Bagaimana Menghilangkan Ketakutan Diri
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Lakukan satu perkara menakutkan setiap hari
Keyakinan dalam diri akan terganggu apabila adanya rasa ketakutan. Ketakutan adalah berpunca dari pemikiran. Maka untuk menghilangkan ketakutan diri tidak dapat tidak anda perlu melatih minda untuk berdepan dengan ketakutan tersebut.
Eleanor Roosevelt seorang motivator terkenal memberikan inspirasi, “Do one thing every day that scares you.” Sekali difikirkan rasanya agak sukar untuk anda menerimanya. Berdepan ketakutan bukan satu perkara yang mudah. Ianya melibatkan persediaan emosi, mental dan juga fizikal.
Namun kata-kata motivasi Eleanor ada juga benarnya. Kerana berdepan dengan ketakutan setiap hari pastinya akan membina mind-setting yang baru. Anda juga akan bertabah untuk pelbagai cabaran yang anda hadapi. Oleh kerana itulah jangan biarkan diri anda dalam zon selesa, kerana zon selesa perlahan-lahan akan membunuh keyakinan diri dan meletakkan anda ke gawang ketakutan.












Assalaamu’alaikum
Betul tu long, akak sokong dan setuju bahawa untuk mengatasi rasa takut harus berhadapan dengan hal yang menakutkan kita. Jika kita dapat mengatasi rasa takut kepada sesuatu yang ditakuti, maka rasa tersebut akan beransur hilang sedikit demi sedikit walau tidak semuanya hilang.
Salam ceria dari akak.
Sy setuju 101% apa yang di perkatakan namun untuk menghadapi situasi ketakutan kadang2 sesetengah individu itu tidak dapat menghadapi cabaran itu….
Bagai mana pula caranya….
Nur Aizan Kamaruddin: Terima kasih kerana respon baik untuk posting ini. Memang sukar dari takut nak jadi berani. Tapi jangan bimbang saya akan bantu untuk keluar dari kekangan itu. Nantikan posting saya akan datang.
As-salam,
Hmm,satu tips yang bagus ni…ketakutan tu yg menyebabkan kita hilang keyakinan…so,akak pun ada juga benda yg buat akak jadi tak berani.Lps ni kena berhadapan dengan apa yg kita takut la ek. Thanks sbb kasi tips yg berguna ni. :)
Doa apabila takutkan musuh:
” Ya Allah, lindungilah aku daripada kejahatan mereka dengan sesuatu yang Engkau kehendaki” – sumber :Muslim 4/2300 – Perisai Muslim – Himpunan doa & zikir dari Al-Quran dan As-Sunnah. Susunan Said bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani. Alih Bahasa oleh : Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman. Disemak oleh : Salehuddin dan Khairil Husaini – Madinah 1423H
Moga ana terus istiqamah dalam mengamalkan ayat qursi selepas setiap kali lepas sholat yang maksudnya:
” Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur, Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya, Yang Mengetahui segala yang ada di hadapan mereka dan segala yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan perkara yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua-duanya dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)” – Surah al-Baqarah, ayat 255
Kartini Samiken: Ayat Qursi banyak kelebihan dan rahsia yang tidak diketahui oleh kita. Paling penting menjadikannya amalan dalam kehidupan. Semoga sentiasa beroleh kebaikan.