Solat Adalah Proses Mengingati Matlamat

Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 20-11-2009

5

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sering kali dalam kehidupan, kita terleka dan alpa apakah matlamat hidup kita. Pada siapa kita perlu menyandarkan matlamat hidup kita. Bagi yang sentiasa menyedari perkara ini bersyukurlah kerana anda diberi peluang itu oleh Allah Subhanahu Wataala. Tetapi bagaimana bagi yang lupa? Kesibukan kepada kepalsuan dunia menutup hati kita untuk mengingati di matlamat hidup manusia sebenarnya.

Allah mensyariatkan solat kepada kita dengan seribu hikmah. Bahkan mungkin lebih dari seribu. Itu semua tertakluk kepada ilmu Allah. Antara hikmah besar yang Allah Subhanahu Wataala tunjukkan kepada kita ialah setiap hari kita sebenarnya diingatkan oleh Allah tentang apakah matlamat hidup kita.

doa-iftitah

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku hanyalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.”

Matlamat hidup yang simple, jelas dan padat. Rasanya cukuplah dengan membacanya sahaja. Tidak perlu kepada penghuraian yang lebih terperinci. Itulah hebatnya solat yang disyariatkan olehNya. Memadailah memahami doa iftitah ini. Bayangkan solat kita, bayangkan juga ibadah kita sebelum ini, bagaimana pula kehidupan kita, dan bagaimana pula pengakhiran kematian kita? Adakah kita meletakkan semua ini kerana Allah?

Saya tinggalkan persoalan ini untuk sama-sama kita renungkan!

Comments (5)

:) tersenyum membaca tajuk n3 ini…

Bukan apa, abg terpandang dari dimensi yang agak berbeza sedikit sebenarnya. Izinkanlah abg melontarkan senyum lagi sekali pada adikku Asrul yang dikasihi kerana DIA –> ;)

Moga-moga akan jarang-jaranglah berlaku semasa bersolat, ketika itulah pula pelbagai matlamat kehidupan berligar-ligar di ruangan minda menyebabkan sukar menghadirkan kekhusyukan bersolat pada NYA…

Hakikatnya, itulah yang terkadang berlaku terhadap diri ini yang kerdil lagi lemah!

Assalamualaikum Tuan Rumah

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku hanyalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.”

tepat…

dan

Parat Sahabat gembira sekali bilamana datangnya perintah solat..

mengapa ye..?

meminjam kata-kata Tuan Rumah,

“Saya tinggalkan persoalan ini untuk sama-sama kita renungkan!”

salam ceria & inspirasi

Assalamualaikum

abgbent: Sebagai manusia yang lemah memang khusyuk bukan perkara mudah. Khusyuk adalah ruh dalam solat. Tetapi yang penting kita berusaha untuk mantapkan solat kita. Mudah-mudahan solat kita diterima. Amin.

Pemburu Impian: Ayuh kita fikirkan bersama! :)

thanks bro.. ini benar2 mengngatkan diri saye sendiri.. thanks again

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: