Bos Paling Mahal (2)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Entri pertama saya mengenai tajuk ini mendapat sambutan dari anda semua. Jadi saya menyambung kepada tip-tip bos paling mahal yang seterusnya. Bukan mudah untk menjadi bos yang menjadi sanjungan anak buah.
Memotivasikan orang bawahan
Selalunya bos memberikan arahan untuk kerja itu dan kerja ini kepada orang bawahannya, namun bila kerjanya tidak siap anak buah seringkali dimarahi dan diberikan kata dua. Jika difikirkan bukankah memarahi mereka tanpa tunjuk ajar akan memberikan kesan tidak baik kepada hasil kerja yang mereka lakukan.
Seharusnya jika anda ingin menjadi bos yang mahal, anda perlu memotivasikan orang bawahan ketika mereka tidak mampu melakukan tugasan yang anda suruh. Jangan ingat semua orang mampu memahami arahan yang anda berikan. Arahan yang menampakkan sangat anda seorang bos agak tidak disenangi oleh orang bawahan. Percaya atau tidak anda boleh cuba sendiri!
Kata-kata motivasi amat diperlukan oleh orang bawahan anda. Berilah pujian atas hasil kerja mereka dan berikan tunjuk ajar ketika mereka tidak mampu. Itulah bos yang paling mahal. Memotivasikan pekerja di bawah anda akan memberikan kuasa hebat ketika mereka menjalankan tugasan yang anda berikan kerana mereka gembira dan senang hati.


Assalamualaikum Tuan Rumah,
Entri di atas menarik untuk diberi komentar, khususnya pada petikan ini,
“Jangan ingat semua orang mampu memahami arahan yang anda berikan. ”
Benar, komunikasi berkesan merupakan kemahiran yang mahal. Tidak mungkin diperoleh dengan sekadar membaca.
(minta izin) sedikit tambahan.
“Jika burung dinilai melalui suaranya, manusia dinilai melalui kata-katanya”
Petikan ini juga menarik,
“Memotivasikan pekerja di bawah anda akan memberikan kuasa hebat ketika mereka menjalankan tugasan yang anda berikan kerana mereka gembira dan senang hati.”
Soalan:Tuan boleh perincikan takrif motivasi pada ayat tersebut?Maklumlah pekerja ini banyak pencetus motivasinya. Ada yang bermotivasi kerana gaji, dan realitinya bukan semua pekerja begitu…
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, work smart & creative”
Assalamuaalaikum
Kadang-kadang apa yang dapat memberi motivasi adalah penghargaan atau habuan =)
Salam hormat saudara Motivasi Kerja. Entri yang sangat menarik untuk direnung.
Bagi Indah, bos yang paling mahal adalah bos yang selalu menghargai setiap usaha pekerjanya serta tidak cepat melenting jika usaha yang telah dilakukan belum mencapai hasil yang memuaskan. Kata-kata motivasi untuk meneruskan usaha dari kegagalan yang terjadi akan memberi inspirasi dan semangat baru untuk bekerja. Bukannya dengan mengherdik dan menghina. Alhamdulillah, Indah mendapat bos yang paling mahal dalam dunia kerjaya.
Pemburu Impian: Terima kasih atas respon baik dari Tuan atas entri ini. Apa yang saya maksudkan memotivasikan pekerja dalam entri ini memberikan makna merangsang mereka dengan perkara yang boleh meningkatkan tahap kerja mereka jika mereka melaksanakan kerja dengan penuh tekun dan terancang. Mana mungkin kerja yang tidak terancang akan berjaya dan mendapat hasil yang sepatutnya. Gaji bukan matlamat utama dalam kerja sekalipun kita semua memerlukan gaji untuk meneruskan kehidupan. Asas kepada kerja ialah mencari rezeki dan meningkatkan kendiri agar mencapai tahap yang lebih baik.
Sara: Jangan susah hati. Itu hanya sebahagian saja. Sara boleh cari bahan-bahan bacaan yang lain. Masih banyak cara untuk mendapatkan keseronokkan dalam kerja.
Indah Kasihku: Memang benar apa yang ditambah oleh Indah. Bos yang hebat pandai ambil hati orang bawahannya. Tidak cepat marah bila ada kesalahan. Beri tunjuk ajar sebaik mungkin supaya orang bawahan lebih bermotivasi.