Tips Kerjaya Dan Motivasi

Memiliki Keazaman Yang Kuat

mentolSeorang saintis Barat dan juga seorang pereka Thomas Alva Edison bukanlah nama yang asing bagi kita. Saya tertarik dengan kata-kata Edison:

“Genius itu 1% inspirasi dan 99% keringat.”

Pendek sahaja kata-kata motivasi ini tetapi sudah memadai untuk kita menggali maksudnya. Keazaman yang kuat amat penting untuk berjaya. Keazaman yang kuat akan mendorong untuk terus berusaha dan berusaha sehingga berjaya. Tetapi perlu diingat juga bahawa azam sahaja tidak akan membawa apa-apa kesan melaiankan ia diikuti dengan usaha yang kuat. Cuma azam menjadi titik mula untuk anda memulakan usaha yang berterusan.

Kata-kata Edison ini menunjukkan bahawa beliau sememangnya seorang yang tidak kenal erti putus asa. Selepas beliau berjaya mencipta lampu elektrik beliau pernah berkata: “Saya tidak gagal. Saya hanya menemui 10000 cara yang tidak mendatangkan hasil.”

7 comments - What do you think?

Menghadapi Bos Yang ‘Bossy’

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

im_not_bossyJika anda bekerja sebagai orang bawahan sudah pasti anda akan selalu berhadapan dengan orang atasan anda ataupun anda panggil bos. Seringkali kita rasa takut untuk berdepan dengan bos yang mempunyai pelbagai ragam yang memeningkan kepala. Lebih-lebih lagi bos yang ‘bossy’. Anda faham maksud ‘bossy’? Bos yang terlalu menunjukkan sifat-sifat dirinya sebagai bos. Bos seperti ini banyak sekali memberikan arahan kepada anda sehinggakan anda mula pening untuk melakukan kerja-kerja yang dimintanya.

Sifat bos sebegini selalunya ditambah lagi dengan satu lagi sifat inginkan kesempurnaan iaitu ‘perfectionist’. Memang amat sukar menghadapi bos yang sebegini. Seringkali anda dilanda tekanan untuk bertemu dengannya. Mulutnya sahaja tidak akan berhenti memberikan arahan itu dan ini dan dalam masa yang sama anda akan mendengar kritikan demi kritikan atas apa yang anda lakukan sama ada kerja anda lakukan itu baik atau tidak baik.

Bagaimana hendak menghadapi bos seumpama ini? Daripada anda terus rasa pening dengan perangainya, lebih baik anda mengkaji bagaimana cara untuk anda membina hubungan baik dengan bos anda. Sebenarnya bos sebegini banyak kelemahan pada dirinya. Cuma yang susahnya dia tidak nampak di mana kelemahan tersebut. Dan kalau nampak pun kelemahan itu bos anda akan menudingkan kesalahan itu pada orang lain. Orang lain akan menanggung kesilapan itu.

Anda boleh cuba cara ini:

  • Ikut iupan angin (mood)
    Bunyinya seakan pelik bukan? Seorang bos yang ‘bossy’ sudah tentu ada anginnya sendiri. Setiap katanya jangan dibantah. Membantah bermakna anda menyekat angin bos anda. Bila angin tersekat sahaja alamatnya melentinglah dia. Apa anda perlu lakukan biarkan sahaja bos anda begitu. Andai bos anda memberi cadangan iyakan sahaja. Biar dirinya terus melambung. Bos anda akan baik dengan anda kerana anda sentiasa mengiyakan kata-katanya.
  • Selalu sebut kebaikan bos anda di hadapan orang lain
    Percayalah cakap saya jika anda mampu melakukan seumpama ini anda memang mampu menundukkan bos anda yang ego. Seeloknya anda satu pejabat berpakat untuk buat sebegini. Barulah bos anda sentiasa dalam mood yang baik. Bila moodnya baik anda mudah memberikan cadangan. Hilang terus sifat bossynya.
  • Cari apa kesukaan bos anda
    Setiap orang pasti mempunyai minat. Minat ini akan lebih hebat bila diransang. Jadi apa salahnya anda melihat apa kesukaan bos anda. Baik dari sudut makanan,warna, wangian,susun atur pejabat dan perkara-perkara yang lain. Anda belikan apa yang bos anda sukai. Hadiahkan apa yang disukainya. Kalau boleh semua di pejabat lakukan perkara yang sama. Barulah anda tidak dilabelkan pembodek. Jangan sekali-kali lupa hari jadinya. Insya Allah lama-lama bos anda akan berubah.
  • Selalu gunakan ayat “Saya buat apa yang bos suruh”
    Kalau boleh amalkan ayat ini biar sebati dengan jiwa anda. Anggap macam wirid di pejabat pun takpe. Kenapa perlu cakap begini? Percayalah bos anda juga manusia. Adakalanya dia terlupa juga. Andai masa itu berlaku masalah dan bos anda mula memarahi anda, jangan bertangguh gunakan ayat ini. Apa bos anda rasa? Sudah pasti bos anda akan terasa seperti pulang paku buah keras. Maknanya kesalahan tu dari dirinya. Kalau selalu berlaku begini lama kelamaan proses ini akan membuatkan bos anda mula berfikir 2 kali dalam tiap-tiap yang dilakukan.

16 comments - What do you think?

Konsep Kualiti Dalam Kerja

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hari ini kita sama-sama memahami apa konsep kualiti kerja. Kualiti ialah:kualiti

  1. Memenuhi keperluan pelanggan setiap masa
  2. Menghalang kecacatan daripada berlaku
  3. Melakukan sesuatu dengan betul pada kali pertama
  4. Memberi tumpuan kepada penglibatan menyeluruh pekerja
  5. Didorong oleh pelanggan (pelanggan dalaman dan luaran)
  6. Menggalakkan kerja berpasukan
  7. Mengamalkan komunikasi terbuka dan jujur
  8. Memimpin melalui
  9. Membuat keputusan berdasarkan fakta
  10. Kemajuan berterusan atau sasaran bergerak

Kualiti bukan:

  1. Memenuhi keperluan teknikal
  2. Mengancam atau membetulkan kesilapan
  3. Bertoleran terhadap kesilapan
  4. Memberi tumpuan kepada Jabatan Kawalan Kualiti atau pekerja barisan hadapan
  5. Didiorong oleh proses
  6. Memberi tumpuan kepada usaha individu
  7. Menyorokkan masalah
  8. Menugaskan para subordinat
  9. Membuat keputusan berasaskan khabar angin atau gerak hati
  10. Suatu tahap prestasi yang terbaik atau sasaran

3 comments - What do you think?

8 Tanda-Tanda Anda Seronok Bekerja

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bagaimana dengan kerja anda hari ni? Adakah anda seronok dan menikmatinya? Mari kita sama-sama lihat tanda-tanda yang menunjukkan anda enjoy dengan kerja anda.

seronok-bekerja1. Datang awal ke tempat kerja
Anda tidak kisah untuk datang awal ke tempat kerja. Bahkan anda sememangnya menantikan esok hari dengan bersemangat untuk melakukan kerja-kerja yang baru. Anda tiba awal di tempat kerja dan tidak kisah untuk menunggu pejabat dibuka. Ini memang jelas anda memang seronok bekerja.

2. Tidak kisah kerja lebih masa
Bukan mudah untuk kita bekerja lebih masa. Sekalipun dibayar tetapi rasa berat hati tetap ada. Tetapi berbeza bagi mereka yang seronok bekerja. Kerja lebih masa ibarat kerja baru sahaja bermula.

3. Air muka berseri-seri
Memang sangat jelas tentang ini. Jika anda terlalu seronok dengan kerja anda sekarang, setiap kali anda ke tempat kerja air muka anda menampakkan keceriaan dan tersenyum. Kalau air muka anda asyik mencuka, itu tanda awal anda perlu bertukar kerjaya yang anda sukai.

4. Kerja disiapkan segera
Inilah kehebatan bekerja dengan rasa seronok. Kerja disiapkan tanpa disedari. Dan yang paling bagusnya anda menyiapkan kerja sebelum ‘due date’ yang sepatutnya. Anda asyik dengan kerja anda sehinggakan anda telahpun menyiapkannya. Anda sudah bersedia untuk kerja yang baru.

5. Anda bangga menceritakan tentang kerja anda
Bukan senang nak capai tahap ni. Memang begitulah selayaknya. Anda tidak kisah andai di mata orang lain mungkin kerja yang anda lakukan itu tidak hebat. Yang penting setiap kali ditanya anda akan menceritakan kelebihan-kelebihan tempat kerja anda pada orang lain. Anda bangga untuk menuturkan pada orang lain di mana dan apa kerja anda lakukan.

6. Personaliti kemas
Anda seronok bekerja. Jadi anda akan menunjukkan penampilan terbaik untuk diri anda. Pakaian anda menonjolkan siapa anda. Anda memberikan penampilan terbaik sebagai siapa diri anda sebenarnya. Anda selesa berpakaian kemas setiap masa supaya orang lain kenal siapa anda.

7. Anda akan membantu menyiapkan kerja orang lain
Saya rasa ini adalah jarang-jarang yang dilakukan oleh pekerja. Bagaimana anda nak membantu orang lain jika kerja anda sendiri masih belum siap. Namun bagi mereka yang seronok bekerja, bukan sahaja dia mampu menyiapkan kerja sebelum waktunya, tetapi sanggup menawarkan tangan untuk membantu menyiapkan kerja orang lain.

8. Mendapat gelaran workaholic
Mungkin sebahagian dari rakan-rakan anda akan menggelarkan anda dengan gelaran ini. Tetapi jangan risau. Mereka mungkin tidak dapat menghayati keseronokkan kerja seperti anda. Ingat selama mana anda tidak termasuk dalam tanda-tanda menjadi workaholic anda masih boleh enjoy dengan kerja anda.

8 comments - What do you think?

Etos Kerja Islami

nilai-nilai-islamAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pernah dengar tentang Etos? Kalau anda pernah membaca buku 8 Etos Kerja Profesional yang dikarang oleh Jansen H. Sinamo mungkin anda telah faham dengan baik apa maksud perkataan ini. Perkataan etos ini sebenarnya berasal dari Yunani yang memberikan maksud sebagai etika, karektor, sikap, kebiasaan dan kepercayaan.

Jadi apabila kita membicarakan tentang etos kerja Islami maka sesuatu yang perlu kita ingat adakah kita bekerja, kita mengamalkan nilai-nilai kerja yang dianjurkan oleh Islam sepenuhnya. Sebagai seorang muslim pekerjaan yang kita lakukan memerlukan penerapan nilai-nilai Islam agar kerja yang dilakukan bukan sahaja menjadi terbaik bahkan mendapat keberkatan dalam kerja juga.

Untuk menghidupkan etos kerja Islami dalam profesion, anda mesti berusaha:

Melakukan yang sehabis baik

Ini bukan teori. Tetapi ajaran yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya Allah menyukai sesiapa yang melakukan sesuatu perkara, maka dilakukannya dengan terbaik.” Islam meletakkan nilai terbaik sebagai tanda bahawa Islam bukan agama yang lekeh dalam soal-soal kerja. Namun ketiadaan nilai terbaik ini menjadikan umat Islam sering dilabelkan sebagai individu yang melakukan kerja tidak profesional.

Kerja adalah ibadah

Antara keistimewaan etos kerja Islam kita dapat mengambil peluang beribadah dalam melaksanakan tuntutan kerja kita. Kerja juga akan diberikan ganjaran pahala jika dilaksanakan atas prinsip-prinsip kerja yang betul serta tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam Islam seperti rasuah, menipu dan tidak jujur dalam tugas. Etos kerja Islam memberikan kemudahan secara tidak langsung untuk menambah amal ibadah dalam apa jua bidang kerja yang diceburi.

Konsep ihsan sebagai asas kukuh

Etos kerja Islam meletakkan bahawa kerja perlu dilakukan dengan baik dan jujur sepanjang masa. Nilai ihsan yang meletakkan Allah sebagai pemerhati kepada semua kerja yang kita lakukan sepatutnya tidak berlaku lagi penyelewengan dalam kerja. Penghayatan yang tinggi terhadap nilai ihsan secara automatik memberikan perkhidmatan dan produktiviti yang terbaik dan cemerlang.

3 comments - What do you think?

Tingkatkan ‘Self Esteem’

self-esteemAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bagaimana anda menjalankan kehidupan pada hari ini? Bagaimana pula anda berkomunikasi dengan orang sekeliling anda pada hari ini? Antara satu sebab mengapa orang sukar berkomunikasi dengan ialah berkemungkinan anda kurang ‘self esteem’ atau rasa hormat pada diri sendiri.

Rasa hormat anda pada diri anda akan meletakkan nilai kepercayaan orang lain pada anda juga akan bertambah. Mengenali kelebihan dan kekurangan diri, serta melihat diri sendiri dari sudut positif dan negatif adalah sebahagian cara untuk anda mempertingkatkan ‘self esteem‘.

Apa yang anda faham tentang diri anda, itulah juga yang akan anda aplikasikan bila berhubungan dan berkomunikasi dengan orang lain. Bahkan nilai self esteem yang tinggi akan merangsang anda menjadi lebih hebat di hadapan orang lain. Orang lain akan berkeyakinan pada anda. Anda lebih mudah memahami mengapa orang gelisah bila bertutur dengan anda, atau apa yang menyebabkan orang lain tertarik apabila berkomunikasi dengan anda. Teruskan membina rasa hormat diri anda dan jadilah diri anda yang memberikan kegembiraan apabila orang berkomunikasi dengan anda.

5 comments - What do you think?

Jawatan Memerlukan Al-Quwwah Dan Amanah

Sangat menarik apa yang dikupaskan oleh Dr. Asri berkenaan jawatan atau kerja yang ingin kita ceburi. Paling penting dalam melaksanakan tanggungjawab kita memerlukan al-quwwah (kemampuan atau kepimpinan). Tanpa al-quwwah ini sudah pasti tugas yang diberikan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Begitu juga amanah adalah sifat kedua penting dalam bekerja. Amanah menunjukkan komitmen kita dengan majikan, organisasi atau syarikat. Amanah memberikan kesedaran diri bahawa hubungan antara pekerja dan majikan memerlukan hubungan yang erat dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Inilah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w yang menjadi model kerjaya bagi umat Islam. Baginda memilih di kalangan sahabat tepat dengan jawatan yang dikehendaki sebagaimana pemilihan Khalid Ibn Walid sebagai ketua di medan perang.

4 comments - What do you think?

« Previous PageNext Page »

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline