Miskin Pun Boleh Bersedekah
Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 11-09-2009
0
Dari Abu Mas’ud r.a., katanya: “Kami diperintahkan Rasulullah saw. supaya bersedekah, sedangkan kami hanya sebagai pekerja kasar, atau kuli. Namun Abu ‘Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lain-lain mengikutinya dengan menyedekahkan apa saja, namun lebih banyak dari itu. Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata: Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak membutuhkan sedekah ini dan itu. Dan mereka melakukan ini semua, hanya kerana riak semata-mata.” Kerana ucapan mereka itu, maka turunlah ayat:, “(Orang-orang munafik, yaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu dengan seksa yang pedih. ” (At-Taubah : 79).
============
Siapa pun anda. Apa pun pekerjaan anda, jangan tunggu anda kaya baru anda mahu menghulurkan sedekah pada orang lain. Sebab banyak cara yang anda boleh lakukan jika anda tidak mampu untuk memberikan sedekah dengan harta yang banyak. Anda masih boleh bersedekah dengan senyuman, berzikir, membantu orang, membuat kebaikan dan menghalang kemungkaran, kata-kata nasihat juga dikira sebagai sedekah di sisi Allah SWT.
Dan andai anda mampu bersedekah dengan harta yang banyak, jangan pula menghina orang lain yang tidak dapat mengeluarkan harta mereka kerana tidak mampu. Sekalipun anda banyak memberi tetapi andai anda memberi dalam keadaan anda mencela orang yang menerima anda bukan sahaja mendapat pahala bahkan anda mendapat dosa pula kerana menghina orang lain.



