Award Untuk Blog Motivasi Kerja
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya dengan sukacitanya nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Web Siti Fatimah kerana telah menganugerahkan award yang sangat bermakna pada saya. Semenjak menulis blog, ini adalah award pertama yang diterima. Satu kejutan buat diri saya. Menulis bukan untuk mengharap penghargaan. Tetapi apabila orang menyatakan penghargaannya bermakna itu satu langkah baik untuk meneruskan penulisan.
Siapa kata dalam alam maya seumpama ini kita tidak dapat memberikan penghargaan kepada orang lain. “Kak Siti terima kasih atas penghargaan ini.” Perkenalan dengan Kak Siti sangat membantu penulisan saya di blog ini. Beliau seorang rakan yang baik dalam membantu memberikan idea dan pengalaman. Jika anda lihat hasil penulisannya memang sangat terasa ada suatu kelainan yang memberikan suntikan pada diri anda.
Alhamdulillah tahun ini hari lahir saya banyak sekali berita baik. Semoga saya tidak alpa dan kurang bersyukur.













Assalaamu’alaikum Asrulnizam@Along@Motivasi Kerja
Alhamdulillah dan terima kasih kerana sudi menerima award Ulang Tahun ke 28 dari akak. Akak amat terharu dan menghargainya kerana di simpan di satu ruang khas sebagai tanda kenangan.
Selalu ada doa dari Akak buat Along yang akak sayangi dan kasihi. Semoga Allah swt menjadikan:
Subuhmu – CAHAYA
Zohormu – GEMBIRA
Asarmu – BAHAGIA
Maghribmu – KEAMPUNAN
Isyakmu – KEBERKATAN
Doa-doamu- DITERIMA
Rezekimu – DIBERKATI
Semoga usia diberkati Allah swt dan semakin hebat dalam penulisan.
Salam mesra dari akak di Sarikei, Sarawak.
Salam,
Selamat Hari Lahir Along.Mungkin terlambat sedikit.
Semoga semakin cerahlah jalan di hadapan untuk teruskan perjuangan di dalam bidang penulisan blog. Siapa kata anda tidak ada potensi. :)
Saya juga suka hasil penulisan Along. Memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan kerja harian dan teruskan usaha untuk berjaya.
Saya doakan Along berjaya di dalam apa jua bidang yang ingin diceburi dan gembira selalu. Amin.
Nozi: Terima kasih Nozi. Best hari lahir tahun ni. Saya mula melangkah setapak ke hadapan dalam kemajuan diri. Insya Allah saya akan cuba menulis sesuatu yang terbaik untuk berkongsi di blog ini.
Kak Siti: Amin Ya Allah. Terima kasih kerana mendoakan Along. Semoga Allah juga akan memberikan kesenanganan dan keselamatan pada akak juga.
waaa..bagus dan tahniah kepada saudara, ada pengiktirafan
assalamualaikum
sebenarnya saya baru pertama kali berkunjung ke blog ini.
dan tahniah kepada anda kerana blog anda best.
teruskan menulis.semoga memberi manfaat kepada kita semua.
assalamualaikum.
Umar: Salam perkenalan untuk Umar. Terima kasih kerana sudi berkongsi idea di sini. Insya Allah nanti saya akan ke blog Umar. Semoga ukhuwah akan berpanjangan.