Kisah Seorang Pemuda Dan Anjing Dahaga

Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 10-10-2009

10

tolong-orang
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah saw. pernah bercerita: “Pada suatu ketika, ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia menemukan sebuah sumur, maka dia turun ke sumur itu untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah ketika kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya. “Alangkah hausnya anjing itu seperti yang baru ku alami.” Lalu dia turun kembali ke sumur diceduknya air dengan sepatunya dibawanya ke atas dan diminumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada orang itu (diterima-Nya amalnya) dan diampuni-Nya dosanya.” Para sahabat bertanya. “Ya, Rasulullah! Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini?” Jawab Rasulullah saw.”Menyayangi setiap makhluk hidup berpahala.”

Hadis Sahih Muslim: Jilid 4 (2098)

==========

Huraian ringkas

Kehidupan di dunia ini bukan hanya perlu melakukan ibadah kepada Allah SWT dalam ibadat-ibadat khusus, tetapi juga sebagai manusia yang membawa watak khalifah, antara tugas utama ialah memakmurkan bumi Allah SWT. Memakmurkan bumi adalah sangat luas tugasnya. Meliputi hubungan sesama manusia dan juga hubungan sesama makhluk termasuklah haiwan, bukit-bukau, alam sekitar dan sebagainya. Mungkin dalam hubungan baik kepada haiwan kurang terkesan di hati kita. Lebih-lebih lagi seekor anjing yang diisytiharkan Al-Quran sebagai haiwan yang haram.

Memberikan minum kepada seekor anjing diberikan pahala oleh Allah menunjukkan bahawa kita sebagai manusia perlu melakukan kebaikan di atas muka bumi ni tanpa memilih-milih. Sebahagian daripada kita berbuat baik hanya untuk dipandang oleh orang lain. Melakukan kebaikan perlukan iklan dan publisiti agar dipandang dan dilihat oleh orang lain. Adakah Allah menerima amalan seumpama itu? Wallahu A’lam.

Satu pengajaran penting juga daripada kisah ini, ialah betapa Allah SWT amat menyukai hambaNya yang membantu mengeluarkan hambaNya yang lain yang berada dalam kesusahan. Besar pahalanya. Dan Allah SWT akan melepaskan kesusahan yang berlaku pada dirinya hanya kerana usahanya yang membantu meringankan kesusahan orang lain.

Firman Allah SWT:

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” [Surah Al-Zalzalah 8-9]

Comments (10)

Assalamualaikum.

Memang benar, itulah dia Islam. Betapa indahnya Islam. Islam bukan agama pelampau malah agama yang menekankan aspek nilai murni dan saling hormat menghormati serta sayang menyayangi.

Jika kita fikirkan bahawa dengan sembahyang sahaja kita mendapat pahala, dengan berzikir mendapat pahala, kita silap. Tujuan kita ALLAH turunkan ke dunia ini supaya kita seimbang dari segi amalam dan dunia. Dunia bukan bermaksud kita lalai. Tetapi dunia juga adalah ibadah yang tidak sedar kita lakukan.

Pergi ke tempat kerja adalah ibadah, mengutip sampah ibadah, Belajar ibadah, menghormati orang lain ibadah, SENYUM itu sedekah…masyaALLAH, mudah sungguh pahala untuk kita. Tetapi kita masih lagi lalai dan tdak suka akan kebaikan..

Terima kasih kerana mengingatkan sahabat

Assalamualaikum

Assalamualaikum Tuan Rumah.

Post yang menarik.

Amalan yang pertama sekali akan ditanya oleh Allah adalah amalan wajib. Solat. Seterusnya barulah amalan-amalan lainnya.

Moga Allah beri kekuatan untuk utamakan yang utama. Seterusnya melakukan kebaikan-kebaikan (ibadat) lainnya.

Salam ceria & inspirasi

Assalamualaikum

Saya tambah sikit lagi Fahdi: Islam ini terlalu indah untuk diamalkan. Sayangnya kita pula terlalu beralasan untuk mengamalkannya.

baru2 nie tertonton video tentang sekumpulan saintist (kejam & bodoh!) yg membakar hidup2 seekor anak babi secara perlahan2 dgn membakar kulit2 babi terbabit…sugguh keji dan tak berperikemanusian!

tak perlu le tunjukkan linknyer kerana takde faedah menontonnya melainkan semak di kepala dan hati memikirkan perbuatan sedemikian yg kononnya atas nama uji kaji…rasanya takde saintist islam yg buat uji kaji dng menyeksa binatang mcm tue..walau keatas babi sekalipun!

Kalau sampai tahap membakar haiwan ni, boleh diklasifikasikan sebagai kejam dan tak ada peri kemanusiaan.

Suka sangat cerita pasal anjing dahaga tu. Boleh jadi teladan untuk zaman sekarang. ;)

Saya pun suka kisah ni. Walaupun pendek tapi isinya sangat memberi teladan pada sikap manusia.

Posting menarik… sangat Inspiratif….
betul betul betul …???

Alamathur: Terima kasih dan salam perkenalan.

bagi ku kisah orang kafir membakar anak babi ini lah dakwah patut Islam masuk mencelah. kenapa?

sebab pendekatan kita sepatutnya katakan agama lain berlaku kejam pada binatang, yang mana membuat penderaan sebegini, sedangkan agama Islam menunjuk cara menghormati makhluk lain.

penekatan lain, kata kisah pembuangan bayi, mencampak bayi, kesan pada masyarakat, anak haram dsbnya. yang diperlakukan membawa kesan buruk…bla…bla…

lepas itu tunjuk pulak penyelesaiannya oleh Islam..baru lah nampak Islam itu jalan yang lurus dan benar.

ada banyak yang boleh di beri contoh-contoh. kenapa asyik sebut pasal sejarah semata-mata.

sepatutnya ini teknik berdakwah yang mana Nabi besar kita lakukan.

jadi bagaimana?

Write a comment

:angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :whistle: :tongue: :w00t: :wub: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :unsure: :wassat: :wink: :alien:
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.