buat satu empayar.. hahaha!
Sumber inspirasi saya husben dan anak
Samanosuke: Alhamdulillah. Teruskan usaha murni tersebut.
Zureen: Bagus Nureen. Awak sama macam saya berinspirasi tinggi kerana keluarga.
Setiap kejayaan bermula dari keluarga yang mengamalkan/ mempraktikkan nilai2 murni dalam sesebuah keluarga dalam membentuk sahsiah diri serta semangat jati diri..Justeru itu,sikap saling memahami serta hormat menghormati antara satu sama lain perlu diterapkan dalam mewujudkan kebahagiaan…dan setiap masalah yang dihadapi perlu di atasi dengan cara yang terbaik dalam mencapai kata sepakat..kerana disinilah bermulanya inspirasi utama yang menjadi pendorong semangat untuk berusaha lebih gigih dalam mencapai taraf hidup yang lebih baik…dan kerjaya yang diceburi..”Mementingkan perkara yang lebih penting adalah penting dalam melaksanakan yang lebih penting dari mementingkan perkara yang penting”
Rina: Wajah-wajah tersayang pastinya memberikan semangat yang sangat luar biasa untuk terus berusaha. Lebih-lebih lagi kalau bakal dapat baby dan baru dapat baby. Semangat booster habis!
Sumber inspirasi saya tentulah nak berjaya dalam hidup………
Nur Aizan Kamaruddin: Samalah juga dengan saya. Tetapi matlamat perlu lebih fokus.
inspirasi saya buat masa sekarang ialah nak cepat2 sambung degree supaya dapat jadi seorang pegawai..hehe..sebab saya masih belum kawin..so takleh nak inspire suami or baby of course kan..
Rabiatul: Amin. Semoga Rabiatul berjaya di peringkat degree. Semoga dapat suami dan baby soleh.
Wang boleh jadi motivasi dan inspirasi sementara.