Cara Pemikiran Anda (2)
“Kebahagiaan hidup adalah bergantung kepada kualiti pemikiran anda. Oleh itu jagalah pemikiran anda baik-baik.” – Marcus Aurelius.

Berfikir menjadi faktor utama dalam membuat pilihan kepada kehidupan sama kebahagiaan yang anda pilih atau sebaliknya. Dari pemikiran akan mencetuskan kesedaran yang akan untuk terus berusaha. Dari pemikiran juga akan menimbulkan prasangka yang boleh menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan.
Jangan berfikir umpama katak di bawah tempurung. Namun mana mungkin anda boleh mencedok idea-idea bernas dari luar sedangkan anda tidak pernah mendapat pendedahan dari luar. Pendedahan luar amat penting untuk meransang minda hebat dalam berfikir. Fikiran anda adalah diri anda.Semoga lagu ini dapat memberikan maksud yang lebih jelas kepada kata-kata motivasi hari ini.
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Apabila kita sudah bertekad untuk mencari kebahagiaan dan kejayaan , u do it u way untuk mendapatkannya .Kita mesti bersedia untuk keluar dari zon keselesaan , berani dan yakin pada diri sendiri .Selepas tu jalan terbentang untuk kita mencapai- its a matter of time to get there…
Assalaamu’alaikum
Menarik entri ni Long.. Akak suka pernyataan ini : “Jangan berfikir umpama katak di bawah tempurung.” ia juga seperti kita terkurung dalam sebuah kotak yang hanya mempunyai satu lubang kecil buat mata kita menjenguk keluar tanpa dapat melakukan apa-apa.
Senario ini menghadkan kita untuk menghasilkan sesuatu yang hebat dalam hidup kita. Dunia ini luas, maka gunakanlah untuk mencari sesuatu yang lain dari yang lain. Keyakinan diri amat penting. Tanpa keyakinan hidup kita akan terbatas sifatnya. Keluarlah dari kotak atau tempurung itu. mulakan dengan langkah pertama, kedua dan seterusnya. nikmatikah kesegaran dunia luar ini dengan membentuk jati diri yang hebat.
Capailah impian yang selama ini diidamkan. Gapailah ia dengan sepenuh hati. Bina cara fikir yang positif untuk menghasilkan sesuatu yang positif . Engkau boleh melakukannya. Boleh adalah perkataan yang baik untuk kita memulakan setiap hari yang baru dan bakal ditempuh. Salam mesra selalu.
ORANG YANG MEMPUNYAI KEKUATAN PERIBADI IALAH ORANG YANG KUAT KEMAHUANNYA DAN SANGGUP MELAKSANAKAN SESUATU DENGAN TABAH DAN TEKUN MENGIKUT PRINSIP YANG DIPEGANGNYA.
-pujangga-
Norman: Sesekali Norman beri idea di sini, memang nampak bernasnya. Semua orang mencari kebahagiaan tapi masing-masing mempunyai cara tersendiri memandangkan keupayaan berbeza. Asalkan cara tidak membinasakan diri sendiri dan orang lain boleh terukan usaha.
Kak Siti: Wah..semenjak akhir-akhir ini akak banyak memberikan kata-kata motivasi, mungkin jika akak juga memulakan penulisan blog motivasi mampu mempunyai peminat tersendiri memandangkan gaya pemulisan tersendiri akak juga banyak meransang jiwa untuk sentiasa berfikiran positif.
think out of box..n you will find amazing things out there…
Kak Faiz: Yes! Berfikir di luar kotak. Tapi untuk kreatif dalam berfikir memerlukan pendedahan yang luas. Baru dapat menukar input kepada output yang bagus.