Kelebihan Bekerja
Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 31-10-2009
3
“Barang siapa merasa penat di waktu petang kerana bekerja, berkarya dengan tangannya sendiri maka pulang ia di waktu petang itu dengan diampuni dosanya. ” – [HR Thabrani & Muslim]
Allah SWT memberikan ganjaran kepada mereka yang melaksanakan kerja dengan cemerlang dan baik. Ganjaran yang diberikan Allah SWT tentunya bukan sedikit. Bahkan diberikan keampunan dosa sekiranya anda melakukan kerja dengan baik. Kepenatan dan kelelahan bekerja sudah tentu berasaskan kesukaran sewaktu melaksanakannya. Maka niat ikhlas diberikan pengiktirafan dengan pahala dan keampunan yang Allah berikan.
Hikmah dari hadis ini memberikan motivasi diri kepada kita agar menggunakan keupayaan semaksima mungkin untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua kerja yang dilakukan. Bukan sekadar untuk mendapat gaji dan pangkat sahaja. Kerana kerja di sisi Allah dinilai sebagai ibadah jua. Ibadah-ibadah dalam waktu kerja inilah yang kita harapkan dapat membantu kita sebagai bantuan kepada ibadah-ibadah khusus yang sedikit kita lakukan.




Fahdi: Saya tunggu anda jadi CEO! Jangan lupa hire saya untuk bekerja..hehe
Assalaamu’alaiku
Kelebihan bekerja tu long kerana kita mendapat ibadah dari Allah swt kalu disertakan niat yang baik dan tujuan yang ikhlas semata-mata kerana Allah dan untuk keluarga, lalu diusahakan dengan cara yang halal. Salam ceria.