Berani Berubah
Anda mungkin kenal dengan Billy Lim, pengarang buku best seller “Berani Gagal“. Kata-kata beliau yang menjadi perhatian saya;
“Pada saya ‘When you lose, don’t lose the lesson’. Maksudnya bila anda gagal, jangan lupakan pelajarannya. Setiap yang kita buat adalah pelajaran. Mungkin bukan hasil apa yang kita nak, tapi apa sahaja yang terjadi, anda akan belajar dari kesilapan dan tugas anda adalah tidak mengulangi kesilapan yang sama.”
Bermakna apabila kita gagal, kita tidak mahu berjalan di atas jalan kegagalan lagi. Apabila gagal sekali kita perlu berubah untuk tidak melakukan kegagalan lagi. Persoalannya adakah anda bersedia untuk berubah?
Memang pedih apabila menghadapi kegagalan. Tetapi lebih pedih apabila mengalami kegagalan yang kedua kerana tiada perubahan yang dilakukan. Berubah adalah membina jalan-jalan baru dalam kehidupan. Berubah bermakna kita mencipta peluang-peluang yang lain. Melupakan peluang-peluang yang gagal, serta mengambil kisah kegagalan tersebut sebagai salah satu panduan dan nota penting untuk kejayaan akan datang.
Perubahan jangan mengharapkan hasilnya dalam jangka yang terdekat, kerana dengan cara ini kita akan melakukan banyak perubahan yang drastik. Bolehkah anda mengubah cara hidup anda secara total dalam masa terdekat? Mungkin boleh tetapi terus terang saya katakan sukar untuk melakukannya. Kerana kita semua adalah manusia. Perubahan adalah sistem kehidupan yang perlu kita istiqamah setiap hari. Maka jangan tergesa-gesa untuk melakukannya.
Perhatikan kembali di mana punca kegagalan yang perlu diubah terlebih dahulu. Adakah sikap kita? Adakah kerana perancangan kita? Atau pun adakah kerana tindakan kita yang terburu-buru? Semuanya perlu diteliti dengan baik agar kita dapat membina sistem perubahan yang tepat dan efisien.
Kemudian barulah perlahan-lahan melakukannya. Insya Allah kita sama-sama boleh melakukannya. Cuma perlu tanya pada diri adakah kita berani atau tidak untuk berubah!

Dear Admin.
Topik ini sangat baik. Uncle ada banyak cerita yang benar2 berlaku kepada Uncle. Uncle merupakan bekas pelajar sekolah berasrama penuh di Seremban. Harapan orang tua memang tinggi tapi motivasi Uncle pada waktu itu tidak setinggi harapan orang tua. Rakan-rakan mendapat pangkat satu didalam SPM 1985 tetapi Uncle mendapat pangkat 3 dengan agregate 35! Sewaktu Uncle bekerja sebagai waiter di PJ Hilton datang sorang kawan Uncle yang masa tu sedang belajar di UUM. Dia datang dinner. Uncle malu tapi tak sempat mengelak. Kami bertemu dan selepas dia pulang, Uncle berjanji pada diri sendiri yang Uncle tak mahu dilihat sebagai waiter lagi sebab rakan-rakan Uncle semuanya akan pulang selepas habis belajar di luar negara. Dari situ Uncle mula menanam sikap2 positif. Uncle ada membeli buku yang bertajuk “The Magic of Thinking Big” dan habis membaca dalam tempoh seminggu. Berkat usaha, alhamdulillah Uncle berjaya melepasi halangan demi halangan. Kawan Uncle sekarang ni bertugas di Riyadh bersama2 KPMG and he’s doing very well. My point is, sekali gagal, tak bermaksud selama-lamanya gagal. It all depends on you!
Berani gagal..artikel yg bagus ..kita tak boleh terus berhenti mencuba apabila menemui kegagalan.kerana kegagalan adalah satu pengalaman yang berguna dlm hidup..percayalah dgn sentiasa tidak mudah putus asa dlm kehidupan kita akan menemui kunci kejayaan,,bab kata Anthony Robbins “Kejayaan adalah hasil daripada penilaian yang baik, penilaian yg baik adlh hasil daripada pengalaman. Pengalaman adalah hasil daripada penilaian yg tdk elok..
Salam Admin,
Saya sekarang dalam dilemma, samada berubah kerja dari A ke B…Yang mana adalah totally different from current job. Persoalan yg membuatkan saya dalam dilemma sekarang ialah kerana saya amat tidak menyukai kerja saya yang sekarang ini, saya masih berkerja kerana gaji yang besar dan jaminan masa depan. Dalam masa yang sama, saya amat tidak menyukai kerja saya sekarang. Tolong berikan nasihat atau panduan untuk menghadapi situasi sebegini.