Bolehkah Bekerja Tanpa Motivasi?

motivasi-kerja-copy-300x271.jpg" alt="motivasi-kerja copy" width="300" height="271" />Saya menulis kebanyakkannya adalah berkaitan dengan motivasi kerjaya. Adakah perkara-perkara yang menyuntik motivasi ini sangat diperlukan dalam kerjaya? Atau mungkin memadai anda menjawap, “Ala..saya memang dah bermotivasi tinggi. Tak perlu lagi sesuatu yang dapat membangkitkan motivasi saya.”

Tapi bolehkah anda bekerja tanpa motivasi? Jika saya jawapnya tentulah boleh. Tapi akan banyak kekurangan yang akan bersama anda. Anda mungkin bekerja, tetapi kerja yang anda laksanakan hasilnya tidak sebaik orang yang bermotivasi. Anda mungkin bekerja tetapi anda hilang rasa keseronokkan bekerja. Bekerja semata-mata kerana memerlukan gaji. Anda akan hilang semangat. Langkah anda ke tempat kerja akan longlai. Wajah anda akan berkerut memikirkan untuk melihat wajah bos anda yang selalu memarahi anda.

Apa yang terlintas di fikiran anda, anda ingin menjauhkan diri dari tempat kerja. Kalau boleh ingin terus berhenti dan mencari kerja lain. Teguran yang sedikit pun akan dianggap besar impaknya pada anda. Perasaan tidak puas hati akan terus bersarang di hati anda. Betul atau tidak? Tanyalah hati anda!

Itulah perbezaan ketara bekerja dalam keadaan bermotivasi dan sebaliknya. Produktiviti pekerja akan menurun kualiti dan kuantitinya. Dan perkhidmatan yang dihasilkan pula memberikan peratusan yang berbeza. Persoalan yang sering timbul ialah bagaimana untuk terus menjadi pekerja yang bermotivasi? Sebagaimana yang disebut oleh Matthew Stasior “You must motivate yourself Everyday?”

Insya Allah saya akan jawap persoalan ini.