Rasuah Menjatuhkan Reputasi Sebagai Pekerja
Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 02-10-2009
1
Apa perasaan anda apabila membaca petikan artikel ini?
Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.
Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.
Di mana harga diri kita sebagai seorang pekerja? Situasi tidak hairan jika berlaku di negara-negara barat. Tetapi apabila melihatkan situasi ini berlaku di negara kita yang diiklankan sebagai negara Islam kepada antarabangsa rasa kita perlu lihat kembali di mana prestasi kerja kita sebenarnya. Sejujurnya kita wajib malu apabila rasuah terus menerus menjadikan ranking kita di TI semakin tinggi. Menunjukkan bahawa nilai-nilai integriti dalam jiwa kita semakin terhakis.
Rasuah selalunya mencapai tahap yang tinggi di negara-negara kelas ketiga, tetapi mengapa negara Malaysia yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang lebih baik berbanding negara kelas ketiga ini mempunyai rekod rasuah yang tinggi. Lebih-lebih lagi majoriti umat di negara kita yang beragama Islam.
Tiada cara mudah untuk mendapat wang atau kesenangan tanpa usaha yang gigih. Tetapi jika keikhlasan dan tawakal yang tinggi kepada Allah diaplikasikan dalam kerjaya kita tidak mustahil Allah SWT memberikan rezeki yang berlipatganda.



