Memerintah Hanya 852 Hari

Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 11-11-2009

10

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

pemimpin-untuk-rakyat

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz begitu masyhur kerana cara kepimpinan beliau yang begitu memberikan kesan dan telah berjaya membina anjakan paradigma baru. Memerintah hanya selama 852 hari sebagai Khalifah ke6 Bani Umayyah sudah pasti menjadi lagenda dalam dunia Islam. Cucu kepada Umar Bin Al-Khattab ini mewarisi sedikit sebanyak sifat-sifat keperibadian dan kepimpinan Umar. Yang paling nampak ialah cara beliau yang begitu berhati-hati dalam penjagaan harta yang melibatkan harta rakyat.

Ketelitian Umar Abdul Aziz dalam menjaga harta negara begitu disanjung tinggi oleh masyarakat ketika beliau menjadi Gabenor Madinah. Segala barang kemas isterinya dimasukkan ke Baitulmal. Perbelanjaan negara juga diuruskan dengan jimat cermat. Beliau sendiri memecatpegawai-pegawai yang boros. Perbelanjaan untuk jamuan-jamuan negara juga tidak dibenarkan menggunakan duit kerajaan.

Umar dilantik menjadi khalifah apabila sepupunya Khalifah Sulaiman meninggal dunia. Atas wasiat Sulaiman, Umar memegang tampuk pemerintahan Bani Umayyah. Antara perubahan yang dilakukan oleh beliau sewaktu memerintah Bani Umayyah:

  • Menghapuskan cacian dan penghinaan kepada Saidina Ali Bin Abi Talib di dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan potongan-potongan ayat Al-Quran.

  • Merampas dan mengembalikan harta-harta khalifah yang disalahguna ke Baitulmal.

  • Memecat pegawai-pegawai yang tidak bertanggungjawab, penyalahgunaan kuasa dan pegawai yang dilantik atas nama kroni keluarga khalifah.
  • Menghapuskan sistem pegawai-pegawai peribadi khalifah sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah Sulaiman untuk lebih memudahkan beliau berurusan dan mendengar aduan daripada rakyat.

Antara pendekatan-pendekatan lain yang dilakukan oleh Umar kepada rakyat dalam pemerintahannya:

  • Memberikan penghayatan agama kepada rakyat yang lalai dengan kemewahan.
  • Memerintahkan rakyat supaya solat berjemaah dan menjadikan masjid-masjid sebagai kuliah untuk mempelajari ilmu-ilmu dan hukum-hukum Allah.
  • Menterjemahkan buku-buku kedoktoran dari Bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab.
  • Menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai
  • Menghapuskan bayaran jizyah (bayaran yang dikenakan kepada orang kafir yang hidup di negara Islam) dengan harapan mereka mula mencintai Islam.
  • Menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara untuk menyampaikan dakwah.

Comments (10)

Alangkah bagusnya kalau pemimpin negara kita juga bersikap demikian atau mencontohi pentadbiran beliau..pasti aman negara..huhuhu

Kak Faiz: Memang benar tu kak. Kalaulah pemimpin negara kita mengambil motivasi kepimpinan Umar Abdul Aziz, masalah rasuah konfem dapat diatasi.

Assalaamu’alaikum

Akak singgah sekejap Long… nanti akak datang lagi ya untuk buat komentar.. Semoga hari ini menceriakan Along.. Salam manis selalu dari akak di Bangi.

Pada zaman hari ni semua pemimpin langsung tiada mahupun sipi sipi seperti khalifah khalifah islam. jangan mimpi nak bandingkan dengan Khalifah Umar .

Assalaamu’alaikum

Khalifah Umar Abdul Aziz di iktiraf oleh sejarawan Islam, tergolong dalam Khalifah yang ke 5 sesudah Khalifatur rasyidin yang 4 dalam kalangan sahabat. Pemilihannya disebabkan beliau mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang utuh, adil dan meyerupai datuknya Khalifah Umar al-Khattab dan taqwanya kepada Allah.. Ia tokoh yang akak kagumi sejak akak mengenalinya di sekolah rendah melalui buku sejarah Islam. (termasuk 4 khalifah terdahulu)

Mudahan kepimpinannya akan dicontohi oleh generasi muda Islam masa kini kerana semangat juangnya yang tinggi. walaupun singkat pemerintahannya, banyak perubahan yang dilakukan untuk mengubah sistem pemerintahan sebelumnya. Dalam usia yang muda beliau mampu menempatkan namanya di persada dunia Islam dan sangat dikagumi peribadinya. Corak pemerintahannya memenuhi sistem kehidupan manusia dan pemerintahannya yang adil telah merubah kehidupan rakyat jelata. Terima kasih Long, atas info berhubung tokoh yang akak kagumi ini..

Selamat malam dan Salam mesra.

Assalaamu’alaikum

Seorang Pemimpin adalah apabila di hadapan dapat memberi contoh sehingga dapat diteladani. Di tengah dapat memberi dorongan semangat dan mengikuti dari belakang dengan memberi kekuatan dalam usaha melaksanakan tugas. Selamat pagi.

HashimHabeed: Terima kasih kerana singgah dan menyumbangkan idea di sini. Selalulah ke sini untuk berkongsi idea yang baik.

Kak Siti: Ramai yang mengkagumi kepimpinan Umar, tapi meghayatinya masih jauh lagi. Kalau benar kita mengkagumi Umar mungkin pemerintahan negara kita sedikit sebanyak ada perubahannya. Semoga semangat dalam diri kita sentiasa menghormati mereka yang telah banyak berjasa di zaman Rasulullah, para sahabat dan para tabi’en.

yup setuju..kalaulah Malaysia nih ikut undang2 islam.. rasuah ..insyaAllah tiada, sistem perbankan islam yg baik tanpa riba’, pemimpin terdiri dr seorang yg warak… confirm aman Malaysia..wallahualam..

Zam: Betul tu zam. Setuju sangat. Kita sama-sama doa mudah-mudahan Allah beri kekuatan tu pada kita semua.

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: