Posted by Motivasi Kerja | Posted in Info Kerjaya | Posted on 12-06-2010
2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

sekadar gambar hiasan
Sejak akhir-akhir ini ramai pengunjung blog MK ini memberikan komentar pada posting Kerjaya Sebagai Pramugari, rata-ratanya adik-adik yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM baru-baru ini dan juga sebahagianya pula adalah dari kalangan siswa IPT.
Saya mula rasa seronok dengan komentar anda semua tentang posting tersebut. Sekurang-kurangnya anda mula memasang impian untuk masa depan yang lebih baik. Namun hati saya juga terasa ingin memberikan panduan supaya adik-adik tidak memilih kerjaya hanya kerana satu faktor yang menonjol sedangkan faktor-faktor yang lain anda terlupa untuk fikirkannya.
Kebaikan
- Berpeluang melancong ke negara-negara luar
- Dapat menguasai bahasa asing
- Kerja yang glamour dan dikenali
- Elaun outing yang tinggi
- Pakaian seragam yang mengagumkan
- Hubungan komunikasi anda akan makin mantap
- Anda mempunyai kecergasan emosi yang tinggi
Keburukan
- Pramugari hanya perlukan anda yang muda. Kerjaya anda tidak akan bertahan lama kerana ia memerlukan kecantikan tubuh badan dan rupa.
- Pakaian yang mendedahkan aurat dan aib anda. Setakat informasi yang saya tahu tidak ada syarikat penerbangan yang pakaian pramugarinya menutup aurat.
- Waktu solat yang tidak terjaga
- Anda melayan pelbagai penumpang dari serata dunia. Jika mereka memesan arak maka anda pun mesti menyempurnakannya. Sedang Rasulullah telah bersabda bahawa orang yang memberikan arak dosanya sama dengan orang yang minum. Fikirkanlah!
- Berdepan dengan gosip liar.
- Kerjaya bukan hanya fikirkan soal glamour dan berjaya tetapi juga perlu fikirkan tentang berkat.
- Waktu kerja yang tidak tentu masa menyebabkan anda perlu sentiasa fleksibel dan bersedia.
Semoga apa yang saya nyatakan di sini memberikan panduan bagi anda yang berminat terhadap kerjaya ini. Saya tidak menghalang dan tidak pula menyuruh. Apa yang perlu anda faham juga rezeki yang halal dan berkat adalah dari cara kerja yang baik dan mengikut syariat
Share on Facebook
Posted by Motivasi Kerja | Posted in Info Kerjaya | Posted on 07-06-2010
9
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Penelitian saya terhadap dua bangsa ini amat berbeza. Jadi tidak hairanlah bangsa cina begitu hebat menguasai bidang perniagaan. Apa yang saya tuliskan ini adalah dari penelitian saya. Apa yang baik kita perlu ambil untuk jadikan diri kita lebih beruntung di masa hadapan.
- Peniaga melayu selalunya lambat buka kedai, tetapi peniaga cina pula pagi-pagi lagi dah buka. Padahal diorang buka kedai basikal je. Jelas awal pagi adalah waktu rezeki.
- Peniaga melayu pakaian segak tetapi belum tentu berduit, tetapi peniaga cina pergi bank pakai seluar pendek dengan baju pagoda je, duit dalam poket penuh je.
- Peniaga melayu kedai sebuah kereta mewah 2-3 buah, peniaga cina kedai 10 cawangan kereta mewah baru sebuah.
- Peniaga melayu tak boleh tengok kedai melayu bersebelahan, konfem kena santau. Tetapi peniaga cina bila tengok kedai sebelah satu bangsa diorang pula suruh kita pergi kedai sebelah.
- Peniaga melayu lepas setahun kedai masih satu. Tetapi peniaga cina lepas setahun dah buka tiga cawangan.
- Peniaga melayu takut bayar zakat, katanya diorang kumpul duit penat-penat kenapa nak bagi orang. Tetapi peniaga cina pula percaya bayar zakat ada ong. Lu orang pikirlah sendiri.
- Peniaga melayu bila sudah kaya solat entah ke mana, tetapi peniaga cina makin kaya makin besar peti sembahyang depan kedai mereka.
- Peniaga melayu setiap hujung minggu tutup kedai, peniaga cina masa tulah mereka buka kedai sebab hari minggu orang ramai.
- Peniaga melayu pelanggan depan mata selalu buat tak kisah, tetapi peniaga cina bila dapat pelanggan akan jaga elok-elok.
Anda ada apa-apa yang ingin ditambah? Silakan tulis di ruang komen.
Share on Facebook
Posted by Motivasi Kerja | Posted in Info Kerjaya | Posted on 19-05-2010
3
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dua hari lepas semua mengucapkan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik kerana usaha, tanggungjawab dan juga komitmen yang tinggi dalam kerjaya mereka. Sempena Hari Guru juga kerajaan Malaysia mengumumkan ganjaran sebanyak RM900 hingga RM7500 akan diberikan kepada pengetua, guru besar, guru sekolah rendah dan menengah yang mencatat keputusan cemerlang melalui Indeks Petunjuk Prestasi. Imbuhan yang tinggi ini telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan diumumkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Pada pandangan peribadi saya, imbuhan adalah sebagai satu tekanan kepada warga pendidik untuk bekerja keras dalam memberikan pendidikan bukan sekadar pengajaran dalam kelas semata-mata. Hari ini saya melihat kerjaya guru adalah kerjaya pilihan di Malaysia kerana statistik menunjukkan peratusan pengganggur yang memohon jawatan ini meningkat setiap tahun.
Sebagai warga pendidik ini adalah cabaran, kerana di sebalik imbuhan adakah kecemerlangan prestasi yang dimaksudkan hanya kecemerlangan akademik, peranan pendidik besar sebenarnya. Tetapi kesedaran guru untuk memberikan pendidikan akhlak, spiritual dan akademik akan lebih memantapkan pelajar untuk cabaran globalisasi akan datang. Selamat berjuang untuk GURU!
Gambar: Credit to iluvislam.com
Share on Facebook
Posted by Motivasi Kerja | Posted in Info Kerjaya | Posted on 04-04-2010
1
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sewaktu menulis entri ni saya berada di perkarangan Masjid Hadhari Jerteh, Besut Terengganu. Melihatkan bangunannya yang tersergam indah minda saya teringatkan sewaktu pengalaman menjadi imam terawih di zaman persekolahan dahulu. Lantas jemari mula menaip pengalaman yang masih segar ini. Setiap waktu anda melihat imam yang berpakaian jubah putih mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan lagunya tersendiri bukan semudah yang anda dengar. Suara merdu yang menarik minat anda untuk kusyuk dalam solat bukan hanya sekadar suara.
Menjadi imam, kalau dalam jawatan kerajaan anda mungkin memegang jawatan S17 sebagai pembantu hal elwal agama. Saya juga pernah ditawarkan jawatan ini. Untuk menjadi imam solat anda memerlukan keberanian dan keyakinan diri. Pernah juga dalam siri-siri kursus yang saya kendalikan, ramai peserta yang ketar lutut untuk tampil sebagai imam. Mengapa begitu? Nak gambarkan bukan mudah jadi.
Perkara pokok yang perlu anda tahu ialah selok belok tentang solat sama ada hukum solat berjemaah, bacaan-bacaan dalam solat, wirid, doa dan juga jika anda mampu anda juga perlu tahu menyampaikan tazkirah dan kuliah. Selain dari itu berkenaan hukum-hakam tajwid sudah pasti anda wajib mahir kerana ianya sebahagiaan tuntutan dalam bacaan solat. Pendek kata tanpa ilmu-ilmu asas ini sukar untuk menjadi imam kerana kemahiran ini adalah dinilai dari telinga makmum dan jemaah anda.
Share on Facebook
Posted by Motivasi Kerja | Posted in Info Kerjaya, Isu Kerjaya | Posted on 22-12-2009
8
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Satu soalan mudah saya tanya pada anda? Tetapi saya tujukan soalan ini bagi mereka yang bekerja memerlukan penampilan yang kemas sahaja. Tidak adik pula jika soalan ini ditujukan pada semua kan? Saya sengaja tanyakan soalan ini memandangkan sebahagian daripada kita mungkin agak tidak mengambil berat dengan perkara seumpama ini.
Pakaian kemas menunjukkan perbezaan profesion anda
Perasan atau tidak bukan semua kerja memerlukan anda berpakaian kemas. Contohnya jika anda seorang buruh kasar, nelayan atau pesawah sudah pasti tidak memerlukan pakaian kemas seumpama ini. Jadi jelas sekali pakaian kemas menjadi satu perbezaan anda dengan pekerjaan lain. Jadi mengapa tidak mahu berpakaian kemas. Sakit juga mata anda memandang jika seorang pengarah atau pegawai tidak menjaga penampilannya bukan?
Pakaian kemas menunjukkan kredibiliti
Wah! Bagaimana kredibiliti dilihat dari penampilan? Apa pandangan anda apabila anda melihat dua orang yang anda tidak kenali tetapi mereka mempunyai penampilan yang berbeza. Seorang lelaki berstatus bos tetapi berpakaian selekeh dengan baju berkedut dan seorang lagi hanyalah kerani biasa tetapi berpakaian kemas dan bertali leher. Siapakah yang anda lihat lebih hebat? Sejujurnya dari penampilan mungkin anda akan meletakkan seorang kerani tadi adalah bos bukan? Itulah yang saya maksudkan sebagai kredibiliti.
Pakaian menunjukkan prestij di mana anda bekerja
Prestij berbeza dengan kredibiliti. Apa pandangan anda melihat satu kelompok tentera yang sedang berjalan dengan pakaian seragam berkawad kaki dengan teratur di hadapan anda? Pastinya anda akan rasa kagum melihat mereka. Jika dilihat pada gaji seorang tentera mungkin tidaklah sehebat golongan profesional sekalipun pengorbanan tentera dalam keamanan negara lebih besar. Namun mengapa ada orang suka kerjaya sebagai tentera? Sebahagiannya kerana pakaian tentera itu sendiri menunjukkan prestij yang tersendiri. Prestij boleh menjadikan kerjaya tersebut popular di mata orang lain.
Share on Facebook
Posted by Motivasi Kerja | Posted in Info Kerjaya | Posted on 12-10-2009
9
Dahulu sesiapa yang ada kamera, tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk merakam ‘special moment‘. Kemudian kamera hanya disimpan sehinggalah tiba waktu lain yang ingin dirakamkan. Tapi itu semua masa dahulu. Masa tu penggunaan kamera belum boleh cari makan lagi.
Berbeza sangat dengan sekarang. Jika anda ada kamera yang berkualiti tinggi seperti kamera digital atau yang lebih maju kamera dslr, anda bukan sahaja boleh merakam detik-detik terindah dalam hidup anda. Bahkan anda boleh membina kerjaya. Amatur atau professional, semuanya hanya terpulang pada anda. Tidak sukar untuk membina kerjaya sebagai photographer. Paling utama anda hanya perlu ada kamera sendiri. Harga kamera ikut kemampuan anda.
Hari ini anda tengoklah di luar sana begitu ramai yang jadi juru gambar perkahwinan dengan harga yang sangat berbaloi. Berbekalkan sedikit keyakinan dan kreativiti anda sendiri tidak perlu menunggu lama untuk membina kerjaya ini.
Cuma untuk meningkatkan kemahiran diri anda perlu mempelajari dan mempraktikkan:
Mengenali exposure
Aperture, shutter & iso
Automatic exposure
Sequence, timer, remote
Metering dalam kamera
Kepelbagaian fokus
Depth of field
Format imej, mode warna
Cara penggunaan flash
Teknik potrait, makro, teknik gambar pergerakan
Ini adalah sebahagian kemahiran yang perlu dikuasai sebelum mengorak langkah sebagai kerjaya photographer. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Semoga anda boleh menjadi seperti Saifulnang. Apa yang utama, kerjaya sebegini memerlukan latihan demi latihan untuk meningkat kemahiran dan kreativiti anda sebagai juru gambar.
Share on Facebook
Posted by Motivasi Kerja | Posted in Info Kerjaya | Posted on 07-10-2009
2
Apabila meneliti dunia kerjaya ini, sesuatu yang memberikan perbezaan ketara dan menjadi identiti bagi satu-satu pekerjaan itu selain dari perkhidmatan dan barangannya ialah pakaian kerjanya. Pakaian kerja melambangkan identiti dengan siapa anda bekerja, pangkat apa, dan juga di tahap mana.
Kebanyakkannya di negara kita ramai yang beruniform seperti polis, tentera, doktor, posmen dan juga pekerjaan dengan pakaian formal seperti guru, kerja bahagian pengurusan dan banyak lagi.
First view terhadap sesuatu pekerjaan itu sebenarnya menunjukkan prestij kepada pekerjaan itu sendiri. Contohnya pekerjaan yang melibatkan pakaian beruniform seperti polis, JPJ, Bomba dan lain-lain. Apa pandangan anda sejujurnya melihat seorang pegawai polis atau Major dalam tentera? Paling tidak pun nampak gah dan prestij diutamakan dalam bidang tugas mereka. Prestij pun penting selain dari gaji dan pengalaman.
Namun pakaian formal juga tidak bermakna tiada prestij. Lihatlah dengan kesesuaian pekerjaan dan tugas. Mungkin bekerja di pejabat dengan menguruskan pentadbiran atau menjadi guru JQAF di sekolah-sekolah tidak sesuai pula untuk berpakaian uniform kerana lebih kepada soft skill dalam aplikasi kerjanya.
Pendapat admin:
Apa yang dapat saya simpulkan kerjaya yang lebih kepada fizikal, prestijnya juga terletak pada pakaiannya. Pakaian beruniform menunjukkan kesatuan hati, disiplin dan memerlukan kesepaduan dalam menjalankan matlamat organisasi. Tetapi bagi kerjaya yang berbentuk mental dan emosi, pakaian formal memberikan ruang fleksibel untuk berfikir dengan menjalankan tugas mereka.
Jadi yang mana menjadi pilihan anda? Yang mana lebih anda suka? Pakaian uniform atau pakaian formal?
Share on Facebook