Memiliki Kualiti Diri (3)

Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 19-02-2010

10

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya masih ingin menyambung penulisan saya tempoh hari tentang kualiti iman sebagai kualiti diri. Sejak akhir-akhir ini saya rasa terpanggil juga untuk menulis tentang senario gejala sosial yang sangat meruncing pada hari ini. Di dada-dada akhbar boleh dikatakan setiap hari kita akan sama-sama mendengar berita tentang pembuangan bayi dan juga kezaliman dalam keluarga. Aduhai! Sedih rasa hati bila mendengar berita ini. Apa yang anda terfikir tentang berita-berita ini?

Saya mula memikirkan bahawa kita sedang menghadapi masalah gejala seks bebas yang sangat sangat meruncing ketika ini. Boleh kita simpulkan bahawa ramai ramaja yang suka buat anak sekarang ini. Mungkin istilah ini agak kasar tetapi biarlah sedikit kasar agar kita sekurang-kurangnya melatah bahawa ini adalah masalah maruah kita sebagai umat Islam dan juga rakyat berminda timur.

Bila teringatkan artikel saya tentang kualiti iman itu, dapat saya rasakan kita sebagai rakyat Malaysia masih kurang penghayatan terhadap agama. Kita hanya berkumpul mengingati hari-hari tertentu sahaja. Adakah usaha kita sekadar itu? Lembah-lembah durjana seperti hotel-hotel murah, cd-cd porno sememangnya sukar dibasmi sepenuhnya. Wahai rakyat Malaysia seluruhnya apa yang kita boleh lakukan? Lakukanlah apa yang terdaya, paling tidak kita buat solat hajat mohon pada Allah bukakan pintu hati anak belia kita dari terus menjatuhkan martabat diri sendiri.

Apa yang menjadi perbandingan di fikiran saya, masyarakat Eropah mereka tidak kisah tentang seks bebas dan bertukar pasangan. Bahkan mereka melakukan seks bebas semata-mata untuk mendapat anak. Tetapi saya dan anda semua rasanya tidak pernah terbaca mana-mana kenyataan yang menunjukkan mereka membuang anak. Fikirkanlah! Walaupun mereka tidak Islam tetapi mereka tidaklah sekejam kita.

Comments (10)

Salam penuh ceria,

Saya sangat bersetuju bro…
Masalah ini banyaka berkaitan dengan sikap dan iman kita.
Iman harus diletakkan pada tempat paling tinggi sekali .

mungkin bergaulan bebas yang menyebabkan belia skarang ni semakin liar dan hilang diluar kawalan ibu bapa.

suri sebagai ibu juga turut sedih dengan perkabaran tersebut. Nampaknya iman dikalangan belai semakin tipis..

Ya Allah kau bukakanlah pintu hidayah, taubat buat mereka semoga mrka akan menginsafi atas kjdian yg lalu & segera kembali kepangkal jalan sebelum ajal menjemput datang..

Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing.
Keadaan ini semakin menjadi-jadi bila malu kepada manusia lebih diutamakan daripada malu terhada Yang Maha Esa.

Setuju sangat Kak Long

Kak Long Mawar Merah: Saya bersetuju dengan pendapat Kak Long. Malu kepada manusia lebih dirasakan oleh kita, lantas menggugurkan anak tersebut atau membuangnya ikut suka hati. Sedangkan mereka langsung tidak berdosa.

Salam, yup setuju ngan penulisan bro.banyak gejala sosial berlaku sekarang kerana individu tu tak mempunyai iman dan didikan agama yg secukupnya.kebanyakan terpengaruh dgn budaya barat.

Suri: Memang pergaulan bebas sangat meruncing di kalangan belia dan remaja hari ini. Mengapa begitu? Mungkin ada sesuatu yang mereka tidak dapat di rumah walaupun mungkin ayah dan ibu mereka ada bersama iaitu perhatian dari keluarga mereka. Bila bersama kawan-kawan mereka akan gembira kerana kawan cuba memahami perasaan mereka. LAntas kepada siapa juga perlu dipersoalkan?

Nine: Terima kasih kerana lontaran idea yang bernas dari Nine. PEngaruh budaya Barat sangat terkesan di hati remaja yang sedang mencari identiti diri. Gejolak dalam diri yang tidak dipandu memberikan kesan buruk pada diri mereka. Akhirnya mereka tidak lagi mahu mendengar apa yang baik, mereka mencari sesuatu yang dapat memuaskan kehendak mereka.

assalamualaikum…entahlah bile je terbc risalah mcm ni semua orang akan salahkan mak bapak yg mendidik…knp xpenah salahkn diri sendiri…bukankah kita yg mencorakkn mase depan kita…kalau nak diikutkan budak sek rendah pun dah pnh rasa ape itu seks..nak hlg nak cegah susah sgt..tulah orang salu ckp nafsu menguasai diri…kdg2 kalau kita tgk ramai yg sanggup wat tp xsanggup nak jage anak yg dikandung..9 bln 10 hari penat lelah tp knp ade wanita yg xtau menilai darah dgg mereka sendiri…sayup hati bile terdengar atau terbc benda mcm ni…tp ape pun same2lah kite menasihati kaum kita sendiri…

Intan: Memang diri sendiri perlu disalahkan. Tetapi kekurangan dalam memberikan pendidikan agama yang sempurna turut menjadi peranan utama. Ayah ibu hari ini lebih cenderung kepada kejayaan dalam bidang akademik, tetapi tidak dalam kejayaan ilmu-ilmu agama.

Write a comment

:angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :whistle: :tongue: :w00t: :wub: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :unsure: :wassat: :wink: :alien:
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.