Untukmu Wanita

Posted by admin | Posted in Almari Buku | Posted on 17-02-2010

12

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dua hari lepas sewaktu berada di kampung, saya telah habis membaca buku tulisan Zaharuddin Abdul Rahman berjudul Untukmu Wanita. Rasanya hampir sebulan lebih barulah sempat menghabiskannya. Tuntutan kerja sedikit sebanyak menghalang untuk menghabiskan karya baik ini.

Saya ingin kongsikan sedikit ulasan buku ini kepada anda yang mungkin tercari-cari buku apakah yang ingin dibeli. Ustaz Zaharuddin menulis satu himpunan soalan yang pernah ditanyakan kepada beliau tentang permasalahan berkenaan wanita berkaitan isu-isu kekeluargaan, isu aurat dan tudung dan masalah penceraian dan juga masalah-masalah yang lain.

Apa yang menarik di dalam buku ini permasalahan ini berkaitan dengan isu semasa yang sedikit sebanyak mencabar golongan agama untuk menjawab persoalan-persoalan ini. Namun didalam buku ini, Ustaz Zaharuddin memberikan penjelasan terperinci pada setiap persoalan yang membolehkan anda semua lebih memahami martabat dan kedudukan wanita yang dipilih oleh Allah sebagai perhiasan dunia. Setiap olahan ayat yang disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin sangat santai dan mudah difahami.

Pastinya buku ini memberikan ilmu yang lebih jelas kepada anda (khususnya wanita) untuk lebih memahami permasalahan wanita di samping anda lebih mendalami kedudukan wanita dalam Islam.

Tajuk : Untukmu Wanita
Pengarang : Zaharuddin Abdul Rahman
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Mukasurat : 214 Halaman
Harga : RM21.00

Comments (12)

Selamat pagi..
Hurm satu buku yang baik tu along..berkisar tentang masalah wanita masa kini hidup dalam arus kemodenan..

Suri pun ulat buku juga ni..hik..hik..buku yang ada pun tak habis di baca lagi..huhu

Suri: Mudah-mudahan sedikit ulasan dapat memberikan galakan kepada orang lain untuk sama-sama membaca buku dan menambah ilmu pengetahuan.

Salam Along,

Kak Nozi nak cari la buku ni. Ada lagi sebenarnya beberapa buah buku yang masih dalam proses membaca. Sekurang-kurangnya boleh juga menjadi panduan khas utk kaum wanita seperti akak ni.

p/s: Kata hari ni ada dalam tanyalah ustaz. Takde pun? Ke silap tarikh?

Nozi: Akak tak tengok ke pagi tadi? Kan Rancangan Tanyalah Ustaz tu mula pukul 7-8 pagi di TV9. Tapi takpe esok pagi still ada lagu satu siri tajuk Solat Hajat.

Sebuah buku yang bagus untuk wanita…Untuk lelaki ada tak =)

Salam penuh ceria,

Saya wajib beli untuk dihadiahkan kepada isteri tersayang..Mudah-mudahan ada rezeki lebih tu..

Assalaamu’alaikum

Didoakan Along sihat dan ceria selalu. Terima kasih kerana promosikan buku tersebut. nanti akak cuba cari di kedai buku. Cukup menarik untuk menambahkan ilmu dan meningkatkan ketrampilan diri sebagai wamita muslimah.

Datang jenguk sebentar je long, nanti akak datang lagi.

Salam mesra dari akak di Bandaraya Kuching, Sarawak.

Salam Along,

Yeke, akak dah buka dah,tapi Bicara Kifayah yang ada. Pagi ni akak tak buka la pulak..Nak tgk jugak bagaimana Along tampil di kaca Tv. Hm..melepas juga la akak sbb tadi pun banyak benda pula nak kena get ready. Tak sempat nak buka tv.

Kalo masuk You Tube boleh juga playback kan. :)

Blinkky: Sebenarnya kalau mahu banyak sangat. Sebagai lelaki pun pada saya tiada salahnya baca buku ini sebab bila bergelar suami pun nanti perlu ambil tahu juga pasal ni sebab ianya melibatkan kekeluargaan dan tanggungjawab suami juga.

Hanafi Abdullah: Samalah macam saya. Buku ni asalnya saya belikan untuk isteri tercinta, tetapi akhirnya saya yang habis baca dulu :)

Kak Siti: Terima kasih kembali. Along sengaja berkongsi apa yang dibaca supaya pembaca blog ini juga berminat untuk membelinya. Bukan semua buku di kedai menarik perhatian pembaca jadi ada sedikit ulasan mungkin menarik minat semua. Selamat membaca.

Nozi: Kalau akak terlepas sebenarnya masih boleh lihat lagi. Just buka laman web TV9 dan kemudian daftar sebagai ahli. Kemudian login dan dapat tengok Along dalam tajuk Solat Hajat.

Write a comment

:angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :whistle: :tongue: :w00t: :wub: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :unsure: :wassat: :wink: :alien:
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.