Umum

Jangan Pergunakan Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan buat anda semua.

Sekalipun kita berada dalam bulan Ramadhan, kerja harian tetap berlaku seperti biasa. Tanggungjawab sebagai pekerja untuk mencari rezeki Allah perlu dilakukan seperti sediakala. Setiap titik peluh di bulan ini pastinya diberikan bonus oleh Allah. Sayangnya ada juga sebahagian daripada kita yang mempergunakan bulan Ramadhan untuk kepentingan diri pada perkara yang tidak baik. Antaranya:

Curi tulang masa bekerja

Mentang-mentang bulan puasa adakah anda boleh curi tulang semasa bekerja? Dan tak bagusnya bulan Ramadhan digunakan alasan untuk lebih banyak rehat dari membuat kerja. Ramadhan juga yang dipersalahkan. Peredaran masa tetap sama, cuma bagi yang selalu buang masa pastinya masa dirasakan begitu lama berlalu. Penat berpuasa jangan bukan alasan yang baik untuk anda kurang bekerja.

Mengantuk sebab menghidupkan malam

Bulan Ramadhan tidak menjadikan anda insan yang lemah. Kerjakan apa yang utama bagi anda sebagai seorang yang bekerja. Tidak salah untuk beramal ibadah di bulan baik ini. Tetapi jangan sampai ianya merosotkan kualiti kerja anda. Bekerja adalah wajib untuk mencari rezeki. Menghidupkan amalan sunat pada waktu malam juga dituntut. Maka timbanglah kedua-duanya.

Alasan tidak boleh puasa

Wanita diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa jika uzur. Namun berdosa jika ianya dipergunakan untuk tidak berpuasa. Begitu juga bagi anda yang mengaku sakit seperti gastrik kononnya kemudian tidak berpuasa. Mengapa puasa dipergunakan untuk perilaku yang tidak bertanggungjawab ini?

Kaut untung tak bertempat

Jika anda berniaga di bulan ini, janganlah terlalu mengejar untung tanpa fikirkan apa yang anda buat munasabah atau tidak. Alasan sama juga “Bulan puasa sekali setahun masa ni lah nak untung lebih!” Memang betul. Janganlah lupa melampau-lampau dalam mengaut untung tanpa menyedari menzalimi pelanggan anda yang juga berpuasa. Contohnya murtabak dijual pada harga RM4 sebiji walaupun bersaiz kecil.

 

Be the first to comment - What do you think?

Ahlan Ya Ramadhan


Bismillah. “Ya Allah Ya Tuhan kami, sampaikanlah kepada kami bulan Ramadhan.”

Begitu cemburu masa dengan kita semua. Sedar atau tidak Ramadhan akan datang menemui kita lagi. Ahlan wahai bulan Ramadhan yang mulia. Bagai menghitung hari, bagai menanti jodoh kita sangat menanti-nanti kehadiran Ramadhan. Bukan kerana ada bazar Ramadhan,bukan kerana ada moreh, bukan juga kerana dapat makan-macam jenis kuih tetapi kerana ingin mendapatkan hubungan yang erat dengan Allah SWT.

Puasa dahulu baru fikir raya

Bila setiap kali masuk bulan Ramadhan selalunya tika tak nampak keberkatan bulan ini dengan pengisian ibadah tetapi nampak raya yang perlu diisi dengan perabot baru, lanskap baru, baju raya, duit raya dan lain-lain. Tahun ni janganlah diulangi benda yang sama jika Ramadhan kita tidak isikan dengan sebaik mungkin.

Fidyah bagi yang tak sempat puasa ganti

Bagi anda yang keuzuran dan belum melaksanakan puasa ganti masih ada ruang lagi untuk berpuasa. Jika tak sempat ganti semuanya jangan lupa bayar fidyah. Urus sebaik mungkin sebelum Ramadhan tiba beberapa hari lagi. :P

Tingkatkan stamina

Jangan ingat nak bersukan sahaja perlu ada stamina :wink: . Nak buat ibadah juga perlukan stamina dan tahap kecergasan yang tinggi. Jaga makan akan membolehkan anda bangun pagi dengan mudah. Jangan terlepas sahur kerana sahur juga memberikan kekuatan kepada tubuh badan. Makan pada kadar patut bukan kadar nafsu. Palingpenting adalah untuk pecut di 10 malam terakhir Ramadhan :D

Pelan strategik Ramadhan

Ambil satu kertas buatlah jadual ringkas untuk pengisian bulan yang baik ini. Lengkapkan dengan teratur ibadah dan dunia. Berapa target untuk faham surah-surah dalam Al-Quran, solat tahajjud, hadiri bengkel-bengkel ilmu, dan senarai pendekkan apakah keperluan yang dikehendaki untuk mengisi aktiviti-aktiviti Ramadhan dengan sempurna dan tenang.

Semoga Allah berikan hidayah kepada kita semua. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua. Semoga Allah jauhi api neraka dari kita semua. Amin

Be the first to comment - What do you think?

Beban Taraf Hidup

Apa khabar anda semua?

Semakin hari makin terasa nilai taraf hidup hari ini semakin meningkat. Sekalipun PM menyatakan bahawa negara kita mempunyai perkembangan dalam memulihkan ekonomi namun hakikatnya hidup makin dihimpit oleh beban sara hidup yang meningkat. Kebanyakkan barang-barang keperluan harian naik melambung disebabkan faktor petrol yang turut naik secara berkala.

Apa yang dapat saya lihat, warga kakitangan kerajaan juga terpaksa mencari peluang untuk buat kerja part-time bagi menyara diri dan keluarga. Jadi bagi anda yang terfikirkan situasi ini adakah perlu berfikir dan berfikir. Mulakan perancangan ekonomi baru anda. Kehidupan yang memerlukan segalanya duit pastinya menghimpit dan mendesak kita semua untuk bekerja lebih masa.

Berjimat cermatlah sebaik mungkin. Kurangkan shopping perkara-perkara yang tidak perlu untuk mengelakkan anda menjadi mangsa kepada pengurusan kewangan yang tidak teratur.

Be the first to comment - What do you think?

Selamat Hari Pekerja

Apa khabar anda yang bekerja?

Hari ini pastinya jalan raya sesak teruk kerana mengambil peluang untuk bercuti sempena Hari Buruh atau Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei setiap tahun. Tambahan pula hari ini merupakan last day Kuala Lumpur Internatitonal Book Fair pastinya ia antara sebahagian destinasi bercuti sambil mencari bahan bacaan untuk menambah ilmu.

Anda juga adalah sebahagian warga kerja yang bercuti hari ini. Kalau nak dinilai cuti sehari sememangnya tidak berbaloi dengan kerja yang teruk anda lakukan sepanjang tahun. Kederat yang diperah, buah fikiran yang disumbangkan untuk organisasi tidak memadai untuk dinilai dengan sehari. Namun Hari Pekerja adalah sebahagian pengiktirafan bahawa jika tiada mereka yang bekerja, dunia ini akan jadi huru-hara. Jasa dan pengorbanan anda diiktiraf seluruh dunia.

Ambillah ruang hari ini untuk merehatkan minda tentang kerja. Berfikir tentang kerja sahaja pastinya stres menguasai diri setiap hari. Betulkan apa yang patut, susun apa yang perlu dan rancang sebaiknya supaya kualiti kerja anda selepas cuti ini akan meningkat. Tambahan pula cuti Hari Pekerja pada tahun ini jatuh pada hari Ahad, beruntung bagi mereka yang berada di Pantai Barat dapat menikmati lagi sehari cuti pada hari Isnin.

Hakikat cuti bekerja sebenarnya hanya pada jawatan anda di pejabat organisasi anda.Tugas sebagai ahli keluarga tiada istilah cuti. Bahkan bagi mereka yang bekerja sendiri juga ruang cuti bagi kakitangan kerajaan dan swasta ini diambil sebaik mungkin untuk bertemu dan mengembangkan bisnes. Untuk anda semua yang bergelar pekerja saya mengambil ruang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja dan pastikan anda bukan sekadar bekerja tetapi juga beramallah dengan pelbagai bentuk kebaikan supaya berjaya di dunia dan di akhirat.

3 comments - What do you think?

Dalam Kenangan..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Apa khabar anda semua? Semoga hari ini perjuangan hidup tetap diteruskan. Dua hari ini saya mendapat dua khabar yang berbeza.

Isnin (11 Rabiulawal) adalah hari lahir saya mengikut kalendar Islam, pada pagi itu pula saya menerima sepucuk surat dari Primework menyatakan kontrak saya sebagai panelis Tanyalah Ustaz bakal bersambung untuk tahun 2011. Ianya berita gembira untuk saya.

Selasa (12 Rabiulawal) adalah hari cuti umum kerana memperingati junjungan mulia Rasulullah yang kita cintai. Namun pada pukul 7.30 pagi semalam saya menerima sms dari bekas rakan sekerja menyatakan sahabat kami Mohd Ikhwan Mohd Jamil terlibat dalam nahas jalan raya pada pukul 1.00 pagi ketika dalam perjalanan ke UIAM untuk mengikuti satu program. Ianya berita sedih dan terkejut bagi saya.

Semalaman masih terfikirkan sahabat yang pernah bersama saya dalam mengendalikan latihan motivasi bersama dahulu. Sepanjang mengenali beliau, tiada yang tidak senang mengenai dirinya. Komited dan bertanggungjawab adalah jati diri yang ingin dicari dari seorang sahabat. Paling terasa bila dia juga merupakan jiran satu seksyen di Bangi.

Sesuatu yang perlu difikirkan bersama, hari ini kita mendengar mereka yang hampir dengan kita meninggal dunia. Rakan baik, ahli keluarga dan juga teman-teman tinggalkan kita.Tetapi entah esok entah lusa mungkin nama kita pula akan disebut orang lain kerana telah meninggal dunia. Jadi berikanlah yang terbaik selagi masih dapat bernafas dan melihat mereka yang tersayang di hadapan mata anda.

2 comments - What do you think?

Tiada Istilah Hari Kekasih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya memetik sedikit dari Berita Harian hari ini berkenaan Hari Kekasih oleh Majlis Fatwa Kebangsaan:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata masyarakat Islam negara ini perlu mematuhi dan menghormati fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan nasihat daripada mufti yang melarang mereka membabitkan diri dalam sambutan perayaan itu.

“Kita tidak boleh ukur sambutan ini kecil-kecilan atau besar-besaran atau untuk suka-suka kerana semuanya mampu mengundang kepada gejala maksiat.

INFO: Majlis Fatwa Kebangsaan

  • Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2005 memutuskan umat Islam dilarang membabitkan diri dalam meraikan Hari Kekasih.
  • Sambutan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam.
  • Roh perayaan Hari Kekasih mempunyai unsur agama Kristian.
  • Amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.
  • Apa yang mampu saya katakan, bukan mudah sebahagian pihak menerima hakikat ini lebih-lebihlagi mereka yang sedang menghadapi krisis cinta yang bukan dari medan agama yang sebenarnya. Budaya Barat lebih indah dipandang pada nilaian mata anak muda berbanding syariat Islam yang mampu menjaga batas pergaulan dan keturunan.

    Tidak salah untuk anda bercinta jika kena caranya, tetapi jika istilah Hari Kekasih menjadi rujukan untuk melakukan hubungan intim dan menghilangkah mahkota diri pasti ianya jauh menyimpang dari agama dan adat. No more Valentine’s Day.

    Be the first to comment - What do you think?

    Produk Dari MK

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Ramai yang masih tidak tahu bahawa tahun 2011 ini merupakan titik perubahan besar bagi saya. Saya telah mengasaskan produk Al-Quran yang begitu menarik untuk dikongsikan dengan anda semua di ruang ini. Setelah sekian lama menginginkan satu produk untuk diri sendiri akhirnya inilah untuk anda jika anda berminat.

    Bagi anda atau anak-anak anda yang ingin terus mendalami ilmu-ilmu Al-quran, kini tidak perlu bimbang kerana anak-anak anda boleh terus mempelajari ilmu ini pada tahap yang lebih tinggi. Saya namakan sebagai Muqaddam Amanina Juz Amma Makna Perkata dan juga metode pengajaran yang saya lakukan mampu mengajar anda dan anak-anak anda memahami makna Al-Quran secara harfiah atau satu persatu.

    Mengapa anda perlu memiliki produk ini?

    Merupakan produk pertama seumpamanya.
    Mempunyai kaedah ‘Faham Al-Quran’
    Enam siri muqaddam yang berwarna dan menarik
    Dilengkapi makna perkata yang sesuai untuk pembelajaran
    Bimbingan hafazan yang praktikal
    Perbendaharaan kata Bahasa Arab dari Juz Amma
    Intisari surah
    Bimbingan semakan untuk guru
    Tulisan Resam Uthmani

    Tahukah Anda?

    • Jika anda memahami Juz Amma dengan baik bermakna anda telah memahami 33% daripada Al-Quran Al-Karim. Dengan 37 surah di dalamnya akan mampu menarik minat anda untuk terus mendalami Al-Quran dengan cara yang mudah.
    • Antara faktor pelajar-pelajar lemah dalam Bahasa Arab adalah kerana mereka tidak dapat menguasai perbendaharaan kata dengan baik. Dengan Muqaddam Amanina ini saya membantu anak-anak anda menguasai sebanyak mungkin perbendaharaan kata hanya melalui Juz Amma.
    • Senario hari ini semua ibu bapa mahu anak-anak mereka celik Al-Quran tetapi mengapa tidak untuk memahaminya?

    Terkini!

    • Bengkel Faham Al-Quran melalui Muqaddam Amanina di Bandar Baru Bangi. Anak anda bila lagi?
    • Muqaddam Amanina telah memasuki Johor, Melaka dan Terengganu.
    • Saya mencipta kerjaya untuk anda.Bagi anda yang berminat mempelajari Muqaddam ini dan mahu mengajarkannya kepada orang lain Bengkel Tenaga Pengajar sedang menanti anda.

    Hanya RM50/set (6 buah buku)
    Untuk tempahan dan maklum balas hubungi saya:
    013-6775764 / us.asrul@gmail.com

    3 comments - What do you think?

    Next Page »

    Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
    SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline