Membina Eksekutif Berkarisma

Posted by admin | Posted in Buku-Buku Motivasi | Posted on 19-11-2009

3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

membina-eksekutif-berkarismaAlhamdulillah syukur kepada Allah Subhanu Wataala, walaupun diri dilanda kesibukan saya masih berdaya menghabiskan pembacaan sebuah buku pengurusan. Membina Eksekutif Berkarisma. Kali pertama melihat buku ini di kedai saya terus membelinya. Apa yang dapat saya kongsikan di sini, bagi mereka yang bergelar eksekutif seeloknya membaca buku ini. Penulisan yang penuh dengan pengalaman sebagai seorang eksekutif amat sesuai untuk ditimba pengalaman beliau. Buku ini membincangkan bagaimana untuk menjadi seorang eksekutif yang hebat di kalangan eksekutif.

Apa yang menarik dalam buku ini, Hasfizal Mukhtar menerangkan formula 7P + 10P – P!. Wah! Hebat bukan? Anda faham maksudnya? Memang anda tidak faham sebelum anda membaca buku ini. Formula ini amat diperlukan oleh seorang eksekutif agar lebih berkarisma dan berkredibiliti. Jangan hanya ingat anda bukan seorang eksekutif anda tidak boleh membaca buku ini. Antara isi penting yang disampaikan penulis juga ialah seorang eksekutif perlu tahu kemahiran menyelia dan membina perancangan dalam kerjaya. Dapatkan segera! :)

Daftar Isi Kandungan

Bab 1 Menjadi nombor satu

Bab 2 Formula menjadi cemerlang

Bab 3 Sikap yang unggul

Bab 4 Perubahan sikap

Bab 5 Kepakaran mengawal operasi

Bab 6 Awas Perangkap!

Bab 7 Rumusan

Tajuk : Membina Eksekutif Berkarisma
Pengarang : Hasfizal Mukhtar
Penerbit : PTS Professional
Mukasurat : 122 Halaman
Harga : RM15.50

Comments (3)

Salamelekom,wbt adikku Asrul, TQ bebyk diatas luahan takziah dan doa tu yer…

Buku ni tajuknya bagus tapi rasanya kurang berkesan sebab tidak diolah sebaiknya… heheheeeee sekadar satu pandangan.

Assalamualaikum Tuan Rumah

Ambo selalu terkesan dengan orang yang “cakap serupa bikin” dan sebaliknya…

Pernah ambo terbaca satu artikel yang mengatakan betapa ramainya golongan “NATO” pada komuniti/syarikat/organisasi/bangsa yang tidak maju.

“to become leader must be a reader”

Salam ceria & inspirasi

Assalamualaikum

Pemburu Impian: Sekarang ni belajar disiplinkan diri banyak baca buku. Harap-harap dapat istiqamah untuk tambah ilmu dan input-input baru.

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: