Memiliki Kualiti Diri (1)
Posted by Motivasi Kerja | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 01-02-2010
8
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah hari ini saya berpeluang untuk menulis sekalipun sedikit kesibukan. Anda pernah membaca tentang kualiti diri? Selalunya jika anda pengunjung setia blog ini, saya sering sekali menulis tentang potensi diri. Saya percaya sehingga ke hari ini walaupun tidak banyak anda pasti sedang mengexplorasi diri di manakah potensi anda?
Bagusnya potensi ada kaitan dengan kualiti diri. Begitu ramai insan yang berpotensi namun gagal menggunakan potensi dalam meningkatkan kualiti diri. Diri anda semakin berkualiti jika anda tahu bagaimana menggunakan potensi anda dengan tepat. Sebenarnya ada beberapa aspek untuk melihat kualiti diri anda. Insya Allah entri sebagai mukadimah untuk anda lebih memahami potensi dan hubungkaitnya dengan kualiti diri.
Jadi apa salahnya saya ingin berbicara dua hala secara maya dengan anda, apakah yang anda rasa dapat menunjukkan diri anda seorang yang berkualiti? Tinggalkan respon anda dengan menjawab persoalan ini :)




Salam,
Hmm,susah juga ye untuk menilai diri sendiri ni. Macam mana tu?
salam..
hurm bagi suri kita kita kena cari titik tumpu kita dimana dulu. macam contoh jika kita berkemahiran dalam bidang menjahit mengapa tidak kita lebihkan tumpun kita pada bidang tersebut. jadi bila kita dah tahu maka akan mudalah kita membuka pelung utk berjaya seperti membuka perniagaan sendiri..betul ke??hik3..saya sekadar bg pendapat je nik..
Kualiti diri yang ada pada saya setakat ini ialah saya seorang penyabar, tegas dan bertanggungjawab. Setiap kerja yang diberikan saya hadapi dengan penuh kesabaran walaupun adakalanya sangat memeningkan dan berakhir dengan kekecewaan.
Bagi saya kualiti diri dapat ditunjukkan dengan hasil kerja seseorang itu…Kalau kerja dia cermat dan teratur, bermakna kualiti diri dalam seseorang itu adalah amat baik sekali =)
Nozi: Menilai diri tidak sukar sebenarnya kerana Nozi lebih tahu siapa diri Nozi sebenarnya. Dan Nozi tahu kualiti diri Nozi dari sudut mana. Nanti saya ceritakan bagaimana menilai jualiti diri :)
Suri: Alhamdulillah Suri tahu bagaimana meningkatkan kualiti diri. Itu adalah sebahagian cara yang perlu Suri lakukan. Namun sebenarnya kualiti diri ini dipecahkan kepada beberapa aspek yang Suri perlu tingkatkan kesemuanya sekali. Insya Allah nanti Along ceritakan dalam entri akan datang. Sabar menunggu!
Zureen: Salam perkenalan. Itulah yang saya maksudkan. Potensi dan kualiti diri adalah sesuatu yang berhubungkait dan memerlukan antara satu sama lain.
Blinkky: Banyak cara sebenarnya. Cuma apa yang Blinkky sebutkan itu saya namakan sebagai kualiti kerja untuk mempertingkatkan kualiti diri. Bagus terus tingkatkan kualiti kerja!