Learn About Life
Rocky said to his son about life:
“The world ain’t all sunshine and rainbows. Its a very mean and nasty place and I don’t care how tough you are it will beat you to your knees and keep you there if you let it. You, me and nobody is gonna hit as hard as life. But it ain’tabout how hard you hit. It’s about how hard you cant get hit and keep moving forward. How much you can take and keep moving forward. That’s how winning is done.” – Rocky 6 Film
Ramainya Yang Keluar Dari Islam
Petikan dari sebuah buku 188 Ucapan Yang Menggoncang Dunia:
Rasulullah s.a.w membacakan ayat yang bermaksud: “Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia pun masuk agama Allah dengan berbondong-bondong.” Lalu baginda bersabda: “Akan keluar pula darinya (murtad) berbondong-bondong sebagaimana mereka masuk kepadanya secara berbondong-bondong.
Diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam kitab Mustadrak.
Jangan Terlalu Sayangkan Harta
“Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu: dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau ; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau ; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau ; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya.” - Saidina Abu Bakar r.a -
Harta bukanlah milik mutlak manusia kerana itulah kita boleh bekerja untuk mengumpul harta tetapi bukan untuk menyimpannya sehingga ke akhirnya hayat. Harta yang banyak tidak akan cukup bahkan akan terus ingin menambahnya walaupun sudah memiliki segunung emas di hadapan mata. Ini menunjukkan harta yang banyak bukanlah keperluan kita kerana keperluan tidak akan membuatkan manusia terlalu menyayangi harta.
Kekayaan dan kemewahan adalah kehendak yang tiada batasnya. Kerana itulah Allah sentiasa memperingati orang-orang yang sentiasa mencari-cari harta dengan firmannya dalam surah Al-Humazah ayat 3-4 yang bermaksud: “Dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.”
Hakikat Kepimpinan
Renungkanlah bersama:
يصفع الذئب جبهة الليث ضعفاً …. إن تلاشت أنيــابه والأظافر
“Serigala pun boleh menampar pipi sang singa tatkala kelemahan bila berguguran taring dan kukunya”
Orang yang digeruni dengan kehebatannya, bila kehilangan faktor kekuatan tersebut tidak lagi dihormati atau digeruni. Jadi sedarlah kepada anda yang bergelar pemimpin. Bagaimana anda memimpin selama ini? Jika kepimpinan hanya ingin orang lain tunduk di atas dasar kekuasaan anda semata-mata, maka waktu hilangnya kekuasaan itu akan tiba dan sebagai pemimpin akan rebah kerana hilangnya faktor kekuasaan tersebut.
Kata-kata di atas juga persis umat Islam hari ini yang hilang kemegahannya kerana kejahilan yang berleluasa dan ketamakan kepada pangkat menyebabkan umat Islam hina dan dayus. Kezaliman berkuasa telah menjadikan agama bukan lagi sebagai panduan untuk meneruskan kehidupan sebaliknya hanya sebagai boneka untuk berselindung dari kejahatan.
Singa dalam budaya Arab disifatkan sebagai kekuasaan dan kekuatan yang positif manakala serigala pula disifatkan sebagai kuasa kejahatan.
Beza Cerdik Dan Bodoh
Sama-sama fikirkan.
“Orang yang cerdik ialah orang yang berfikir di luar kebiasaan orang yang bodoh.” – MK
Bila sekali membaca perbandingan ini nampak sedikit kasar kerana menyebut orang yang bodoh. Namun hakikatnya itulah yang perlu difikirkan bersama. Orang yang pandai akan sentiasa mencari pembaharuan dalam dirinya. Merasakan bahawa ilmu tidak boleh berpuas hati dengan kadar yang ada, bahkan terus berusaha untuk menajamkan minda dengan kajian dan penyelidikan.
Bagi orang yang bodoh mereka merasakan bahawa mereka sudah cukup pandai untuk menambahkan ilmu dalam diri. Memadai dengan apa yang ada. Akhirnya berfikir hanya dalam situasi yang sedia berlaku, tidak mampu mencari penambahbaikan dan penyelesaian kepada sesuatu masalah dengan kreatif dan tepat.
Halangannya Adalah Anda!
“Setiap orang mempunyai keupayaan sebenarnya untuk melakukan apa yang telah saya lakukan dan lebih daripada itu. Sesetengah daripada anda akan melakukannya dan sesetengah lagi tidak. Bagi yang tidak melakukannya, ia disebabkan oleh anda sendiri yang menghalangnya bukan kerana dunia tidak membenarkannya.” – Warren Buffet
Saya sangat tertarik dengan kata-kata motivasi ini. Antara rancangan TV yang selalu saya lihat di Astro ialah The Biggest Loser yang sekarang telah masuk season 9. Rancangan ini banyak memberikan inspirasi kepada anda yang tidak pernah mendesak keupayaan diri luar dari kemampuan. Ramai orang ingin berjaya tetapi tidak mahu memaksa diri untuk melakukan yang terbaik.
Berubah saiz fizikal dari obesiti kepada normal tidak akan di capai jika hanya buat untuk suka-suka. Objektif perlu dicapai dengan fokus dan konsisten. Inilah juga konsepnya jika ingin berjaya dalam apa jua yang anda dan saya lakukan. Anda boleh pilih untuk terus berada pada tahap yang sama, dan halangannya adalah diri sendiri. Dalam pada masa yang sama anda juga boleh teruskan usaha untuk capai matlamat yang anda inginkan. Push your limits.
Dunia Perniagaan Dan Pemasaran
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
“Terdapat tiga jenis perniagaan: Mereka yang bertindak; mereka yang hanya melihat orang lain bertindak; dan mereka yang tertanya-tanya apa yang sudah berlaku.” – Tidak dikenali
Saya petik kata-kata motivasi ini dari sebuah buku bestseller Kotler On Marketing versi Bahasa Melayu. Begitulah realiti dalam dunia perniagaan dan pemasaran. Anda akan ketinggalan jika hanya menantikan produk anda dibeli tanpa ada pemasaran. Anda hanya akan melihat orang lain berjaya mengecapi kejayaan tetapi anda akan terus ditinggalkan. Hakikat pemasaran memerlukan anda meyelidik apa yang dikehendaki oleh manusia setiap hari.
Membina pemasaran dengan berjaya memerlukan penyelidikan yang rapi, penyelidikan ini memerlukan masa wang ringgit yang banyak. Namun perbelanjaan ini bukanlah sia-sia kerana anda berusaha membuka ruang pemasaran yang sesuai dengan produk anda.
Kegagalan kepada syarikat-syarikat sama ada yang menyediakan perkhidmatan atau produk pada sasaran yang tepat adalah bukan kerana mereka tidak mampu dari sudut modal tetapi kesilapan mereka terus memasarkannya tanpa membuat sedikit research dan penyelidikan.




