Cashier Yang Ceria

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sempena tahun baru, saya bersama isteri pulang ke kampung di Raub, Pahang. Dapat cuti tiga hari rugilah tak balikĀ kampung. Setiap kali dalam balik ke kampung sudah pasti saya akan melalui stesen minyak Petronas Bentong Timur. Boleh dikatakan setiap kali balik saya akan berhenti singgah di sini. Saya sangat seronok singgah di sini. Anda juga mungkin pernah singgah di stesen minyak ini.

Apa yang sangat menarik perhatian saya ialah cashier di stesen minyak sangat ceria. Setiap pengunjung yang menghadiri kaunter pembayaran akan diberikan salam bagi muslim dan ucapan selamat bagi bukan muslim. Cashiernya sentiasa senyum, bercakap lemah lembut, serta membantu sekiranya anda mempunyai apa-apa permintaan yang lain. Mungkin anda berkata di stesen mintak lain pun begitu. Tapi pada saya, tidak banyak staf di stesen minyak Petronas yang mengamalkannya walaupun mungkin pada hemat saya keceriaan sebegitu menjadi ‘trademark’ Petronas sendiri.

Seharusnya cashier berperibadi sebegini kerana pembeli akan terasa dihargai. Ini tidak, selalunya ketika pembayaran terutama di pasaraya besar, cashier menunjukkan air muka yang takut dilihat, tidak bercakap, tidak senyum dan memarahi pelanggan sekiranya barang yang dibeli tidak ada tanda harga. Akhirnya pelanggan berkata, “Kalau takde harga takpelah, tak payahlah marah-marah.” Sekalipun anda mungkin seorang cashier, percayalah bahawa anda juga membawa imej majikan anda sama ada majikan anda kecil ataupun besar.