Motivasi Kepimpinan Muhammad Al-Fateh
Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 12-11-2009
4
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alangkah baiknya jika pemuda-pemuda muslim di dunia ini seperti Muhammad Al-Fateh. Beliau bukan sekadar pemuda. Di usia mudanya beliau merupakan Sultan. Bayangkan di usia 12 tahun Muhammad Al-Fateh dilantik menjadi pemangku khalifah oleh ayahandanya Sultan Murad II. Bahkan beliau
Pembuka Kota Costantinople ini begitu bersemangat peribadinya. Beliau mendapat pendidikan agama yang sangat baik dari Syeikh Shamsuddin Al-Wali yang merupakan keturunan Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Tentang ilmu perang pula tidak perlu dipersoalkan lagi kerana sejak dari kecil beliau telah mahir tentang strategi peperangan, memanah dan menunggang kuda. Beliau juga fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.
Strategi kepimpinan Muhammad Al-Fateh
- Dua tahun mengkaji pelan Kota Costantinople pada setiap malam bagi mengenal pasti kelemahan lokasinya.
- Mengarahkan dibina meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300kg sejauh 1 batu.
- Membina benteng Rumelli Hissari sebagai kawalan untuk kapal-kapal yang keluar masuk melintasi Selat Bosphorus.
- Membuat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Contantinople.
- Mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera.
- Mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan keudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai taktik peperangan yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat.




Assalaamu’alaikum
Ternyata usia bukan penghalang untuk menjadi pemimpin yang berkalibar. Kisah Sultan Muhammad al-Fateh ini mengingatkan saya kepada seorang kanak-kanak berusia 10 tahun (kalau salah mohon betulkan), bijak berfikir dan petah berbicara. Dia dipilih oleh pemimpin dan rakyat Hijjaz mewakili negara Hijjaz untuk membentang laporan berhubung keadaan negaranya kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Oleh itu, membina generasi berilmu adalah satu kewajiban agar sesebuah negara akan menjadi maju dan membangun pesat dalam banyak aspek kehidupan. Maka penguasaan ilmu pengetahuan mesti diterap dengan nilai-nilai murni dan sahsiah yang tinggi.
Kekuatan Tamadun Islam pada masa yang lalu berpunca dari penerokaan dan penguasaan ilmu pengetahuan. Berasaskan tradisi kemajuan tersebut setelah berlakunya kruntuhan dan kemunduran pemerintahan islam, telah memberi jalan kepada barat untuk mula mengorak langkah kemjuan dan lahirlah tradisi ilmu dan perubahan di Barat yang kemudiannya memberi kesan kepada manusia secara global. Salam Takzim.
Assalaamu’alaikum Along.
Ada dua perkara yang kita cari di dunia ini iaitu pertama: memperoleh apa yang kita inginkan dan kedua: menikmati apa yang kita perolehi. Hanya manusia yang bijaksana dapat mencapai yang kedua.
Salam mesra selalu.
Assalamulaikum..
Ada hadis mengatakan Rasullulah S.A.W pernah bersabda semasa mengali parit khandaq
Kerajaan Kota Costantinople akan jatuh ketangan tentera islam dan Rajanya adalah sebaik baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera
Hashim Habeed: Memang ada hadis Rasulullah berkenaan Muhammad AL-Fateh. Kalau tak silap maksudnya lebih kurang begitulah saya lupa matan hadis tu.