Perbuatan Baik Ganjarannya Akan Berterusan

Posted by admin | Posted in Kata-Kata Motivasi | Posted on 28-10-2009

10

amal-soleh
“Tiada perbuatan yang baik akan berakhir di situ sahaja. Satu perbuatan baik akan disambung dengan suatu perbuatan baik yang lain. Contoh yang baik akan diikuti. Satu perbuatan yang baik akan menghasilkan akar yang akan bergerak kesemua arah, yang mana akar-akar ini akan tumbuh menjadi pokok baru. Apa yang paling hebat terhasil daripada perbuatan baik terhadap orang lain ialah ia menjadikan orang yang berbuat baik itu baik terhadap dirinya sendiri.”
- Amelia Earhart

Comments (10)

Zaman sekarang, perbuatan jahat ibarat akar pokok tu. huhu

Salam bro along,

Thnx utk info ini,

Kita perlu berbuat baik terhadap diri sendiri…
Hargai segala apa yang telah kita capai dan usahakan…
Hargai setiap perubahan yang berlaku dalam diri kita…

Barulah setiap yang baik dilakukan utk org lain, ada “jiwa” dan “aura” yang berguna…

Ibarat peluru dan pistol…

Ada pistol tiada peluru pun tidak berguna juga…btul x?

Fatin: Itulah yang menjadi masalahnya, ramai orang lebih cenderung untuk tidak berlaku baik..

Nash: Pistol tanpa peluru ibaratnya pistol mainan la..gunanya pun tak boleh pertahankan diri. Setiap perbuatan baik akan diberikan ganjaran oleh Allah. Dan yang bagusnya andai perbuatan baik kita menjadi teladan bagi orang lain, saham kebaikan masih kita perolehi.

Tiada perbuatan yang baik akan berakhir di situ sahaja..jadi buat la baik selalu..

Abu Samah: Saya setuju! :)

Salam,

Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali..itulah prinsip hidup yang saya pegang.

Buat sesuatu biar dengan hati yang ikhlas bukan memaksa diri. Baru hidup akan tenang. :)

Assalaamu’alaikum

Apabila mahu berbuat baik, lakukan sekarang. Apabila mahu berbuat jahat tunggulah esok atau esok atau esok. berbuat baik janganlah sekadar sekali. berbuat jahat cukupalah sekali. Salam sejahtera.

Sekiranya ada rasa nak buat kebaikan, contoh bsedekah ke, jgn PK pjg2..tak mampu byk….buat sikit… Sbb jika kite lari dari nak bbuat kebaikan, sebenarnya kita lari dari pelaburan kita d akhirat…

Rathma: Betul sekali apa Rathma cakap tu. Nak buat baik jangan fikir panjang. Sebab dalam tempoh kita berfikir tu syaitan akan membisikkan agar kita tidak melakukan kebaikan tersebut.

Write a comment