Tiga Perkara Yang Menghancurkan
Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri | Posted on 12-03-2010
6
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
“Ada tiga perkara yang akan menghancurkan. Orang yang menganggap banyak amal perbuatannya, lupa akan dosa yang dilakukannya dan berasa kagum dengan pendapatnya sendiri.” – Muhammad Baqir Ali Zainal Abidin
Apabila anda membaca kata-kata motivasi ini anda mungkin terfikir persamaan dengan pepatah melayu yang berbunyi seperti ‘kaduk naik junjung’ , ‘masuk dalam bakul angkat sendiri’. Apa yang anda fahami? Adakalanya situasi ini akan menghanyutkan kita dengan berangan-angan bahawa kita telah banyak melakukan kebaikan sedang ianya hanyalah angan-angan kita semata-mata.
Menjadi individu yang hebat perlu analisan dan muhasabah diri agar apa yang anda lakukan setiap hari tidak tergolong dalam tiga perkara yang ditulis. Lebih-lebih lagi bergelar jawatan seorang mukin pastinya memerlukan anda menghisab setiap kerja harian yang anda lakukan agar tidak menjadi sia-sia, atau letih saja-saja.





terima kasih kerana sudi menyedarkan umat akan kesalahan yang di lakukan tanpa sedar ini,
lumrah berlaku dalam kehidupan umat ini,
semuga sahabat2 semua bertaubat dari perkara2 yang boleh menghancur amalan baik kita ..
wassallam..salam ceria di hari jumaat ini buat along..
alqaswa
Tulisan yang sangat bermanfaat untuk direnung dan diambil iktibar. Indah selalu berharap Allah melindungi Indah dari perkara ujub dan riyak ini dari menyerang minda dan jiwa. Mudahan terpelihara dari tiga hal yang menghancurkan. Mudahan saudara Motivasi Kerja dilimpahi kurnia Allah kerana menyadarkan insan dengan sedikit ilmu namun manfaatnya amat besar.
Post yang baik. Kesimpulannya janganlah kita berbagga diri. Bersyukurlah dengan apa yang ada =)
AlQaswa: Mungkin ni sajalah yang dapat saya sumbangkan untuk membuka minda pembaca. Saya tidak mengatakan blog ini bagus tetapi saya terus berusaha ke arah penambahbaikan supaya kita dapat manfaat bersama.
IndahKasihku: Pengunjung yang namanya sangat eksklusif bagi saya. Amin..mudah-mudahan kita terpelihara dari sifat yang Indah sebutkan. Takut rasanya bila termasuk dalam sifat-sifat itu. Kita lupa diri.
Blinkky: Syukurlah kerana nikmat Allah berikan terlalu banyak untuk dihitung. Kalau dihitung nescaya tidak akan ada masa untuk kita lakukan kerja-kerja lain.