Tips Kerjaya Dan Motivasi

Situasi Stres (1)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tempat kerja adalah lokasi yang sering mencetuskan stres. Urusan kerja pastinya melibatkan pengurusan masa dan kerja mengikut due date sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada kerja. Itu belum lagi masuk masalah dengan bos dan rakan sekerja. Kalau dicampur tentu masalah dan tekanan akan menjadi lebih teruk.

Salah satu punca stres di tempat kerja melibatkan kerosakan peralatan yang digunakan di pejabat sebagaimana yang anda lihat dalam video ini. Apa yang perlu anda lakukan jika situasi seumpama ini? Masih ada cara jika anda berfikir secara rasional. Paling penting jika situasi ini berlaku tenangkan fikiran seketika sambil menarik nafas dalam-dalam. Semakin anda fikirkan ketika itu akan terus mengusutkan keadaan. Agak tenang sedikit barulah fikirkan untuk selesaikan masalah anda.

Peringatan juga kepada pihak majikan jika peralatan sudah tidak dapat digunakan pada tahap 100%, fikirkanlah cara untuk menyelesaikannya supaya pekerja dapat memberikan komitmen pada tahap maksimum.

5 comments - What do you think?

Jangan Cakap Sebarangan Dengan Bos (2)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Anda mungkin telah membaca entri saya yang pertama tentang topik ini. Ingat bos adalah orang yang menilai anda. Sejauh mana rasa benci dan tidak suka pada bos jangan sampai mengeluarkan kata-kata kurang sopan.

“Ini bukan urusan saya.”

Berusahalah membantu bos dan rakan sekerja anda ketika mereka menghadapi masalah dalam tugasan mereka. Walaupun itu bukan tanggungjawab yang perlu anda lakukan. Tidak semua perkara anda boleh lakukan seorang diri tanpa bantuan orang lain.

Ada masanya kepakaran dan idea anda juga diperlukan untuk membantu orang lain. Pertolongan yang sedikit pastinya memberikan kesan yang besar pada organisasi. Ingat dalam sesebuah syarikat perusahaan atau perkhidmatan semua pekerja saling berkaitan dalam menghasilkan  yang terbaik.

2 comments - What do you think?

Jangan Cakap Sebarangan Dengan Bos (1)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ramai yang tidak tahu bahawa ada kata-kata yang tidak patut anda tuturkan kepada bos sekalipun hati anda tidak berpuas hati dengan bos anda. Jika anda ingin menjadi cemerlang perlu sembunyikan dari terkeluar seumpama ini kerana reputasi sebagai pekerja cemerlang yang direspek akan mula luntur dan menggambarkan anda tidak professional dalam kerjaya anda.

“Ini bukan tugas saya.”

Jangan berkata seperti ini apabila bos memberikan tugas kepada anda walaupun hakikatnya tugasan itu di luar bidang kerja anda. Sebaliknya cuba selidik terlebih dahulu mengapa anda disuruh untuk melakukan tugasan itu. Mungkin juga bos anda menilai anda adalah orang yang mampu melakukannya.

Tetapi jika anda merasakan tugasan itu membuatkan anda bercelaru dan tidak menang tangan untuk menguruskannya maka terangkanlah dengan jelas supaya tugasan tersebut dapat diberikan kepada orang lain. Ingat bidang kerja anda lebih penting untuk diselesaikan. Tetapi anda anda menerima tugasan tersebut mungkin juga bos anda menilai anda lain dari yang lain dan anda layak mendapat jawatan yang lebih baik.

9 comments - What do you think?

Perjumpaan Lima Minit Setiap Pagi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Setiap hari saya menghantar adik ipar saya yang bekerja di Jabatan Perdana Menteri di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Bertolak dari rumah pukul 7.00 pagi saya akan melalui kawasan kilang di Bandar Baru Bangi. Saya sering melihat beberapa buah kilang yang mengadakan sesi perhimpunan pagi selama 5-10 minit setiap pagi memberikan taklimat dan objektif yang ingin dicapai pada hari tersebut. Pada satu ianya satu perkara yang sangat positif untuk diamalkan.

Saya bertanya pada diri mengapa di sektor perkhidmatan awam tidak diadakan pertemuan pagi seumpama itu? Sangat banyak faedahnya jika setiap hari sesi taklimat diadakan kepada semua pekerja.

  • Setiap pekerja boleh terus melaporkan permsalahan kerja mereka.
  • Pekerja diingatkan dengan fokus apa yang ingin dicapai pada hari tersebut.
  • Penyelarasan dan pengemaskinian potensi pekerja diletakkan pada tempat yang betul.
  • Pekerja lebih rapat dengan ketua.
  • Proses kerja berlaku dengan fokus.
  • Setiap kerja akan tahu peranan dan target mereka setiap hari.
  • Organisasi tidak akan banyak masalah

Saya memandang alangkah baiknya kalau setiap organisasi dapat mempraktikkan lima minit penting ini untuk menyelaras kembali di samping menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan sebelum bertukar menjadi masalah besar yang boleh menjejaskan reputasi organisasi.

2 comments - What do you think?

Penampilan Pakaian Cerminkan Personaliti Anda (2)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pakaian berwarna merah

Dalam posting terdahulu anda telah meilhat bagaimana warna putih membentuk personaliti diri anda. Bagi anda yang sukakan warna merah, anda sebenarnya adalah seorang agresif, sentiasa bersemangat, ghairah, seorang sentimental, bertenaga bahkan mungkin juga seorang pemarah.

Pakaian berwarna ini sesuai dipakai apabila ingin menampilkan diri dalam sesuatu masa ataupun tempat. Jangan kenakan warna ini apabila anda dalam keadaan penat kerana ianya akan memberi kesan negatif dalam membina perhubungan. Warna ini sesuai dikenakan dalam majlis ataupun tempat supaya anda dapat dikenali dengan mudah. Tetapi elakkan memakai warna merah dari kepala hingga ke kaki. Anda nampak seperti penari hindustan pula.

Bagi wanita warna ini sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit cerah. Sesuai bagi baju, seluar dan kain, jaket, blaus ataupun skaf. Aksesori tambahan berwarna merah perlu disesuaikan dengan pakaian. Bagi lelaki ianya sesuai bagi kemeja-T ataupun tali leher. Cantik juga bagi sut pakaian kebangsaan seperti baju Melayu.

1 comment - What do you think?

Penampilan Pakaian Cerminkan Personaliti Anda (1)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya percaya semua orang ingin menampilkan diri dalam keadaan terserlah di mata orang lain. Terutama dalam kerjaya ketrampilan pakaian sangat memberi kesan kepada penelitian orang lain. Anda akan dilihat sebagai seorang yang tegas, professional dan fokus hanya pada penampilan pertama sahaja. Bayangkanlah besarnya pengaruh penampilan diri kepada orang lain.

Putih dan krim

Penampilan anda memberikan maksud anda seorang yang jujur, muda, setia, suci, teliti dan prihatin. Pakaian putih dan krim sesuai digandingkan dengan warna lain kerana ia memberikan imej neutral dan baik kepada mereka yang melihat. Terutama apabila anda memakai kemeja putih dan blazer hitam. Namun elakkan memakai warna putih yang kosong dalam suasana professional. Warna krim lebih sesuai kerana ia lebih redup dan dan lebih sesuai untuk dilihat ketika ada ada temujanji berkenaan kerja.

2 comments - What do you think?

Metodologi Menangani Stres (7)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Gunakan terapi bunyi

Stres yang teruk boleh menyebabkan anda dalam kemurungan. Bahaya stres ia boleh menyembunyikan keupayaan diri anda sebenar terutama dalam menjalankan kerja. Sebelum terlambat anda perlu berusaha untuk menghilangkan stres.

Salah satu yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan terapi bunyi. Apabila anda menghadapi tekanan sememangnya anda inginkan sesuatu yang boleh mendamaikan hati. Apa perasaan anda apabila mendengar bunyi hujan? Apa pula anda rasakan bila mendengar bunyi kicauan burung, bunyi air terjun dan bunyi ombak laut? Bukankah ianya mendamaikan?

Saya pasti anda menjawab ya. Namun dalam kesibukan seharian sudah pasti memerlukan masa juga untuk bercuti dan menikmati kehidupan fitrah seumpama itu. Jangan risau anda boleh menghilangkan rasa tertekan dengan mendengarnya dari CD. Selain dari itu anda juga boleh mendengar muzik instrument yang relaks dan mampu mengurangkan ketegangan dalam diri anda.

Menurut kajian juga terapi bunyi mampu menghilangkan kemurungan, fobia kepada gelap, ketinggian dan manusia. Bahkan ia juga sesuai untuk kanak-kanak yang inginkan perhatian dan juga tidak fokus dalam pembelajaran. Anda boleh cuba sendiri dengan lagu-lagu di bawah ini.

Relaxing Music With The Sound Of Nature – Klik sini untuk download.

4 comments - What do you think?

« Previous PageNext Page »

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline