Bagaimana Anda Mendapat Inspirasi?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/12/inspiration.jpg" alt="inspiration" width="424" height="318" />Apa jawapan anda apabila saya tanyakan persoalan ini? Inspirasi adalah ilham yang mencetuskan keinginan untuk melakukan sesuatu. Inspirasi sangat penting untuk menjadi dorongan terhadap apa yang anda lakukan. Tetapi bagaimana cara untuk mendapat inspirasi? Banyak cara untuk mendapat inspirasi, cuma kadang-kadang anda tidak menyedarinya.
Pagi tadi saya lihat isteri saya memegang, mencium dan membelek-belek baju baby yang baru kami beli. Saya lihat dalam tempoh kebelakangan ini emosinya sangat stabil, wajahnya ceria setiap hari. Maka saya terlintas bahawa baby yang sedang dikandungnya menjadi inspirasi hidup untuk lebih ceria dan lebih menghargai kehidupan hari demi hari. Saya juga tumpang gembira melihat situasinya.
Begitulah juga dengan diri anda dan orang lain. Inspirasi boleh hadir dalam pelbagai cara. Mungkin berada di ambang 2009 ini menjadi inspirasi kepada anda untuk memperbaiki pencapaian anda pada tahun hadapan. Seorang pelajar yang susah hidupnya menjadikan kesusahan itu sebagai inspirasi untuk berjaya dalam pelajarannya. Seorang ayah mendapat inspirasi untuk terus berusaha apabila mengingatkan kasih dan sayang kepada anak-anaknya.
Inspirasi boleh mencetuskan kuasa hebat yang tidak dapat disukat dan diukur. Anda perlu mendapat inspirasi baru untuk berusaha dengan cara baru dan berdampingan dengan situasi baru. Sedar kedudukan diri juga adalah sebahagian cara untuk mendapat inspirasi yang terbaik dalam hidup anda.












Mcm mana nak dpt inspirasi erk? emm..berhenti sejenak dari apa yg kita sedang lakukan..dan tegok sekeliling…kalu perlu pergi jalan2.
Ramai blogger mengeluh kerana tiada idea utk buat post atas alasan tiada inspirasi. Blog pun bersawang tanpa di update.
Mmg betul, kalu diorg asyik duduk mengadap skrin komputer tue…inspirasi sukar dtg. Tp kalu diorg tutup komputer, pergi jalan2, tgk sekeliling…mesti byk inspirasi boleh ditemui yg boleh dorong mereka kembalikan semangat dan idea utk terus maju jaya! :)
err..INSPIRASI tue apa?? :)
Faisal Hanim: Inspirasi sebenarnya adalah ilham atau keinginan. Bagaimana nak mendapat ilham? Mungkin itu lebih sesuai untuk disoalkan. Tetapi perubahan istilah kekadang memberikan makna yang lebih tepat untuk difahami.
Seperti yang diperkatakan dalam artikel, inspirasi saya adalah kesusahan hidup saya dan tomahan orang ramai. :) Semua tu buat saya jadi lebih kuat.
Fatin: Kebanyakkannya begitulah..kesusahan menjadi pendorong kuat untuk kita terus berusaha. Kesusahan akan membangkitkan rasa kesedaran diri dan seterus memerikan semangat berterusan untuk terus berusaha.