Cerita-Cerita Motivasi Untuk Pemimpin

Posted by admin | Posted in Almari Buku | Posted on 25-01-2010

4

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Seorang pemimpin adalah individu yang berketrampilan dari pelbagai aspek kehidupan termasuk spiritual, fizikal, emosi, akal dan juga sosialnya. Memimpin memerlukan kekuatan jiwa, barulah boleh membina kepimpinan yang mampu memberi kesan kepada orang yang dipimpin.

Buku Cerita-Cerita Motivasi Untuk Pemimpin ini dipenuhi dengan kisah-kisah yang merupakan sirah Rasulullah dan juga para sahabat sebagai satu inspirasi dalam membina jati diri dan kepimpinan. Buku ini menceritakan 71 kisah yang ringkas dan bagus untuk dibaca. Cuma pada pendapat saya buku ini mungkin tidak berapa diminati oleh anda yang dalam lingkungan 30 tahun ke atas memandangkan ayatnya terlalu mudah dan mungkin ramai yang beranggapan bahawa isinya terlalu ringkas.

Namun pada saya, buku ini amat sesuai untuk anak-anak yang dalam lingkungan 20 tahun ke bawah sebagai pendedahan tentang sirah memandangkan ayat-ayatnya sesuai dan mudah difahami. Kisah-kisah diceritakan secara santai memberikan anak-anak satu bentuk tanggapan baru tentang sirah bahawa ianya sangat mudah dipelajari.

Tajuk : Cerita-Cerita Motivasi Untuk Pemimpin
Pengarang : Dato’ Fadzilah Kamsah & Fauzul Na’im Ishak
Penerbit : PTS Millennia
Mukasurat : 205 Halaman
Harga : RM18.50

Comments (4)

Assalamualaikum Tuan Rumah,

Terima kasih atas maklumat di atas,

InsyaAllah akan segera dapatkan bukut itu.

Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard & Work Smart”

Assalamulaikum

Pemburu Impian: Terima kasih kembali.

Assalaamu’alaikum

Buku adalah taman bunga yang boleh dibawa kemana-mana kita suka.

Buku adalah guru yang tidak pernah memarahi kita.

Buku adalah dunia yang memancarkan cahaya buat menerangi kegelapan setelah guru tidak ada di sisi.

Terima kasih Along atas maklumat berhubung buku di atas. Insya Allah akan usaha di cari. Di tempat akak ni, sukar mendapat buku sedemikian. Mudahan dapat membelinya jika ada urusan rasmi di luar pejabat.

Semoga terus berjaya untuk masa depan yang gemilang. Salam mesra selalu.

Kak Siti: Di Sarawak rasanya buku-buku motivasi agar terhad berbanding di semenanjung. Jadi kalau nak senang sekarang boleh beli secara online. Just buka laman web pts dan cari buku yang akak nak, then terus boleh beli. Janji akak ada kad kredit atau kad debit. Along tak pernah beli online lagi. Tapi ramai orang jarak jauh beli online lagi mudah.

Write a comment

:angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :whistle: :tongue: :w00t: :wub: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :unsure: :wassat: :wink: :alien:
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.