Bos Paling Mahal (3)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Adakah anda seorang bos yang saya maksudkan? Tentu sekali bukan mudah untuk mendapat label bos seperti ini. Dalam satu siri kursus motivasi yang saya kendalikan sebulan yang lepas, salah seorang pesertanya adalah seorang Yang Di-Pertua salah sebuah Majlis Perbandaran di negeri Selangor. Satu perkara yang sangat menarik hati saya, semua anak buahnya dapat berinteraksi dengan baik dengan bosnya ini.
Dalam hati, saya terfikir mesti beliau adalah seorang yang mempunyai kepimpinan yang baik dan hebat sehinggakan anak-anak buahnya menghormatinya. Dari perwatakan orangnya nampak biasa saja. Seperti peserta-peserta yang lain. Bahkan ketika hari pendaftaran kursus yang saya kendalikan itu, saya sendiri tidak tahu bahawa akan hadir bersama seorang YDP dicelah-celah puluhan kakitangan sokongan yang lain. Peribadinya memang nampak rendah diri dan selamba.
Dan ketika waktu minum dan makan tengah hari, saya turut menjemput beliau untuk makan bersama di meja urusetia untuk lebih memberikan keselesaan padanya. Namun beliau rendah diri menolak dan mengatakan beliau lebih selesa makan bersama anak-anak buahnya. Saya tergambar mungkin inilah rahsia bagaimana anak-anak buah beliau respek dan menghormati bahkan menyayangi beliau. Jadi anda bagaimana?












Individu yang mahal adalah individu yang tanpa kehadirannya sehari merasakan rindu bertahun, dan hadirnya pula bagai ceria setahun…
Di pejabat bos adalah roh kesepakatan sekerja, bos yang ‘malap’ membuatkan pekerjanya tidak mampu memberi potensi ‘all-out’,
bos yang ‘terang’ pula membuatkan pekerjanya merangsang potensi untuk memberi sumbangan tanpa rasa rugi dan terlalu berkira-kira untuk menyumbang khidmat…
Jika ketidakhadiran kita di pejabat adalah satu pengharapan bermakna ada sesuatu yang tidak kena, and we must have something to do…
Ariff: Wow! Nice word from the motivator. Bermakna nak jadi individu mahal perlu berusaha untuk meletakkan harga diri lebih tinggi barulah orang lain akan terasa ketidakhadirannya sebagai satu kehilangan.
Bos yang macam YDP tu barulah berjiwa rakyat. Ini kalau boss mesti nak kena lain dari yang lain. Ada perbezaan pulak. Dahtu ada gap yang besar pulak.
p/s : Bukan boss di tempat saya