Motivasi Dari Doa (1)

Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 10-12-2009

3

“Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum kafir.” [Surah Al-Baqarah: 250]

war

Ujian hidup terlalu besar untuk kita harungi di dunia ini. Jika ujian di dunia kita sudah tewas bagaimanalah keadaan kita di akhirat nanti. Penerimaan setiap insan terhadap ujian sangat berbeza. Ada yang boleh berlapang dada menerimanya, namun tidak kurang juga yang berprasangka terhadap Allah dengan ujian yang diterimanya.

Apabila diuji dengan kesukaran itulah yang menjadi kesabaran pada kita. Kesabaran yang bukan hanya terbit di lisan untuk dituturkan, tetapi kesabaran yang membuku di hati tanda sebagai seorang mukmin yang sejati. Di sinilah kadang-kadang gelaran seorang muslim belum memadai. Bahkan perlukan seorang mukmin barulah dapat memahami erti kesabaran terhadap ujian.

Hati yang sifatnya berbolak balik sudah pasti akan menimbang adakah akan terus pasrah pada ketentuan Allah atau mula menyimpang dari jalan yang lurus. Begitulah kelemahan manusia. Ujian menjadi kayu ukur adakah pendirian terhadap Allah masih menebal atau pun perlahan-lahan mula menipis. Sebagai insan yang kerdil ketika ini perlu sentiasa memohon dari Allah agar diberikan kekuatan untuk terus berada di atas jalan yang diredhai.

Asal doa ini diucapkan oleh pengikut-pengikut Talut yang merupakan seorang pemimpin yang beriman di zaman Nabi Daud alaihis salam yang berperang melawan tentera Jalut. Sebelumnya mereka telah diuji supaya tidak meminum air dari sungai yang mereka temui melainkan sekadar satu cedukan dengan tangan sahaja. Tujuannya adalah untuk memantapkan ketabahan mereka dalam menghadapi peperangan yang akan berlaku. Tetapi sebahagiannya ada yang engkar. Mereka yang minum sedikit dari sungai itu tetap berjuang berhabis-habisan ketika bertemu dengan musuh dalam peperangan itu. Dan mereka yang engkar mula hilang semangat serta enggan untuk turut sama berjuang menentang musuh.

Comments (3)

bgus motivasi ni..semoga sya dpt ambil mnfaat..huhu..

Assalaamu’alaikum

Doa adalah otak ibadah. Ia juga adalah senjata utuh bagi seorang mukmin sebagai pendinding diri melalui permohonan kepada Yang Maha Penerima segala permintaan hamba-hamba-Nya. Oleh itu, gunakanlah manfaat doa ini untuk menjadi manusia yang berjaya.

Salam mesra dari Kuala Lumpur.

Kak Siti: Konsep doa sangat dekat dan luas dengan kehidupan kita. Sebagai hamba Allah layaklah kita meminta kerana Allah adalah Tuhan dan Tuan kita yang boleh menunaikan apa sahaja permintaan kita.

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: