Kata-Kata Motivasi

Impian Dan Tindakan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

To accomplish great things, we must not only act, but also dream; not only plan, but also believe.”

Untuk mencapai tahap keunggulan, kita jangan hanya bertindak, tetapi juga perlu berimpian,
jangan hanya merancang, tetapi juga perlu percaya – Anatole France

Mengapa perlu berimpian? Kerana impian membuatkan kejayaan lebih luar biasa. Impian akan menjadikan tindakan anda lebih konsisten dalamberusaha. Impian akan menanamkan sifat kepercayaan kepada diri sendiri untuk membina sesuatu di luar kebiasaan. Hanya bermula dari impian akan membuahkan tindakan yang hebat, dari tindakan akan membentuk harapan dan juga nilai kepercayaan pada diri.

4 comments - What do you think?

Kejayaan Adalah Hasil Dari Usaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Kejayaan itu dikaitkan dengan perbuatan. Mereka yang berjaya akan terus berusaha. Mereka akan melakukan kesilapan tetapi mereka tidak akan mengalah.” – Conrad Hilton

Kata kunci paling berharga ialah berusahalah untuk berjaya. Jangan menunggu untuk kejayaan tiba. Menunggu kejayaan adalah sesuatu yang tidak mungkin tanpa usaha. Kesilapan dalam berusaha adalah cabaran paling manis sebelum anda mengecapi kejayaan yang diinginkan.

Usaha adalah proses yang membentuk istiqamah dalam diri. Jadi tidak hairan orang yang telah berjaya sebenarnya mereka telah berjaya membina istiqamah dalam diri sekalipun hasil usahanya mungkin tidak sehebat yang diharapkan.

5 comments - What do you think?

Gunakan Akal Berfikir Tentang Kehidupan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Gunakanlah akal fikiran, kerana ia adalah kehidupan yang dengannya hati anda akan benar-benar hidup.” – Sayyidina Hasan b. Ali

“Berfikirlah dan berbuatlah sesuatu sesuai tujuan penciptaanmu kerana Allah tidak menciptakanmu secara sia-sia.” – Ali Zainal Abidin bin Hussein.

Besarnya nikmat akal yang diciptakan oleh Allah SWT sebagai penggerak terhadap tindakan yang ingin dilakukan. Jika akal terpandu pada perkara yang baik maka segala tindakan juga akan cenderung kepada kebaikan, tetapi jika akal terdedah kepada perkara buruk maka pastinya tindakan juga akan dipengaruhi oleh keburukan.

Kehebatan akal dijadikan Allah SWT adalah untuk berfikir. Semakin banyak berfikir minda akan semakin aktif dan lebih banyak idea akan dihasilkan. Namun kebijaksanaan para nabi dan rasul minda mereka dipandu oleh ketundukan hati kepada Allah SWT. Itulah yang menjadikan mereka tidak melakukan kemungkaran kepada Allah Tuhan sekalian alam.

4 comments - What do you think?

Berdebatlah Dengan Ahli Bijaksana

“Tanda-tanda kebodohan seseorang itu adalah berdebat dengan orang yang bukan ahli berfikir.” – Sayyidina Husein bin Ali

Sangat mendalam kata-kata ini. Mengapa perlu berdebat dengan orang bijaksana? Apabila anda tidak tahu, maka ahli bijaksana dapat betulkan anda. Jika anda jahil, maka ahli bijaksana akan berikan anda ilmu. Jika anda terlalu taasub, maka ahli bijaksana boleh menyedarkan anda.

Sekiranya anda menyampaikan kebenaran kepada orang lain, kemudian mereka tahu bahawa apa yang anda sampaikan itu benar namun mereka tetap tidak mahu menerimanya tinggalkanlah mereka kerana mereka termasuk di dalam kategori sebagaimana yang disebut oleh Sayyidina Husein bin Ali.

1 comment - What do you think?

Jangan Keliru Dengan Matlamat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Barang siapa yang keliru dalam sasaran yang dituju, maka segala daya usahanya akan menjadi sia-sia.” – Muhammad Jawad Ali

Saya pasti anda memahami kata-kata motivasi ini. Setiap orang yang bermatlamat akan yakin dengan apa yang ingin dicapai olehnya. Perancangan semestinya sudah diatur dengan rapi dan teliti bagi memastikan anda mampu mencapai kehendak tersebut. Namun ada juga sebahagiannya keliru dengan usaha mereka. Terutama ketika di pertengahan usaha kadangkala ada juga keraguan bagaimana untuk terus mencapainya.

Kerana itulah jika anda sudah menetapkan matlamat untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu jangan lagi berpaling untuk melakukannya jika sudah diteliti kebaikan dan keburukannya. Setiap matlamat pastinya berisiko namun risiko akan membayar keuntungan yang tinggi jika anda berjaya mengharunginya. Bahaya yang paling perlu anda takuti ialah keraguan dalam keputusan dan matlamat diri anda, kerana itu akan menutup apa yang anda ingini. Jangan biarkan ianya berlaku.

Be the first to comment - What do you think?

Tiga Waktu Yang Perlu Dimanfaatkan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Suhuf Ibrahim ada menyebutkan:

“Orang berakal harus mempunyai tiga waktu yang perlu dimanfaatkannya: satu waktu untuk bermunajat kepada tuhannya, waktu kedua untuk dia bermuhasabah diri, dan waktu ketika untuk dia menikmati kesenangan-kesenangan dunia yang halal baginya kerana waktu yang terakhir ini akan membantu perlaksanaan waktu-waktu yang lain.”

Bukan mudah untuk kita membahagikan masa dengan penuh kualiti sepanjang masa. Namun apa jua alasan yang kita berikan, hakikatnya mereka yang berstatus hamba Allah seharusnya membuat pembahagian masa seperti ini dalam kehidupan kita. Ramai yang berfikir bahawa hidup hanya sekali, inilah masanya untuk menikmati keseronokkan dunia. Akhirnya kehidupan yang sekali ini tidak dinikmati secara baik.

Tidak mengapa jika kita hanya berakhir di sini. Tidak perlu risau tentang dosa pahal jika kita hanya berkahir dengan kematian. Tetapi sukarnya kerana adanya kebangkitan kedua. Kerana itulah model kata-kata hidup perlu seronok tidak boleh diletakkan sebagai prinsip hidup kekal.

Nabi Ibrahim adalah Rasul agung. Pengorbanannya bukan sekadar pengorbanan kita yang kita rasakan besar ini. Pengajaran dari suhuf baginda jelas meletakkan bahawa pengabdian kita adalah pada Tuhan, kemudian lihat siapa diri, dan diakhirnya barulah diberikan pilihan untuk menikmati dunia sekadarnya.

3 comments - What do you think?

Tanda Harta Yang Berkat

Saidina Ali bin Abi Talib Karramallahuwajha ada meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila Allah Taala tidak memberkati hartaseseorang manusia itu, ia dapat dilihat bagaimana harta itu dihabiskan umpama menakung air di tanah. Ia tidak meninggalkan apa-apa kesan sedikitpun.”

Anda memperolehi harta dari pekerjaan anda. Dan bagaimana anda membelanjakan harta yang anda perolehi. Salah satu petanda harta yang kita miliki itu tidak berkat apabila ia dibelanjakan ke arah sesuatu yang sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada orang lain juga. Pemiliknya mungkin membazirkan hartanya begitu sahaja tanpa disedarinya.

Harta yang berkat pula adalah harta yang digunakan untuk manfaat dirinya, bahkan menyumbang kebaikan kepada orang lain. Jika ia dibelanjakan, pemiliknya akan membelanjakannya ke jalan yang baik. Ini adalah soal keberkatan bukan soal sedikit atau banyak harta tersebut.

6 comments - What do you think?

« Previous PageNext Page »

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline