Bagaimana Perancangan Tahunan Anda?
Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 02-03-2010
4
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam kerinduan buat anda semua pengunjung aktif atau pengunjung senyap di blog ini. Lama juga saya tidak menulis entri celoteh sebegini. Sedikit kesibukan dan urusan keluarga yang perlu dibereskan secepat mungkin. Maaf juga pada anda yang selalu ke sini untuk info motivasi kerja namun mungkin sehari dua ini anda sedikit hampa kerana tiada update dari saya.
Cuti Maulidur Rasul yang lepas saya balik ke kampung memandangkan isteri saya akan bersalin tidak lama lagi. Mudah-mudahan Allah berikan keselamatan dan permudahkan segala urusan. Tempoh cuti 4 hari lebih kurang, saya mula rasa masa begitu pantas berlalu. Sudah dua bulan berlalu dalam pejam celik yang tidak disedari. Saya mula menghitung bulan dan hari, dengan tugasan kerja yang mula banyak dan urusan keluarga yang dipertanggungjawabkan satu lagi yang perlu anda fikirkan ialah berkenaan perancangan anda yang lepas. Bagaimanakah azam baru anda? Adakah sudah terkubur?
Pasti anda mula tersedar tentang azam anda sekarang. Dan tidak hairan juga ada yang sudah tidak menghiraukan apa yang diazamkan pada awal tahun baru-baru ini. Sekalipun sibuk dengan tugasan wajib seperti kerja dan urusan keluarga, kemajuan dan kualiti diri perlu difikirkan juga. Adakah dalam 10 tahun ini kehidupan anda meningkat dari sudut kehidupan seluruhnya. Jika tidak, adakah anda ingin terus berada di tahap itu? Sukar jika sekadar menjawab soalan ini tanpa anda melakukan apa-apa.
Apa yang perlu anda lakukan sekarang?
- Senaraikan kembali perancangan anda yang telah anda tulis
- Pilih ikut keutamaan yang ingin anda capai terlebih dahulu
- Lakarkan pelan tindakan dan strategi untuk anda mulakannya
- Buat post-mortem berkala untuk pastikan pergerakan mengikut strategi
Jika anda mempunyai masalah pengurusan masa dan tidak tahu untuk melakukan perancangan kerja dan ibadah anda saya cadangkan anda ke blog sahabat saya. Anda boleh pelajari dengan terperinci bagaimana merancang kerja dengan baik.






Salam,
Moga isteri selamat bersalin nanti. :)
Pasti tak sabar nak digelar seorang bapa kan?
Hidup perlu ada matlamat! Memang perlu dirancang sebaiknya.
Assalaamu’alaikum Tuan Motivasi
Perjalanan masa tentu sekali tidak bisa kita hentikan walau kita sangat berharap adanya sesuatu yang luarbiasa bakal berlaku kepada masa untuk kita lakukan segala azam yang belum tercaai mengikut perancangan yang telah kita rencanakan.
Walaupun semua perancangan sudah diatur, tentu sekali banyak rencah kehidupan yang tidak terjangka berlaku dalam merentas masa bakal menjadi “selingan” yang mampu menoreh azam yang terpahat kukuh.
Walau bagaimanapun, cubalah sedaya upaya untuk mencapai azam yang mampu digapai, usaha perlu ada, kalau tidak terjangkau sekurangnya kita telah melakukan yang terbaik buat masa tersebut. yang salah dan mengecewakan, jika tidak berusaha langsung. Mudahan semua usaha yang diazamkan mampu kita laksanakan walau ada cabaran yang mendatang.
Berjaya atau tidak sesuatu perancangan bagi kejayaan sesebuah azam adalah bergantung kepada kemampuan kita untuk mencapainya walau setinggi awan dan sedalam laut destinasi yang bakal kita tuju.
Diari Pemburu Impian menjadi satu inspirasi dan contoh bagi kita semua membangunkan kekeuatan diri dan minda walau sepayah mana dirasakan.
Saya turut sama rasa bahagia dan gembira mengetahui Tuan Motivasi Kerja akan menimang permata hati tidak lama lagi. Semoga semakin menceriakan suasana rumahtangga dan pelihara segala amanah Allah dengan penuh redha.
Salam kebahagiaan dari saya di Sarikei, Sarawak.
Kak Nozi: Memang begitulah keadaanya sekarang. Berdebar dan teruja untuk menimang orang baru dalam keluarga. Sukar digambarkan perasaan ketika ini. Mudah-mudahan Allah selamatkan dan permudahkan segala urusan.
Siti Fatimah Ahmad: Saya menulis entri ini kerana juga mengingatkan diri saya tentang perancangan yang telah saya buat awal tahun dahulu. Tentang penulisan, kerja dan juga peribadi. Nampaknya perlu ada perubahan segera memandangkan tenaga bantuan tiada untuk penulisan.