Cas Hospital Swasta Akan Dikaji Semula
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya baru sahaja berkongsi pengalaman isteri saya ketika mendapatkan rawatan pesakit luar di salah sebuah klinik swasta dengan anda semua. Pada hari ini pula kenyataan akhbar dalam Berita Harian pula mengajak anda semua berfikir. Rasanya tidak keterlaluan jika saya katakan rawatan di klinik tempoh hari agak mahal dengan cara rawatan yang tidak berbaloi.
Justeru dalam membina kerjaya sebagai doktor atau institusi kesihatan berbayar seharusnya mereka cuba untuk memberikan khidmat yang terbaik tanpa mengambil kesempatan terlalu tinggi terhadap perkhidmatan mereka. Dari sudut positif saya melihat perkhidmatan di hospital dan klinik swasta agak tinggi dan tidak mampu dibiayai oleh mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana sekalipun mereka ingin mendapatkan perkhidmatan terbaik di hospital swasta.
Apa yang menarik hati saya apabila Datuk Dr Mohd Ismail Merican menasihati doktor bahawa tujuan utama mereka memilih profesion itu bukan sekadar mencari kekayaan tetapi membantu pesakit.
Saya memandang isu ini seharusnya Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil ruang baik ini untuk meningkatkan tahap perkhidmatan doktor dan jururawat di hospital-hospital kerajaan. Timbulnya isu seumpama ini bermakna permintaan untuk mendapatkan perkhidmatan di hospital swasta semakin meningkat. Mengapa begitu? Adakah perkhidmatan hospital kerajaan tidak cemerlang?
Cas hospital swasta yang rendah akan memberikan ruang kepada rakyat Malaysia untuk cuba mendapatkan yang terbaik dalam rawatan kesihatan. Persaingan yang baik juga untuk kedua-dua pihak.












Salam,
Setuju benar dgn kenyataan ini. Memang saya sendiri pun nampak, klinik/hospital swasta skrang mcm ingin kaya semata2 dari merawat pesakit betul2. Mereka perlu sedar dan menjaga status swasta yg mereka ada supaya ia tidaklah tercemar. Nanti, org sudah tak pandang tinggi pada swasta. Skarang pun sudah ada yg lebih prefer hospital kerajaan kerana mereka memang professional dan specialist.
Kerajaan perlu ambil berat akan hal ni supaya ianya tidak akan menimbulkan isu yg lebih berat nanti.
Antara kerjaya (duit) dan profesionalisme kedoktoran…
Nozi: Kerana itulah saya terfikir untuk menulis dan memberikan ulasan juga berkenaan perkara ini.