Bila Tiadanya Persaingan Dalam Kerja

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Persaingan memberikan makna yang berbeza bagi mereka yang bersikap negatif terhadap orang lain. Tetapi bagi mereka yang bersikap positif berdaya saing akan memberikan kesan yang amat baik sama ada kepada diri dan orang lain. Persaingan sempurna dan sihat akan mencipta graf perkembangan terhadap apa yang anda lakukan. Oleh kerana itu apabila tiada persaingan maka banyak yang negatif akan timbul sama ada anda bekerja di bahagian produk atau di bahagian perkhidmatan.

Bila tiada persaingan dalam kerja:

  • Mutu produk dan perkhidmatan yang anda berikan semakin lama akan semakin menurun. Anda merasakan apa yang anda berikan adalah yang terbaik dan tidak cuba mengesan di mana ruang untuk penambahbaikan. Banyak sekali syarikat besar di negara kita yang tiada persaingan maka mereka merasakan mereka adalah yang terbaik. Sekalipun  ramai yang mengkritik mereka tetap tidak melakukan penambahbaikan.
  • Semangat kerja anda tidak lagi sehebat dulu. Tiada orang cuba menggugat jawatan anda kerana hanya anda yang layak di situ. Kerja yang anda lakukan setiap hari sambil lewa sahaja kerana anda tahu kerja anda tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Jadi anda mula merasa hebat.
  • Budaya kerja mula menjadi lembab. Masing-masing mula menunjukkan menunjukkan sikap negatif masing-masing kerana adanya rasa ego dalam diri terhadap keupayaan diri yang tidak seberapa.
  • Reputasi sesebuah organisasi hanya gah kerana tenggelam dengan publisiti semata-mata. Tetapi perkhidmatan dan produktivitinya hanya indah khabar dari rupa. Banyak yang perlu diperbaiki serta merta.
  • Motivasi kerja semakin terhakis kerana tidak ada orang yang memulakan suntikan inspirasi ke arah perubahan.